Rabu, Disember 21, 2005

Hukum Lima Saat


Suatu hari roti yang dimakan terjatuh ke lantai, seorang sahabat cepat-cepat mengingatkan supaya ditiupkan roti tersebut. Katanya kuman belum sempat 'melompat' secara berseloroh, dan menjadi amalan saya ketika kecil sehingga kini berbuat begitu tanpa mengalami masalah selepas memakannya.

Tahukah anda? Seorang pelajar sekolah tinggi bernama Jillian Clarke telah membuktikan prinsip gastronomi ini betul dan menamakannya Hukum Lima Saat (HLM). Beliau menjalankan eksperimen ketika menyertai program pertukaran pelajar di Hans Blaschek's University of Illinois. Konsep gastronomi yang dicadangkan ialah: Jika makanan jatuh ke lantai dan menyentuh lantai dalam masa kurang lima saat, makanan tersebut selamat untuk dikutip dan dimakan. Gastronomi didefinisikan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (muka surat 439) sebagai kajian, seni atau amalan memilih, menyediakan makanan yang baik. Menurut Clarke lagi, HLM membawa kita ke zaman Genghis Khan, manusia pertama yang menentukan jangka masa yang selamat bagi makanan untuk berada di atas lantai apabila jatuh. Namun begitu, piawai yang ditetapkan olehnya pada ketika itu agak panjang iaitu sehingga 12 jam. Sumbangan ini sekurang-kurangnya dikaji semula sesuai dengan perkembangan dunia sains yang ada pada hari ini. Jika Genghis Khan menetapkan masa yang agak panjang, kajian yang dilakukan hanya sesuai dengan kemampuan teknologi pada zamannya.

Beberapa penemuan yang ditemui daripada kajian Hukum Lima Saat.

*Tujuh puluh peratus perempuan dan 56% lelaki percaya dan pernah menggunakan gastronomi seperti yang dicadangkan dalam HLM. Mereka mengamalkan HLM secara spontan dlam kehidupan tanpa mengetahui konsepnya.

*Wanita lebih ramai daripada lelaki yang memakan makanan yang telah jatuh ke lantai.

*Gula-gula dan biskut manis lebih digemari untuk dikutip semula berbanding kubis bunga atau brokoli.

*Jika makanan dijatuhkan ke atas lantai yang mempunyai mikroorganisma, makanan tersebut akan tercemar apabila berada di atas lantai selama lima saat atau lebih.

Kajian ini telah memenangi Anugerah Ig Nobel ke-14 dalam bidang Sains.

3 Comments:

At 3:33 PTG, Blogger Kinokids said...

*Wanita lebih ramai daripada lelaki yang memakan makanan yang telah jatuh ke lantai.
:: sebab rasa rugi kalu dah penat2 masak..huu

*Gula-gula dan biskut manis lebih digemari untuk dikutip semula berbanding kubis bunga atau brokoli.:: sah2 la.... =)

btw, tq pasal KORBAN KASIH tu n congrats pasal DBP tu...

 
At 4:14 PTG, Blogger Naim said...

sama-sama....terima kasih. Biasa shj tu, yg mampu ditolong, ana tolonglah.

 
At 3:21 PTG, Anonymous Tanpa Nama said...

benar apa yang saudara katakan. terima kasih atas maklumat2 yang tak ternilai tu...

 

Catat Ulasan

<< Home