Pulang dulu.
Semalam ketika mengiringi sahabat untuk membeli belah, aku menyangka sekadar window shopping, "Pilihlah satu pasang untuk anta," dia mempelawa dengan serius. "Ana dah tempah sepasang baju Melayu moden. Lusa kena ambilkan," segan juga aku untuk menerima tawaran tersebut. Setelah didesak aku memilih juga sepasang baju Melayu cekak musang dari butik Gene Martino itu. Memang berkualiti kainnya, dan harganya juga berpatutan. Jika menempah baju di kedai jahit, kosnya mencecah RM115 untuk satu pasang, tetapi di sini harganya baru RM65. Terima kasih sahabatku, semoga Allah jua membalas budi baik ini.
Esok boleh jalan-jalan ke Masjid Terapung. Ingatkan Masjid Terapung Kuala Ibai di Terengganu. Jika begitu boleh sahaja balik ke rumah. Masjid Terapung Bukit Feringgi menjadi tuan rumah Majlis Khatam al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun ini. Malam esok juga merupakan detik terakhir untukku mengutip zakat fitrah di kampus ini.
30 Okt - pulang ke rumah untuk meraikan hari lebaran bersama keluarga.
5 Nov - Kembali ke kampus.
Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA 'IDILFITRI kepada semua MUSLIMIN & MUSLIMAT di mana jua anda berada.
1 Comments:
pulanglah ..
hari ini..hari terakhir berRamadhan di USMkkj..sedihnya.Terasa baru sahaja ramadan datang...kini diakhirnya sudah....belum puas rasanya.semoga diriku terus istiqomah dengan apa yang kukutip sepanjang ramadan ini...begitu juga dengan sahabat-sahabatku dan semua muslimin muslimat..
Masjid terapung..tanjung Bungah..subhanallah cantiknya...damai.....terasa ingin terus di sana.berbuka dengan makanan yang best bersama sahabat2.
semuanya best,cuma satu yg sedikit menimbulkan rasa ketidakselesaan...sewaktu pulang kekampus..adik2 lelaki wakil belia ...masyaAllah bising dan sangat mengganggu.raser cam nak sound tapi takperlah.kami masih boleh menahan..Inikah remaja kita..berpuasa menjadikan mereka insaf..berbuka menjadikan mereka lupa bahawa mereka pernah berpuasa siang tadi..semoga mereka insaf.
"kullu 'amin waantum bikhair"buat naim dan semua sahabat yang sangat kusayangi..ukhwah ini terlalu indah bila dasarnya dibajai iman dan kasih sayang....
"walaupun aku bukan insan yang solehah namun aku bersyukur pada ALLAH kerana dikurniakan sahabat yang soleh dan solehah.."
Catat Ulasan
<< Home