Kuliah Ilmu di Pusat Islam
Perbelanjaan semester ini besar juga, secara kasar lebih kurang RM2600. Kiraan tersebut tidak meliputi perbelanjaan perjalanan pulang ke kampung. Jika bersekolah di Kelantan dahulu, setiap perbelanjaan pulang pergi dan balik boleh dituntut semula daripada pihak kementerian pendidikan. Jika sekarang ini perkara yang sama boleh dibuat sudah tentu nilai yang tertera pada borang tuntutan tambang perjalanan cuti adalah seperti berikut.
Destinasi.......................................Harga
Kampus Kejuruteraan – Butterworth……...RM3.00
Butterworth – Kuala Terengganu………….....RM34.00
Kuala Terengganu – Kuala Berang…………....RM2.50
Jumlah perjalanan sehala…………………….......RM39.50
Jumlah keseluruhan…………………………...........RM79.00
Jika perbelanjaan tambang sahaja RM79.00, maka perbelanjaan paling efektif untuk sekali balik bercuti adalah RM100 termasuk pembelian ole-ole. Adik-adik sudah maklum, jika aku yang pulang, tidak ada ole-ole yang banyak untuk direbut-rebut. “Kedekut betul abang ni” komen adikku. “Ala…bukan banyak duit pun nak beli apa-apa” begitulah biasanya yang dijawab kepada mereka. Hal ini memang berbeza dengan adik-adikku yang lain (yang telah berada di universiti), mereka biasanya akan membawa pulang sedikit buah tangan yang digemari oleh budak-budak kecil, apa lagi? Memang gembiranya mereka kalau kedua-duanya pulang. Lain orang lain gaya bertindaknya, aku sebenarnya bukan kedekut duit sangat nak beli coklat atau snek atau makanan ringan yang lain. Tetapi aku ingat kalau nak beli benda-benda macam tu walaupun jumlahnya agak banyak tapi dari segi kualitinya tidak bagus.
Ok lah, nak cakap pasal program Pusat Islam pula. Seperti biasa Kuliah mingguan di Pusat Islam akan diadakan selepas maghrib pada setiap hari Selasa hingga Jumaat.
Mana nama aku? Saya berkerja di belakang tabir sahaja. Tak perlu tahulah di mana fungsi saya kerana mereka yang berkunjung ke Pusat Islam pasti tahu apa fungsiku yang sebenar. Low profile katakan, nanti kalau mati, malaikat tak tanya pun “Dulu buat apa?”. Tapi semua yang kita bawa nanti adalah amal kita, kalau jahat kita jahatlah balasan yang kita dapat, kalau baik baiklah juga.
Berikut adalah Jadual
SELASA
USTAZ MOHD. ZAWAWI AWANG
KELAS TASMI’ AL-QURAN
RABU
UST. MUHAMMAD LATIFFI HJ. MAHADZIR
AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
KHAMIS
UST. HJ. MD. YUSOF HJ. ABD. RAHIM
TAFSIR
JUMAAT
USTAZ SHAHRONI HJ. IBRAHIM
HADIS
PERHATIAN : Kuliah Akan Bermula Pada 12 Julai 2005 ( Selasa )
Terima Kasih

0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home