Urusan secara elektronik
Dewan Ekonomi keluaran bulan November 2005 memuatkan topik e-dagang, iaitu gaya perniagaan alaf baru. Secara konsep, perdagangan ini melibatkan pemindahan data dan bayaran yang dibuat menggunakan medium elektronik seperti mengisi maklumat pada borang yang disediakan di laman web. Bayaran pula dibuat melalui pemindahan wang, atau debit ke akaun penjual, kemudian barang yang dipesan akan diposkan kepada anda. Anda berurus niaga secara maya, dengan orang yang nyata wujud. Persefahaman di antara pembeli dan pembeli amat penting bagi menjayakan satu-satu urusniaga. Persefahaman ini tidak boleh tidak melibatkan komunikasi dua hala di antara kedua-dua penjual dan pembeli.
Berikut adalah contoh komunikasi dalam e-dagang.
Assalamualaikum En. Mohamad Hanafi,
Buku yang tuan tempah dari ujanailmu.com.my telah diposkan kepada tuan
pada hari ini 23 November 2005 menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia.
Ia dijangka akan mengambil masa 4-5 hari bekerja bagi Pos Malaysia untuk
sampai ke destinasi tuan.
Kami harap tuan dapat memaklumkan kepada kami melalui e-mel ini setelah
tuan menerima bungkusan tersebut. Ini adalah untuk mengemaskinikan rekod
kami.
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Ujanailmu.com.my.
Sila datang lagi.
Salam ikhlas
shukri
ujanailmu.com.my
Risiko e-dagang.
1. Barang yang dipesan hilang
2. Barang yang diterima ‘indah khabar dari rupa’.
3. Kerosakan fungsi barang semasa proses pengeposan.
4. Penipuan.
Semua perkara yang disebutkan di atas haruslah dipertimbangakan oleh anda apabila ingin berurusan secara maya. Sudah pasti, pembeli perlu mengkaji latar belakang penjual, termasuk syarikat yang ditubuhkan atau maklum balas pembeli terdahulu. Bagi syarikat biasa, penjualan yang dilakukan semestinya berdaftar dan cara mereka menawan hati pembeli menjadikan pelanggan tidak ragu-ragu terhadap produk yang ditawarkan.
Namun, sekiranya anda berurusan dengan individu terutama dalam lelong.com, latar belakang penjual boleh dikaji dengan melihat maklum balas ahli-ahli lain yang pernah berurusan dengannya. Setelah menjadi ahli lelong.com selama hampir setahun, saya telah memperoleh sembilan maklum balas positif daripada 11 urusniaga. Hal ini akan menjadi asas kepada pembeli lain untuk membeli barang yang ditawarkan tanpa syak akan ditipu. Suatu ketika, seorang pembeli berjaya memenangi sebuah telefon bimbit pada harga RM600 dan membuat bayaran. Malangnya barang tersebut rosak pada akhir-akhir proses pemindahannya kepada pembeli. Apa yang harus dibuat? Apakah anda akan menjual barang yang rosak, tidak seperti spesifikasi yang dinyatakan dalam iklan anda? Sudah tentu (bagi saya) tidak sama sekali. Saya menghubungi pembida yang membuat bayaran supaya memaklumkan butiran akaun banknya supaya wang tersebut boleh dikembalikan semula. Maknanya, asas dalam jual beli adalah kejujuran.
E-dagang (e-commerce ), e-payment, merupakan aplikasi digital yang menggantikan urusan secara berhadapan (face to face) di kaunter bayaran. Terdapat banyak kebaikan urusan ini seperti berikut:
Tidak perlu beratur di kaunter bayaran. – cepat dan menjimatkan masa.
Tidak perlu membayar sewa letak kereta.
Pembayaran boleh dibuat pada masanya.
Pembayaran pendahuluan boleh dibuat terlebih dahulu, tiada bil tertunggak.
Bayaran tidak tertangguh, kadang-kadang setelah anda puas menunggu sistem talian di kaunter rosak. Akibatnya anda kerugian masa menunggu dan tidak dapat membuat bayaran.
Apakah anda sudah tahu kelebihan urusan secara dalam talian ini?
1 Comments:
Malangnya barang tersebut rosak pada akhir-akhir proses pemindahannya kepada penjual
sebetulnya
Malangnya barang tersebut rosak pada akhir-akhir proses pemindahannya kepada pembeli
Catat Ulasan
<< Home