Ahad, Oktober 30, 2005

Surat misteri


Surat misteri 1.

Surat bertarikh 8 Ogos 2005, daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Rujukan: DBP/4-8/3/5/6-14(19)

Tuan,

PERADUAN MENULIS RESENSI BUKU 2005

Dengan hormatnya kami merujuk perkara tersebut di atas.

2. Terlebih dahulu pihak kami ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada tuan kerana dipilih sebagai salah seorang pemenang Peraduan Menulis Resensi Buku 2005 yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

---Surat tamat dan diringkaskan di sini---

Respon: Proses menunggu yang amat memenigkan. Pening kerana beberapa kali ditanya waktu yang sebetulnya untuk menerima hadiah tersebut (Orang yang tidak menang pula kecoh-kecoh bertanya, "Bila dapat hadiah tu?"). Apa pun, sebagai pemenang tidakkan ke mana hadiah itu kerana sudah diperuntukkan kepadaku.

Surat misteri 2.

Saya masih belum menerima baucer bayaran yang dimaksudkan oleh pihak tuan.

PS: Bayaran yang dibuat dalam bentuk baucer bayaran, penerima hendaklah mengisi dan mengembalikan borang pengesahan penerimaan bayaran kepadaku.

---Surat tamat dan diringkaskan di sini---

Respon: Nampaknya slip bayaran dan baucer itu dicuri oleh seseorang. Mungkin juga ketika sampai atau ketika dalam seliaan posmen. Ini bukan tuduhan melulu, sila baca surat misteri 3.

Surat misteri 3.

Mohon maaf. Pihak kami tidak menerima bungkusan ini. Apabila dicop, mungkin bungkusan akan pecah dan barangnya terkeluar.

PS: Ketika membuat penghantaran barang berupa dua keping kad ingatan (memory card) kepada seorang pelanggan di Sabah, petugas di kaunter pos memaklumkan pihaknya tidak menerima bungkusan tersebut. Secara peribadi beliau berkata, "Saya tidak mahu mengambil risiko kehilangan barang ini, kerana sekarang ni banyak pencuri."

Respon: Demikian teruknya orang yang berada dalam sistem mereka, dan saya memilih perkhidmatan pos yang lain yang dapat memberi jaminan keselamatan (walaupun agak mahal).

Surat misteri 4.

Dimaklumkan bahawa pesanan tuan telah diproses. Masa penghantaran telah lama berlalu dan sepatutnya tuan telah menerima pesanan tersebut.

---Surat tamat dan diringkaskan di sini---

PS: Kehilangan buku yang dipesan melalui pos.

Respon: Inilah kadang-kadang yang menjadi seseorang pelanggan dalam sistem e-dagang berhenti daripada membeli secara maya kerana tidak mahu menghadapi kerugian pada masa hadapan. Piawai penghantaran surat biasa Pos Malaysia adalah tiga (3) hari. Manakala perkhidmatan Pos Ekspress satu (1) hari, dan Pos Laju (1) hari. Secara ideal, Pos Laju semestinya laju. Hairan juga walaupun dijamin laju, masih lembap seperti surat biasa.

Mengapa pos laju tetap lembap?
Hal ini bukannya terletak pada sistem secara keseluruhan. Jika dilihat dalam rekod Pos Malaysia surat yang dikirim melalui Pos Laju sampai seperti yang dijanjikan. Buktinya boleh dilihat dalam sistem Tracking yang boleh diguna untuk melihat sama ada surat tersebut telah sampai atau sebaliknya dalam laman web Pos Malaysia. Masalahnya terletak pada fasa terakhir penghantaran iaitu apabila ingin keluar daripada Pejabat Pos yang terdekat dengan penerima. Jadi siapa yang salah? Entahlah!

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home