1 Syawal 1426H
Aidilfitri 3 November - Ahli Falak
KUALA TERENGGANU 10 Okt. - Umat Islam di seluruh negara dijangka menyambut Aidilfitri tahun ini pada 3 November apabila usia anak bulan dianggap sudah matang pada petang hari rukyah, kata ahli Falak Syarie, Abdul Ghani Salleh.
Beliau berkata, mengikut hisab, pada petang hari rukyah iaitu hari Rabu, anak bulan sudah pun kelihatan di atas ufuk selama sembilan minit.
``Ketika itu matahari terbenam pada pukul 7.02 malam, manakala anak bulan pula pada pukul 7.11 malam dan ini bermakna anak bulan sudah berada di atas ufuk selama sembilan minit.
``Ini (juga) bermakna umur anak bulan pada waktu itu sudah pun matang iaitu sembilan jam 45 minit atau melebihi tempoh matangnya, lapan jam,'' katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini. Katanya ini bermakna umat Islam akan berpuasa hanya 29 hari tahun ini dan keesokan harinya iaitu Khamis dikira sebagai 1 Syawal 1426 atau Aidilfitri. - Bernama, (Utusan Malaysia, 11 Oktober 2005)
'Idul fitri (mengapa tiba-tiba bahasa Melayu mengubah menjadi Aidi?)- kembali kepada fitrah, semestinya golongan penghibur juga yang lebih meriah dan 'seronok' merayakan 'idul fitri saban tahun. Kembali kepada fitrah adalah mengembalikan jiwa dan roh kepada kebersihan, bersih daripada noda dan dosa. Jika madrasah Ramadhan tidak dapat mentarbiyyah jiwa dan diri kita menjadi lebih baik daripada bulan-bulan sebelumnya, umpama kita masih berada dalam dunia kekeliruan. Keliru dengan hikmah kewujudan bulan Ramadhan, keliru dengan tujuan sebenar dijadikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan. Dan lebih malang lagi keliru dengan ketidakfahaman kita menghayati makna dan falsafah puasa yang diwajibkan oleh Allah kepada kita.
Semestinya, persiapan menyambut 1 Syawal lebih dirasakan terutama oleh ibu. Semasa menelefon ibu, beliau memaklumkan baju untuk adik-adik sedang dijahit. Kasihan ibu, terpaksa menyiapkan 8 pasang baju kurung untuk dirinya dan adik-adik. Aku memberitahu ibu, baju raya tahun ini tak perlu difikirkan. Aku sudah mengupah tukang jahit untuk membuat sepasang baju Melayu Moden untukku. Inilah kali pertama memiliki sepasang baju Melayu baru sejak 2001 kerana sebelum ini satu Syawal disambut menggunakan baju yang dibeli pada akhir tahun 2000. Pun begitu, membuat baju Melayu ini adalah kerana kainnya dihadiahkan oleh sahabatku, merangkap ketuaku di sini. Semoga Allah membalas budi baiknya. "Upahnya RM75," terkejut ibu mendengarnya. Maklmulah kalau di kampung, upahnya sekitar RM40 sahaja. "Nak buat macam mana, kalau nak diupah tukang jahit di kampung, mesti tidak sempat tangan." Ibu tidak membantah, kerana tukang jahit di sana tidak menerima tempahan lagi. Jua kerana duit yang digunakan untuk membayar upah tidak diminta daripadanya, tidak juga daripada ayah.
Syawal tahun ini adalah Syawal yang paling ringkas sambutannya. Pulang bercuti pada 30 Oktober, dan kembali semula ke kampus pada 10 pagi 5 Nov 2005. Apa pun, ruang dan waktu yang terbatas seperti itu harus dimanfaatkan jua untuk merapatkan hubungan kekeluargaan untuk mengunjungi sanak saudara yang terdekat. Apabila sudah dewasa, kemeriahannya tidaklah sehebat kanak-kanak kecil yang bergembira dengan duit rayanya. Silap-silap, ada pula anak-anak kecil datang menghulur tangan sambil berkata, "Pakcik, nak duit raya."
Selamat menyambut hari kemenangan bagi orang-orang yang berpuasa. Salam 'idul fitri.
Lihat apa tawaran terbaru naimchem di Lelong.com
5 Comments:
salam...Alhamdulillah,dapat juga anta pakai baju baru sejak tahun 2001 kan.sayang ustaz kat anta kan...ana pun ada kisah macam anta juga..pasal baju raya...ana tak pernah dapat baju raya sejak kali terakhir ana dapat semasa idul fitri 1995...dan Alhamdulillah tahun ini adik ana belikan ana sepasang baju raya.harga kainnya...rm9.90 dan diupah dengan harga 18 ringgit.believe it or not..and i'm a woman..so...moralnya setiap org punya pengalaman sendiri...dan setiap pengalaman andai dikongsi bersama pasti boleh menginsafkan dan menguatkan kita...wallahua'lam
sekadar berkongsi cerita :)
silap-silap ada anak-anak kecil datang, "Pakcik, nak duit raya."
dah tua agaknya ust. Naim ni....hingga layak budak kecik panggil pakcik! (Jgn marah ye?)
cik x kat atas tu, kalau baju RM9.90 , maknanya harga baju tu RM9.90 x 5 meter = RM54.50 + RM18 {upah} = RM62.50.
nak buat baju kurung, sekurang-kurngnya kena beli 5 meter kainnye,... saye tau laa, saye kan pompuan jugak.
Hmm, RM62.50 lah harga baju raya cik x thn ni.
iyelah, saye pun stuju dgn cik x tu, jika kite rase kurang, ada lagi orang yg lebih kurang drp kite.
cik x menyambung...
tak tahu kenapa rasa nak menaip lagi.mengganggu ruangan di blog naim plak pagi-pagi nih...
pandai sahabat kita buat calculation..lupa ana nak bagitau rm9.90 tu untuk 4 meter kain...tak payah beli mahal2...membazir jer..mungkin sukar untuk dipercayai..namun itu realiti.
5 meter kain??huh,anti nih saiz berapa badan...org overweight pun sekurang-kurangnya4.5meter jer guna.ermmm......
moralnya..jangan suka bersangka buruk pada orang lain..
Terima kasih, meriah sungguh topik 1 Syawal 1426H ni. Apa pun, cik x dan cik y; dua-dua betul. Mungkin cik y tu, orang kaya sikit, jadi tak pernah lah jumpa kain yang murah-murah. Saya tak bermaksud nak perkecilkan cik x, tapi itulah hakikat. Orang menghukum berdasar apa yang biasa dilaluinya, tanpa memikirkan dari sudut pandnagan berbeza dari dirinya.
Terima kasih pada cik x dan cik y kerana respon pada posting ni.
errr.. cik kino pun nak nyemak gak ar.. hehe...saje nak nyemak kat blog naim..huhu
Catat Ulasan
<< Home