Sabtu, Oktober 01, 2005

Belajar al-Quran (2)


Di dalam al-Quran, terdapat tandaan huruf 'siin' kecil pada beberapa tempat. Ia dipanggil 'saktah' iaitu memberhentikan bacaan seketika tanpa mengambil nafas yang baru untuk menyambung semula bacaan. Inilah seni bacaan al-quran.

Dalam keseluruhan al-Quran, hanya lima tempat yang ada tandaan 'siin' (yang menunjukkan waqaf jenis saktah ini).

1. Ayat satu surah al-kahfi.
2. Ayat 52 surah Yasin.
3. Ayat 27 surah Al-Qiyamah.
4. Ayat 14 surah Al-Muthaffifiin
5. Ayat 28 surah Al-Haqqah.

Bagaimana membacanya?

Ketika tiba di tempat (kalimah) yang ada di atasnya tanda saktah ini, hendaklah berhenti sekadar dua harakat (1 alif), kemudian disambungkan kalimah selepasnya menggunakan nafas yang sama.

kita ambil contoh surah yasin,

"Min marqadina" (berhenti seketika dengan kadar dua harakat), kemudian sambungkan "hadza....(hingga akhir ayat)"

Bagaimana jika dibaca terus? Jika dibaca terus atau disambungkan ayat seterusnya dengan nafas yang lain, maka kuranglah fungsi saktah itu (ia tidak menyebabkan kesalahan apa-apa (dari segi makna ayat) tetapi kaedah bacaannya yang kurang tepat).


Perlu diketahui, tandaan 'siin' kecil juga terdapat pada kalimah yang mempunyai huruf 'shaad' iaitu ditempelkan huruf ini di bawah huruf 'shaad' pada kalimah tersebut. Dalam hal ini, ia bermakna kita boleh menyebut kalimah tersebut sama ada menggunakan makhraj huruf 'siin' atau 'shaad'.

Contohnya pada kalimah al-Mushaithiruun (ayat 37 surah At-Thuur; Juzuk 27)

Kita boleh menyebut kalimah itu dengan "al-Musoithiruun" iaitu melebihkan bunyi 'siin'

atau

"al-Mushoithiruun" dengan melebihkan bunyi 'shaad' seperti mana asalnya.

Selamat belajar.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home