Ke mana kita selepas ini?
Tatkala di alam arwah, kita diberi peluang merantau bersama roh-roh lain yang sama-sama merantau di alam malakut. Kita tidak tahu, di dalam jasad mana, atau pada bangsa apa ditiupkan zat itu, juga tidak mengetahui di dalam rahim siapa akan diletakkan buat sementara waktu. Ketika berada di alam malakut, roh-roh telah berjanji dan membuat pengakuan, mengikitiraf keesaan Allah dan mengakui hanya DIA Rabb bagi sekalian alam.
Setelah ditiupkan didalam jasad yang bergelar fetus, kita baru sahaja meminjamkan nafas ke dalam jasad yang belum jelas bentuknya. Nafas yang menggerakkan fungsi fetus itu digelar tulang yang dibalut daging (mudh-ghoh). Di dalam cerita dogengang Korea kuno, ketika ini masih ada peluang bagi seorang bapa untuk mengubah jantina fetus, dengan kata lain bentuk yang masih belum ditentukan itu boleh sahaja diubat menggunakan herba tertentu untuk menukar jantina bayi daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya. Dalam dunia moden hari ini juga, manusia kadang-kadang terlalu dan kepingin untuk memiliki zuriat dari kalangan lelaki. Lelaki menjadi keutamaan dan impian seorang bapa kerana ingin mewariskan takhta pemerintahan atau harta peninggalan bagi meneruskan kesinambungan empayar perniagaan. Perkembangan teknologi moden ini sedikit sebanyak mencabar kekuasaan Allah dalam penetuan seseorang bayi.
Dunia yang porak hari ini menjadikan kita sibuk dengan keajaiban genetik, saintis yang mahukan keuntungan dari kehendak sesetengah orang sanggup melakukan ujikai pengklonan manusia. Semestinya pengklonan manusia ditentang oleh semua pihak sama ada Islam atau bukan Islam memandangkan kepada etikanya. Namun siapa pasti? Suatu hari akan keluar segerombolan pasukan tentera seiras dalam jumlah yang ramai tetapi telah diprogramkan otak mereka untuk menjalankan misi keamanan? Tentera manusia klon ini diimplan dengan chip elektronik yang mengawal tindakan mereka sehingga mereka tidak mempunyai perasaan takut, gentar, sakit, atau belas kasihan. Pada ketika itu, manusia tidak akan lagi mampu menghalang kemaraannya kerana keadaan mungkin menjadi terlalu kelam kabut disebabkan kesilapan kecil dalam pemprograman ‘otak’ tentera robot itu.
Terbaru, misi penjejakan manusia yang dikatakan paling ganas oleh Barat telah mengalami kegagalan yang memalukan. Imej imbasan satelit menunjukkan dengan jelas jasad dan tubuh badannya yang hidup dalam satu kawasan pergunungan. Semestinya aku masih ingat kepada sumpahnya, “Tubuh ini tidak akan disentuh oleh tentera kuffar”. Sumpahnya telah benar-benar menjadi kenyataan. Apabila peta topografi dikeluarkan dan segala peralatan canggih diguna untuk menebuk batuan di atas gunung tempat persembunyiannya, mereka hanya menemui unta. SubhanALLAH. Jika dahulu dalam sejarah peperangan para sahabat, ada seorang sahabat yang diselamatkan Allah kepalanya daripada tentera kuffar apabila Allah mengutuskan lebah untuk menghalang kemaraan tentera yang ingin mendapatkan kepalanya. Manusia paling ganas di mata Barat adalah seorang pejuang paling agung dekad ini pada pandanganku. Betapa kepalanya sahaja sudah bernilai USD1 bilion itu tidak akan disentuh oleh mana-mana tangan manusia yang jahat.
Di mana kita dan ke mana pula selepas ini? Setelah kita berada di dunia, dibentuk diri kita melalui pendidikan awal oleh ibu bapa. Bayi yang dilahirkan umpama kain putih, suci bersih dan bebas dari sebarang kekotoran. Ibu bapa yang mencorakkan kehidupannya. Kadang-kadang pembentukan ini tidak harus dilihat dan terfokus di pundak ibu bapa semata-mata kerana keadaan sudah jauh berubah. Dunia hari ini menjadikan kita sebenarnya terdedah dengan lebih banyak scenario percaturan media dan persekitaran. Media massa dalam pelbagai bentuk meliputi media cetak dan elektronik serta suasana yang haru biru menjadikan seseorang yang baik menjadi sebaliknya. Pendidikan di rumah yang dilalui dalam acuan agama dan pendidikan moral yang tinggi tidak berupaya menahan kerakusan media-media ini. Media massa ini umpama tangan ghaib yang memusnahkan sistem pendidikan agama yang dibekalkan di rumah oleh ibu bapa sehingga menjadikan anak-anak remaja yang masih mentah keliru dengan perjalanan hidup yang dilalui oleh mereka di rumah. Maka timbullah istilah ibu bapa terlalu mengongkong. Natijah daripada permaianan dan pengaruh persekitaran menjadikan ada yang terpedaya dengan ajakan dan desakan rakan sebaya sehingga ada yang sanggup lari dari rumah. Lebih malang lagi, ada juga di kalangan kita yang dipaksakan mengikut satu sistem yang telah dirangka dengan bagitu terancang untuk memastikan pemikiran kita berubah dan selari dengan matlamat jangka panjang sekelompok manusia. Siapakah mereka? Fikir-fikirkan, sekurangnya aku sudah terlepas daripada mereka, tetapi bagaimana dengan generasi yang sedang melaluinya atau zuriat yang bakal dilahirkan nanti?
Ke mana kita selepas ini? Persoalan ini harus dijawab dengan penterjemahan nilai hidup yang sedang dilalui sekarang.
0 Comments:
Catat Ulasan
<< Home