Khamis, Julai 14, 2005

Coretan Hari ini

Hari ini sembang-sembang tentang Gano. Minuman tambah nilai dari ekstrak kulat melalui teknologi Biotek ini sebenarnya mengundang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Kebaikan dan keunggulan Gano dalam minuman segera seperti yang diuwar-uwarkan dalam iklan minuman adalah sebagai ‘indah khabar dari rupa’. Terdapat beberapa kes seorang yang menghabiskan 2 kotak minuman gano mengalami kegagalan saraf sehingga lumpuh. Mengapa? Keadaan ini samalah peminum gano memaksakan sistem tubuhnya beroperasi lebih kuat daripada keadaan semasa. Jika sebuah enjin pembakaran dalam mempunyai keupayaan untuk berjalan merentasi jalan biasa yang tidak berliku di tanah landai, tiba-tiba ia dipaksa berkerja melebihi kemampuannya mendaki bukit dan melalui jalan yang tidak rata. Hal ini sudah tentu enjin kenderaan tersebut lebih mudah rosak dari jangka hayat sebenar jika digunakan pada jalan biasa. Jadi janganlah minum gano ye?

Lihat pula keputusan yang menjadi realiti kepada kehidupanku, tidakkah ia menakutkan? Apa pun semua ini adalah perkara yang benar dan dialami olehku dalam kehidupan realiti. Berikut adalah keputusan daripada maklum balas yang diberikan dari salah satu laman web.

Si kreatif yang sukakan keamanan

Kamu mendambakan kebebasan, namun tetap ingin terikat untuk memperoleh jaminan hidup. Kamu juga cenderung untuk mempunyai pekerjaan sambilan walau pun sudah ada kerjaya tetap. Kamu juga tahu bagaimana hendak bersikap realistik semata-mata mahu merealisasikan impian. Untuk menyesuaikan diri dengan suasana di tempat kerja, pergaulan dari teman-teman amat mempengaruhi kamu. Peka dengan apa yang terjadi dan situasi membuatkan kamu amat berhati-hati dalam memilih kerjaya. Kamu takut sekiranya suasana tempat kerja atau pun kerjaya yang dipilih mengganggu keperibadian kamu.


Semalam aku mendengar cerita tentang sejarah Pemulihan Dadah di Thailand. Suatu ketika Thailand melaksanakan dasar pemulihan ketagihan dadah yang begitu efektif. Seorang penagih ditangkap dan dikurung selama lima hari. Dalam masa tersebut, dia tidak diberi bekalan dadah atau makanan (manusia boleh hidup tanpa makanan selama 8 hari). Kaedah yang diluluskan oleh kerajaan Thailand akhirnya terpaksa dilupakan apabila Amerika Syarikat campur tangan. Tekanan daripada AS dalam bentuk bantuan ekonomi menjadikan Thailand menghentikan dasar pemulihan ketagihan dadah. Mengapa? Terdapat orientasi perniagaan dadah yang didalangi oleh AS supaya dadah sentiasa berlegar dalam pasaran sama ada sah atau tidak. Lihat pula Malaysia? Mengapa pesakit kusta boleh dikuarantinkan? Sedangkan kaedah kuarantin yang dicadangkan untuk pesakit HIV/AIDS tidak mahu dilaksanakan? Apakah ia juga mempunyai orientasi keuntungan yang memberi pulangan lumayan kepada pengedar jarum suntikan, kondom, losen untuk pesakit AIDS yang mati dan seumpamanya yang berkaitan dengan dadah dan AIDS? Sama-sama kita fikirkan. Kaji dan lihat, poket siapa yang kembung dan penuh apabila semakin ramai rakyat Malaysia yang dijangkiti HIV positif?

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home