Rahsia zikir
Sejak akhir-akhir ini seringkali kita mendengar orang hilang, dibawa masuk alam ghaib atau kes-kes pukau. Semestinya ia merupakan fenomena yang amat membimbangkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Kejadian seperti ini umpama igauan ngeri yang mungkin menyebabkan kehidupan seseorang melalui penyimpangan, mungkin juga saat seperti itu merupakan titik hitam dalam sejarah kehidupannya. Tahukah kita? Sebenarnya terdapat kaedah dalam Islam yang mengajar kita untuk membentuk perisai diri dari semua ragam misteri mistik ini?
Amalan zikir dan doa merupakan perkara yang utuh dan unggul. Hanya orang yang yakin dengan kekuatan doa akan berdoa dan memohon daripada Allah. Amalan zikir dalam bentuk pembacaan ayat-ayat tertentu daripada al-Quran mampu menghindari diri kita daripada kejahatan dan bancana ilmu sihir ini. As-Syahid Hassan al-Banna telah menghimpunkan koleksi zikir pilihan yang diamalkan oleh Nabi yang dikenal sebagai al-Matsurat (sama ada anda membaca wazifah kubra @ sughgho: terpulang kepada masa yang anda miliki). Zikir ini merupakan himpunan doa-doa yang diamalkan oleh Nabi selepas Subuh dan Asar, mengamalkannya akan memberi kelebihan kepada seseorang.
Ada orang yang bertanya, “Bolehkah berzikir ketika zurah (uzur @ period)?” Maka jawabnya membaca ayat al-Quran yang diniatkan sebagai zikir dibolehkan. Seringan-ringan amalan zikir adalah membaca ayat kursi sebanyak tiga kali selepas Subuh. Membaca zikir ini disebut dalam hadis: akan menghindar pengamalnya daripada bencana kejahatan makhluk Allah sehingga petangnya. Jika dibaca selepas Asar, akan dilindunginya sehingga pagi. Amalan zikir dengan ayat-ayat tertentu daripada ayat al-Quran akan menjadikan kita dihadiahkan khadam, ayat al-Quran yang turun dari lauh Mahfuz turun bersama Jibrail dan diiringi khadam yang tersendiri. Mungkin anda tidak percaya: seorang sahabat saya pernah mengadu kepada saya bahawa dia mendengar suara yang melaporkan musibah yang akan dihadapinya. Suara itu didengar ketika beliau sedang dalam perjalanan pulang menunggang motorsikalnya bersendirian. Keesokan harinya, musibah yang ‘dibisikkan’ (berupa suara yang jelas kedengaran seperti orang biasa yang bercakap) kepadanya itu benar-benar terjadi.
Saya membuat kesimpulan, ia adalah kelebihan daripada amalan zikir yang diamalkannya. Saya tidak mahu mengatakan zikir mana yang diamalkannya kerana telah disebutkan di bahagian atas artikel ini. Terpulang kepada anda untuk mengamalkannya atau sebaliknya. Satu kisah masyhur, Anas bin Malik ketika menemui gabenor untuk dibunuh, beliau dengan berani mengatakan, “Jika tuan boleh mematikan saya, sudah lama saya menyerah diri.” Kemudian gabenor melepaskannya dalam keadaan ketakutan, apabila ditanya, gabenor itu menjawab “Aku nampak singa yang mengaum (yang tidak didengar dan dilihat oleh orang lain) di belakang bahunya. Jika aku mengangkat pedangku, aku yakin singa tersebut akan menerkamku”
Semoga artikel ringkas ini bermakna kepada anda semua.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home