Rabu, Oktober 19, 2005

Pemikiran luar biasa


Dunia penuh persepsi, sangka-sangka. Manusia menilai sesuatu secara abstraks mengikut keupayaan minda dan pengalaman yang biasa dilalui. Terdapat satu perbandingan @ kiasan secara majaz yang dibuat oleh tuan guru mengenai perkara ini. Ketika nabi dijemput Allah ke langit untuk menerima perintah solat fardhu, dan sebagai mengembirakan baginda setelah menghadapi tahun kesedihan (‘aam al-huzni), ramai orang yang tidak percaya dengannya. Kiasan tuan guru, beginilah…"Kita tengok cerita semut. Suatu hari seekor semut masuk dalam poket baju kot seorang ahli korporat. Ahli korporat itu pergi ke Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Tatkala pergi ke KL itu, ia berada di dalam poket itu, menaiki kapal terbang, dan melihat serta mendengar suasana riuh di bandar. Apabila pulang semula ahli korporat itu ke rumahnya, maka semut tadi keluar dan bertemu kawan-kawannya yang lain. Lalu semut ini dengan penuh takjub dan berbesar hati pula menceritakan pengalamannya berjalan ke KL dan menaiki kapal terbang. Dia menceritakan dimensi dunia yang luas dari pandangan angkasa, dan menceritakan juga kesibukan kota yang tidak dapat dibayang sama sekali oleh rakan-rakannya. Maka tiba-tiba ada sekumpulan semut-semut yang dengki lantas memperkecil-kecilkan ceritanya. Kata mereka ia berbohong!"

Sebagai manusia kita selalunya berfikir dalam ruang dan skop yang tersedia di hadapan kita. Jarang sekali orang berfikir di luar kemampuan fakir yang biasa-biasa atau dikatakan sebagai ‘think out of the box’. Dalam hal ini, Prof. Dato’ Dzulkifli mengulas pemikirannya berkenaan pemikiran di luar kebiasaan seperti yang tercatat dalam News Sunday Time bulan lepas. Namun begitu, saya tidak bersetuju dengan pandangan beliau tentang langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu untuk menarik pelancong. Kerajaan negeri telah mengambil pendekatan untuk menganjur Pertandingan Kapal Layar Dunia pada musim tengkujuh di Pulau Duyung. Hal ini memang amat luar biasa dan ajaib! Dan katanya inilah dia dimensi baru yang lebih berani untuk diketengahkan kerana masih belum dianjurkan. Walhal semua orang tahu, bahawa lazimnya kebarangkalian untuk berlaku kemalangan adalah tinggi. Sebagai seorang pelajar, mari kita lihat beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai pemikiran luar biasa hebat. Aktiviti sampingan pelajar di samping belajar adalah mencari wang sampingan. Orang yang kaya dan berada dengan stail kayanya manakala yang sederhana dengan cara yang sederhananya.

Bagaimana kehidupan pelajar di universiti yang kreatif itu? Seorang pelajar Sains Komputer UM menjadi agen unit amanah saham dan berjaya menjual (accumulate sale) sehingga RM5 juta. Dia telah berjaya memegang kunci Merc. Benz mata belalang dan bergaya dengannya. Terdapat juga mereka yang menjadi agen jualan langsung sehingga mempunyai puluhan orang bawah dan mendapat bonus bulanan sehingga RM3000. Ada juga yang menjual nasi lemak, roti john, makanan ringan dan mendapat keuntungan yang tidak seberapa. Bagi mereka yang berkereta pula, mereka lebih suka menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Bagi yang suka menjual pakaian, mereka mencari pembekal yang boleh membuat reka cetak baju yang dikehendaki. Bagi mereka yang malas untuk mempromosi, mereka lebih guna menjalankan perniagaan secara maya, menggunakan kecanggihan internet seperti di lelong.com. Lihat lelongan terkini saya. Apa pun bidang dan bentuk ‘perniagaan’ kecil-kecilan yang dibuat, ia menunjukkan ciri-ciri keusahawanan yang terdapat dalam diri seseorang. Hanya kreatitiviti dan usaha untuk mempromosi produk dan berhadapan dengan pelanggan menjadi kunci kejayaan aktiviti ‘perniagaan’nya. (Perniagaan ditulis sebagai ‘perniagaan’ kerana mereka bukan memberi komitmen seratus peratus terhadapnya kerana masih mengutamakan pelajaran.) Dan ada juga yang menjadi penulis seperti kenalan saya Umi Hani Abu Hassan di APIUM, atau Rendra (Saya sebut yang saya kenal dan mereka juga kenal saya).

Apa pun yang dibuat sama ada untuk kepuasan sendiri atau sebaliknya, semuanya harus bijak dan pandai membahagikan masa. Jangan kerana aktiviti sampingan, kita mengabaikan tanggungjawab utama sebagai pelajar. Selamat maju jaya untuk peperiksaan akhir semester sidang akademik 2005/06.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home