Nuzul Quran
Sempena menyambut Nuzul Quran, Pusat Islam menjemput mantan Pengarah Pusat Islam USM Ust. Ellias Zakaria. Ketika zaman pelajarnya, beliau merupakan pendebat yang hebat, mendapat tempat kedua di belakang Dato’ Annuar Musa pada ketika itu dalam pertandingan pidato kebangsaan. Maka tidak hairanlah jika bakatnya diwarisi oleh anak beliau Ramadhan Fitri Ellias, mantan Presiden MPP UM, mantan Presiden PMIUM, dan kemudian menubuhkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Penceramah ini adalah orang yang disegani, mempunyai keupayaan bercakap dalam lenggok sastera yang tinggi dan bersahaja. Jika berkhutbah, khutbahnya dirakam kemudian akan ditaip semula (tidak menggunakan teks untuk berkhutbah). Inilah keupayaan yang diberikan Allah kepada beliau.
Ketika memberikan tazkirah, beliau menyentuh perihal pembacaan al-Quran. Katanya membaca al-Quran lebih mudah daripada melaksanakannya. Jika bacaan baik, dari segi fasohah, tarannum, tajwidnya maka seseorang mendapat markah yang tinggi. Hadiahnya RM20000, piala iringan, dan sijil. Jika ingin menterjemahkan al-Quran dalam kehidupan maka lihatlah seperti Syed Qutub. Beliau yang yakin dengan keunggulan al-Quran untuk diaplikasikan dalam kehidupan dipenjarakan, beliau mati dalam tahanan. Maka lihatlah, bagaimana mengamalkan kandungan al-Quran itu lebih susah daripada membacanya.
Katanya lagi, umat Islam menjadi ketinggalan kerana tidak mengamalkan kandungan al-Quran walhal ia mengandungi sumber segala ilmu. Kejuruteraan badan, kejuruteraan aeroangkasa, kejuruteraan bahan dan sebagainya disebut. Maka sedarlah kita bahawa mendalami ilmu itu merupakan sesuatu tanggungjawab yang sukar, dan tidak pula dapat dikuasai semuanya. Jika belajar bidang kejuruteraan, bukan semua disiplin kejuruteraan yang boleh dipelajari – kita ada aeroangkasa, awam, sungai, kimia, bahan dan lain-lain. Jika belajar perubatan, bukan semua lapangan perubatan yang boleh dipelajari, kita ada patologi, dermatologi, ENT, O&G, kulit, gigi, dan lain-lain. Jika ingin belajar semuanya, nescaya rosaklah mana-mana fius di otaknya. Maka apabila menjadi seorang ilmuan, janganlah mendabik dada, sombong dan angkuh, merasa diri pandai dan hebat. Jika dapat jadi doktor gigi dan hendak berlagak, apakah manusia ini segala-galanya gigi sahaja?
Maka bermula dengan penguasaan ilmu itu, kita lihat dalam penyusunan al-Quran. Surah pertama dalam al-Quran adalah al-Fatihah. Fatihah maksudnya pembuka, apa yang ingin dibuka? Kita diminta oleh Allah untuk membuka minda, pemikiran, hati, kreativiti, dan jalan-jalan untuk menguasai ilmu. Maka mulakan dengan nama Allah, semua yang kita guna adalah milik Allah. Semua yang kita belajar, membuat kajian dan memanfaatkan sumber-sumber alam adalah milik Allah. Beliau menyeru supaya dikaji kandungan al-Quran itu secara ilmiah supaya kesarjanaan ilmu umat Islam menjadi tinggi selaras dengan perkembangan masa. Beliau memberi contoh bagaimana di dalam al-Quran disebut tentang negeri ‘Iram yang hebat. Sehingga hari ini, orang Islam tidak mengetahui di mana atau apakah rahsia kehebatan negeri ‘Iram yang disebutkan Allah itu. Sedangkan pada masa yang sama, orang-orang Eropah sudah menghantar arkeologis untuk membuat kajian terhadap perkara ini. Negeri ‘Iram disebut oleh Allah tentang kehebatannya di dalam surah al-Fajr, ayat 7 dan 8.
-----------------------
Semalam saya ditanya buat kali kedua tentang perkara ini. Maka saya titipkan sedikit jawapan yang termampu.
Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana berpasangan Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel dalam laman web forum tempatan hanyalah andaian semata-mata.Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam perlu menolak ramalan itu yang bertujuan merosakkan akidah mereka. Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya.
"Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di bawah ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun tidak tahu bila hari kiamat."Sudah banyak ramalan sedemikian dibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan sejak zaman Nabi, tetapi .......Baca seterusnya di sini. Sebenarnya hadis yang digembar-gemburkan menurut Dato’ Harussani adalah hadis palsu yang digunakan oleh puak syiah. Katanya, jika berlaku perkara yang telah disebutkan dalam mana-mana penulisan, ia hanya kebetulan.
3 Comments:
ustaz Ellias... keharmonian keluarganya mmg buat org rasa kagum. --> pengalaman sahabat2 saya yang pernah menginap di rumahnya di Penang..
salam...
melihat penulisan naim mengenai nuzul Quran ni baru tersedar betapa ruginya tak dapat menggarap sebanyak mungkin input pada malam tu..penghayatan yang sepenuhnya cuba di berikan tapi..ada beberapa sebab yang memungkinkan hal ini xdpt berlansung..(mgkn naim dan PI blh ambil tindakan)
untuk pengetahuan naim dan pihak PI,muslimat tidak dapat mendengar dengan jelas penyampaian ustaz.Ini kerana gema yang terjadi apabila pembesar suara digunakan.suggestion,mungkin blh guna mikrofon yg digunakan oleh imam semasa sembahyang...(ataupun tlh digunakan??)mmg ana sgt terkilan laa bila tak dapat mendengar butir kata yg dikeluarkan mantan pengarah PI ni.hal ini berlaku bukan pada mlm itu shj,tetapi keadaan yg sama terjadi pada setiap kuliah mingguan juga.
ana rasa klu perkara ini berterusan,rugilah bagi kami muslimat kerana PI adalah salah satu tempat pentarbiyahan kami yang utama.Datang but get nothing except chit chat with others while ustaz giving kuliah and then go back..how can muslimat improve their knowledge..
sekadar luahan dan pemberitahuan .....
Terima kasih kerana pengaduan daripada saudari (yg ana kira mewakili suara muslimat). Ana akan pertimbangkan.
Apa pun, ana cadang kena tambah sistem serap gema...insyaAllah. Mungkin ada bajet nnt, sistem audio akan dipertingkatkan.
Catat Ulasan
<< Home