Selasa, Julai 19, 2005

Isu di sebalik isu.

Dua hari lalu, aku dimaklumkan bahawa Kertas Kerja untuk menambah bilangan staf di Pusat Islam USM Kejuruteraan telah diluluskan. Lebih menarik lagi, semua ketiga-tiga tempat yang perlu diisi adalah bagi perempuan. Hal ini memandangkan Pusat Islam memerlukan lebih banyak medium bagi menggalakkan lagi penyertaan dan dokongan dari staf-staf wanita dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Jawatan-jawatan baru yang akan ditawarkan ialah seorang pegawai agama, juru teknologi, dan jurutaip. Iklan mengenainya akan dikeluarkan tidak lama lagi. Pada masa dan ketika semua jawatan ini diisi, aku sudah tidak berada di kampus ini lagi.

Pada hari ini, bermulalah pusingan kedua siri kuliah mahgrib di Pusat Islam. Pada minggu pertama dibuat, penyertaan pelajar agak memberangsangkan. Semestinya inilah baki-baki terakhir untuk direbut kerana tidak lama lagi, masjid Qaryah yang akan dibuka akan menyebabkan fungsi Pusat Islam tidak lebih dari sekadar sebuah surau. Masjid yang dalam proses untuk dibuka lebih dekat dengan desasiswa (hostel). Semoga apabila dibuka, mahasiswa dan mahasiswi yang tinggal di desasiswa boleh mengimarahkannya kerana boleh berjalan sahaja. Jika dibandingkan jaraknya hanyalah 30% daripada jarak yang diambil untuk sampai ke Pusat Islam pada waktu ini.

Hari ini pula, timbul isu Ayah Pin, sedangkan satu isu yang juga panas ditenggelamkan. Mengapa sukar sangat untuk menangkap Ayah Pin? Aku melihat isu ini sebagai mengalih perhatian supaya isu Osu Sukam tidak diperbesarkan. Media massa seolah-oleh sengaja ‘mendiam’kan isu judi seorang bekas pemimpin yang dilihat satu jenayah dalam Islam juga. Jika dahulu, semasa penangkapan DSAI, sepasukan FRU dihantar untuk ‘melanggar’ rumah beliau dan tangkapan dibuat dengan begitu drastik. Malangnya kali ini, kerajaan amat ‘berlembut’ untuk menangkap Ayah Pin walau pun mempunyai bidang kuasa untuk menangkapnya. Pelbagai alasan diberi seperti prosiding jenayah yang dikenakan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah hanyalah helah untuk mengelah-lengahkan tangkapan. Mengapa saranan Datuk Dr. Abdullah M Zain supaya ditangkap di bawah ISA tidak dibuat dengan segera? Fikir-fikirkan, renung-renung, mengapa ia terjadi? Apakah benar ada isu di sebalik isu?

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home