Khamis, Oktober 13, 2005

Cerita menarik untuk difikirkan


------------------Cerita 1-----------------
DASAR YANG MENIMBULKAN TANDA TANYA

Setelah terlaksana Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama selama kira-kira 30 tahun, dengan kejayaan melahirkan tidak kurang 5.4 juta lepasan di peringkat SPM yang sebahagiannya kemudian melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dan menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam pelbagai bidang, dilakukan perubahan yang cukup drastik. Sudah ada ribuan profesor dan ahli akademik dalam pelbagai bidang yang lahir daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sudah banyak ahli profesional dalam pelbagai bidang yang juga lahir daripada sistem pendidikan negara yang berteraskan bahasa kebangsaan. Adakah Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan telah gagal? Jika benar, manakah kajian yang dijalankan yang membuktikan kegagalan itu?

Selain tiada kajian yang dijalankan tentang Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan, dalam konteks penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama, tiada juga kajian yang dilakukan untuk melaksanakan dasar baru penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sains dan matematik. Tiada perundingan yang dilakukan dengan pakar-pakar pendidikan, ahli-ahli bahasa dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Barangkali ada perundingan dengan pihak tertentu secara eksklusif yang tidak diketahui dengan pasti siapa dan apa inti pati perundingan itu, sedang bidang pendidikan merupakan bidang yang menentukan nasib semua rakyat. Bahkan tiada sama sekali dilakukan cuba uji melalui projek rintis di sejumlah sekolah seperti yang lazimnya dilakukan dalam pelaksanaan mana-mana sistem yang baharu.

Seminar, forum, dialog, memorandum dan pernyataan media yang mengemukakan bantahan atau sekurang-kurangnya permintaan agar ditangguhkan pelaksanaan dasar baharu itu hampir-hampir tidak diendahkan. Persatuan Linguistik Malaysia, misalnya, banyak menganjurkan forum, perbincangan, penyediaan memorandum, surat dan pernyataan media tentang isu tersebut tetapi tidak tampak reaksi dan respons yang positif daripada pihak berkuasa. Pertemuan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Perdana Menteri pada waktu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya yang kini menjadi Perdana Menteri pada tahun 2002, dan juga pertemuan Kumpulan Prihatin dengan Perdana Menteri baru pada tahun 2005, di samping beberapa pertemuan dengan Menteri Pendidikan dan beberapa orang pemimpin lain tampaknya tidak menyebabkan sebarang perubahan dalam pelaksanaan dasar tersebut.

Resolusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 – 27 Mac 2005 yang mendesak ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pun dipandang sepi. Malah beberapa hari sesudah tamat kongres itu, Timbalan Perdana Menteri yang mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri mengumumkan bahawa dasar itu diteruskan, walaupun dalam ucapan penutupan kongres beliau berjanji bahawa kerajaan akan membuat kajian yang mendalam untuk menimbangkan keputusan meneruskan atau menangguhkan dasar baharu itu. Sejarah baharu telah berlaku di negara ini sekali lagi apabila “kajian mendalam” selesai dalam tempoh hanya tiga hari! Yang bangkit bersuara orang-orang yang sama, yang telah dianggap fanatik, ekstrem, jumud dan pernah didakwa pengkhianat, kerana kononnya menghalang anak bangsa menjadi pandai dan menghalang anak bangsa menguasai bahasa asing – suatu fitnah besar yang dilontarkan kepada para pejuang bahasa sebagai usaha menutup isu yang sebenarnya. Tiada seorang pun pejuang bahasa yang menafikan pentingnya penguasaan bahasa asing, malah mereka monyokong apa-apa langkah meingkatkan penguasaan bahasa yang dapat membantuk kemajuan bangsa dan negara. Isu yang dibangkitkan ialah peminggiran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahas ilmu dalam proses peningkatan pengusaan bahasa asing – hal yang tidak wajar berlaku kerana maruah dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa negara dan tonggak tamadun bangsa tidak patut digadaikan atas alasan apa pun. Apabila Persatuan Linguistik Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan Siri Bicara Bahasa (siri 1 - 20) sebagai wadah membahaskan isu tersebut, ada arahan lisan yang “mengharamkan” terbitan itu daripada diedarkan.

Kajian ISU BAHASA DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: Prof Dr Awang Sariyan.

Politikus: Bercakap tak serupa bikin. Cakap berapi-rapi, namun cakap macam tin kosong sahaja!

------------------Cerita 2-----------------
ALOR STAR 12 Okt - Calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mendakwa soalan 4 bagi mata pelajaran Matematik Kertas 2 tidak boleh dijawab kerana soalannya merupakan sukatan pelajaran tingkatan empat dan belum diajar kepada murid tingkatan tiga.

Sehubungan itu, seorang ibu bapa kepada salah seorang calon berharap Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) lebih berhati-hati pada masa depan selain memberikan markah bonus sebagai ganti terhadap ``kesilapan'' soalan tersebut.

Zainal Abidin Mohamad dari Canglun di sini memberitahu, anak beliau mendakwa tidak dapat menjawab dengan tepat soalan itu kerana ia tidak pernah diajar oleh guru tingkatan tiga sekolahnya.

``Setelah menyelidiki, saya dapati soalan itu merupakan sukatan Matematik bagi tingkatan empat,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Soalan 4 bagi Matematik kertas 2 untuk PMR pada Khamis lalu berbunyi `Rajah menunjukkan satu segitiga bersudut tegak EPG dan DEF ialah garis lurus. Carikan nilai kos x.'
Berita Penuh


Adik saya juga mengambil peperiksaan PMR tahun ini, namun tidaklah pula kedengaran rungutan tidak boleh menjawab soalan yang senang ini. Soalan itu tidaklah 'susah', cuma apabila pengajaran berorientasi peperiksaan, pelajar hafal skrip yang dimaklumkan oleh guru. Tiba-tiba ketika peperiksaan ia diolah 'lain' sedikit daripada skrip asal, tidak dapat jawab dan kelirulah pelajar-pelajar. Mungkin esok, LPM akan jawab, "Soalan itu tertakluk dalam sillabus pengajaran untuk pelajar tingkatan tiga!"

1 Comments:

At 7:07 PG, Blogger Kinokids said...

err... adik kino yang amik PMR pun merungut2 gaks..

 

Catat Ulasan

<< Home