Sekejap sahaja empat tahun
Ukhwah yang terbina persis sekuntum bunga,
Meski pun kini kita terpisah demi kasihnya,
Namun cebisan kenangan kita,
Sentiasa bermain di bayangan mata,
Detik waktu yang berlalu,
Menjadi memori kau dan aku,
Beginilah sebahagian lirik lagu tema reunion pertama yang dihadiri olehku bersama Alumni USM selama dua hari (hujung minggu lalu) di Ulu Klang. Semestinya lirik lagu yang dipilih memang bertepatan dengan objektif reunion yang mengharapkan satu natijah imbauan kenangan silam semasa sama-sama berada di universiti. Terasa semacam baru semalam berjumpa, walau sudah dua tiga tahun berpisah.
Hari ini, 4 Julai 2005, 840 orang pelajar baru yang menghadapi Minggu Orientasi tidak sedikitpun diganggu oleh sesiapa, pelajar lama yang ingin memasuki kampus terpaksa disekat buat seketika, sehingga 7 Julai ini. Khamis ini, semua pelajar lama akan dibenarkan mengambil tempat di desasiswa seterusnya membuat pendaftaran kursus secara online pada 8 Julai. Komposisi pelajar baru terus menjadi seperti biasa, dengan penguasaan pelajar Cina terutama di tiga pusat pengajian (CEM) – Chemical, Eletric & Eletronic, Mehanical. Secara keseluruhan pelajar Melayu yang mendapat tempat di kampus kejuruteraan adalah kira-kira 30%. Dalam pada mendapat tempat yang begitu sukar dan mencabar, terdapat juga segelintir pelajar yang menyuarakan hasrat untuk berundur. Berundur sebelum berjuang, dengan alasan kursus yang ditawarkan bukanlah kurus pilihan. Saya yang mendengar perkara itu mengatakan ‘betapa kamu tidak bersyukur dengan apa yang diperoleh, pemilihan yang dibuat adalah berdasarkan merit’. Jika terpilih, ia sebenarnya menunjukkan anda benar-benar layak dengan kursus yang ditawarkan (dalam konteks lapangan ilmu kejuruteraan), kerana bidang kejuruteraan bukanlah kursus yang dilelong kepada mana-mana calon.
Selamat Maju Jaya, Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya menjadi warga kampus kejuruteraan.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home