Sabtu, Jun 18, 2005

Polemik Beri Kondom & Jarum Suntikan Percuma

BILA MARINA MAHATHIR TAHU BAB KAEDAH USUL FIQH

Oleh : Dr. Mariah

Tarikh : 15 Jun 2005, 9:29 pm

Assalamulaikum semua,

Nampaknya dalam isu jarum percuma dan kondom, ulamak PAS masih membisu. Kita tak sepatutnya hanya mengkritik cadangan kementerian kesihatan dan juga Marina Mahathir and Co. Sepatutnya kita bawa cadangan balas.

Dalam menangani HIV/AIDS, kita perlu melihat pelbagai pendekatan. Kelemahan kementerian kesihatan ialah mereka hanya dapat memberi cadangan yang mereka boleh kawal, laksana dan nilai. Sebagai doktor saya nampak rasionalnya.

Objektifnya ialah mengawal perebakan HIV/AIDS bukan mengawal perzinaan! Mereka hanya mampu mendidik tabiat mengguna jarum bersih dan mendidik bagaimana melakukan seks selamat! Mereka tidak mampu mengubah hati-hati manusia. Apa pun di dalam perubatan, pencegahan itu diutamakan seperti juga di dalam Islam. Namun, dalam perubatan sekular ni, mengubat kefasikan tu tak ada dalam silabus dan mereka tak tau nak buat cammana.

Saya melihat yang PAS mesti membawa satu cadangan yang lebih mantap.
1) Short term measures (prevent spread of HIV/AIDS). Save lives.
2) Long term measures - menjauhi maksiat melalui pendekatan agama

Saya faham kita skeptikal tentang cadangan Marina Mahathir. Tetapi kalau betul ulama Iran, China dan lain-lain negara Islam boleh menerima cara ini (dan kita wajar mendengar penjelasan mereka, kaedah usul fiqh apa dan mana yang mereka pakai) sebagai penyelesaian jangka masa pendek dan mengambil peluang turun ke padang untuk mendekati mereka-mereka (penagih dadah) dan kemudian berdakwah kepada mereka, why not? Sekarang ini pun kita tidak buat apa-apa dengan golongan ini. Kita baru belajar turun padang dengan mengedar risalah di kelab-kelab dsbgainya.

Saya tahu kita sering mengkritik kerajaan tentang approach mereka terhadap segala masalah sosial dan akhlak. But what have we done, in our own small way?

I hope ulamak PAS akan lebih berani bertemu dengan NGO-NGO dalam hal ini and listen to them. They worked with the drug addicts and the HIV/AIDS victims. Kita masih beretorik. How can we begin to correct the morals of these people when we don't even listen to them. I hope our ulamak will be brave to lead a team from PAS and be brave enough to say YES to the current suggestion of distributing needles and condoms BUT also demand that this is NOT the only measure. Emphasize we need to educate these people and say that ulamak PAS is willing to counsel and help rehabilitate the drug addicts and the HIV/AIDS victims.

Please remember, the process of ijmak ulamak has long not taken place. Usually one or two ulamak says something and the rest stay mum. Isu ini memerlukan ijtihad ulamak. You give the condoms or not, the sexually active ones will still have sex with their wives or with other people. These are the victims. Even if the partners is not the wife, and some of us may say, they deserve to get infected for sinning, please remember that these people can spread the virus to the unborn child, donate their blood to the blood bank (and you may need blood one day!!).

Perzinaan tetap berlaku dikalangan mereka. Ada kondom ke tak ada sama saja. Saya sendiri tidak bersetuju yang jika kita kata dengan memberi kondom percuma kepada penagih dadah, kita menggalakkan perzinaan. Ini bukan lojik. Kondom percuma pun belum tentu mereka pakai!! Kalau lojik ini betul (kondom=zina), beri pada orang beriman pun sama kesannya (dan ini tak betul).

So ustaz Nasha, can we get a few ulamak to spearhead this and I will be with them in their team.

I welcome discussions!!! Please don't brand me anti-Islam pulak!!! Tolonglah

Dr Mariah


Komen:

Apakah tidak ada cara lain supaya kaedah perubatan yang difikirkan menepati syariat? Dato' Harussani punye cadangan yang bagus pun tak nak buat? macam mana lagi? Pada saya cadangan Mufti lebih realistik dan menepati syariat Islam.

2 Comments:

At 6:22 PTG, Blogger Kinokids said...

hmm.. kino berpandangan serupa dengan naim. cadangan mufti supaya diasingkan mereka yang menghidap HIV lebih baik daripada diberi kondom percuma. kalau dulu boleh diasingkan pesakit yang menghidap penyakit kusta, kenapa sekarang tak boleh nak diasingkan pesakit HIV?

 
At 10:21 PG, Blogger Naim said...

Dadah Dan Aids
Pendekatan Islam ada relevan

APABILA Kementerian Kesihatan membuat keputusan untuk membekalkan dadah gantian, kondom, dan jarum suntikan secara percuma kepada penagih untuk mengelak jangkitan aids, banyak pihak yang memberi respons. Tahniah atas keprihatinan semua pihak terhadap isu yang ditimbulkan. Setidak-tidaknya, respons itu menimbulkan sikap berhati-hati kerajaan pada masa akan datang dalam membuat keputusan.

Mufti Perak Dato' Seri Hj. Harussani bin Haji Zakaria mencadangkan supaya mengasingkan penagih dengan penghidap aids di suatu tempat yang terasing dari orang awam. Manakala Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia, Datuk Ismail Ibrahim pula bersetuju kalau diberikan jarum percuma kepada penagih, tetapi tidak bersetuju kalau diberi kondom dan dadah gantian.

Walaupun tokoh ulama' ini memberi pandangan terbuka, pendapat itu bukan mewakili ulama' seluruh Malaysia. Tetapi mengapa terus berpolemik? Bukankah lebih baik kalau disegerakan muzakarah untuk membincangkan satu kaedah yang terbaik bagi mengatasi isu yang sensitif ini. Isu sekarang ialah bagaimana untuk mengurangkan kadar jangkitan HIV. Maka ulama' seharusnya serius membincangkan isu dadah dan HIV ini.

Pada saat kerajaan buntu menyelesaikan isu ini, ulama' harus bangun memberi jalan keluar yang positif. Umat Islam tentu tidak boleh menerima cadangan Kementerian Kesihatan itu, meskipun sudah ada contoh kejayaan di negara China dan Iran. Tetapi dalam konteks negara kita, mungkin kaedah itu tidak banyak memberi kesan.

Kalau kita masih ingat, suatu ketika dahulu negara China dilambakkan dengan candu. Maka, semua golongan rakyat terlibat dengan penagihan. British memberi percuma candu itu kepada penagih supaya mereka hidup dalam khayalan dan lemah. Akhirnya, negara China dikuasai oleh British tanpa disedari oleh rakyatnya.

Walaupun kementerian berkenaan tidak berniat begitu, tetapi kita kena ingat bahawa penagih yang teramai ialah orang Melayu, maka apakah akan terjadi kalau semakin ramai orang Melayu terlibat dengan dadah kerana jaminan akan mendapat dadah secara percuma. Pada masa yang sama akan meningkat kes zina kerana mereka mendapat bekalan kondom yang membolehkan mereka selamat daripada HIV.

Benar, usaha kerajaan untuk mengurangkan risiko HIV ini dikatakan dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan daripada membekalkan ubat untuk merawat mangsa. Tetapi, umat Islam tentu tidak mahu bersubahat menghabiskan wang rakyat untuk membeli keperluan penagih. Umat Islam tentu tidak mahu bersubahat dalam menggalakkan mereka menjadi penagih dan penzina. Hal ini mungkin tidak difikirkan oleh menteri berkenaan, tetapi ulama' khususnya jawatankuasa fatwa boleh memberi nasihat mengenainya.

Pendekatan Islam dalam isu ini seharusnya diambil untuk mengelak pembaziran dan subahat. Antara pendekatan Islam ialah; “pencegahan lebih baik daripada merawat” . Antara cara pencegahan ialah memusnahkan puncanya dan membuang yang rosak untuk menyuburkan yang lain. Maka dalam kes ini, hukuman bunuh mana-mana penagih yang sudah tiada peluang untuk dipulihkan ialah langkah pencegahan yang terbaik.

Mereka yang sudah beberapa kali keluar masuk Pusat Serenti tidak wajar diberi peluang lagi untuk hidup. Selain menyusahkan orang lain, mereka banyak membazirkan wang rakyat. Jika hukuman ini dapat dijalankan, kemungkinan besar penagih yang baru akan beringat dan mungkin tidak akan mahu menagih lagi.

Begitu juga dengan mereka yang sudah menghidap HIV, peluang untuk mereka hidup sudah tipis, jadi mengapa disimpan bangkai yang bernyawa? Hukuman mati lebih baik daripada membiarkan mereka terus terseksa, sedangkan peluang untuknya hidup sudah tiada. Selain hukuman ini memberi peluang kepada mereka bertaubat sebelum mati, juga boleh menginsafkan mereka yang belum terlibat. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tentu boleh berbincang hal ini secara serius. Kalau perlu perkara hal ini boleh dikenakan kepada orang Islam yang terbabit pada peringkat awal.


Ahmad Baei Jaafar
Editor Dewan Agama & Falsafah
ahmad.baei@karangkraf.com.my

 

Catat Ulasan

<< Home