Isnin, Julai 25, 2005

Idea BTX yang mudah

Ketika belajar tentang poligon, kita diajar tentang garis lurus. Garis lurus yang bercantum dan terangkum seterusnya membentuk segitiga adalah poligon teringkas. Apabila bucunya menjadi empat, ia dikenal sebagai tetragon, tetragon dipanggil segi empat sama apabila semua sisinya sama panjang, manakala segi empat tepat diberi apabila dua pasang garis yang selari mempunyai panjang yang berbeza. Tetragon pula adalah nama biasa bagi segi empat dengan empat bucu selain dua jenis yang utama tadi. Seterusnya kita diajar tentang pentagon, heksagon, heptagon, octagon, nanogen, dan decagon untuk polygon yang mempunyai bucu lima hingga sepuluh.

Satu hari, aku ingin menerangkan kepada seorang adik kecil tentang heksagon. Bagaimana mahu menjadikannya mudah untuk difahami? Aku mengambil contoh yang mudah supaya dia senang menangkap maksud pengajaranku. “Ambil jam yang bulat, lihat setiap waktu mempunyai senggatan tersendiri. Sambungkan senggatan 12 kepada senggatan dua, seterusnya dari dua kepada empat, empat kepada enam, enam kepada lapan, dan lapan kepada 10, dan sepuluh kepada 12 semula. Semua senggatan disambung dengan garis lurus akan membentuk satu heksagon sama sisi. Lukis bulatan di tengah-tengahnya, maka jadilah ia simbol yang biasa bagi Benzena.

Benzena merupakan kumpulan alkena siklik (rantai bulat) yang mempunyai tiga ikatan dubel. Ketidaktentuan kedudukan ikatan dubel ini menjadikan ia mungkin terletak pada sisi-sisi carbon 1-3-5 atau 2-4-6. Maka untuk menggambarkan ketidaktentuan (distorted bonds) kedudukan ikatan dubel ini, simbol bulatan tengah boleh dilukis. Keadaan yang tidak stabil ini disebabkan imbangan tarikan dan tolakan di antara kuasa ikatan yang aktif (ikatan ganda dua – sangat aktif) menjadikan ia sentiasa berubah kedudukan. Tahukah anda? “Lihatlah pada heksagon yang adik lukis tadi, cuba padamkan sedikit bucu-bucunya. Tuliskan pada bucunya huruf CH, dan inilah struktur benzena, komponen aromatik yang berbahaya dalam petrol.” Aku memberitahu adik bahawa jika mengepam minyak petrol jangan menghidu bau wangi yang dibebaskan daripada petrol yang meruwap ke udara. Kemudian aku menomborkan carbon yang ditulis oleh adikku bermula pada huruf CH pada senggatan ke 12 dengan nombor 1 dan seterusnya sehingga 6 mengikut arah jam.

Sekarang salin semula struktur yang dilukis di atas, tetapi gantikan H pada karbon satu dengan CH3 (etil). Etil benzena sebenarnya Toluene iaitu kembangan daripada Benzena yang ditambah keluarga etil. Jika satu lagi kumpulan etil ditambah pada karbon ke dua, ia dikenal pula sebagai ortho-xylene, seterusnya menjadi meta-xylene atau para-xylene jika kombinasi kumpulan etil adalah pada karbon 1-4 dan 1-6. Maka lengkaplah rangkaian ternama berkarsinogen dalam petrol yang digelar BTX: Benzene-Toluene-Xylene. Karsinogen bermakna ia boleh menyebabkan barah. Kesan jangka pendek daripada bau wangi komponen ini ialah pening kepala atau kelalian kepada sel otak. Sel otak akan rosak dengan kesan tengit bahan kimia ini. Selepas menjelaskan perkara ini, adikku telah mengingat dengan mudah ketiga-tiga struktur BTX ini. Hebat bukan? Sebenarnya tiada yang hebat kecuali sekiranya anda tidak membaca dengan betul dan memahami dengan sesungguhnya instruksi yang dicoretkan ini.

1 Comments:

At 4:15 PTG, Blogger Naim said...

Sessi ulangkaji kreatifku.....:D

Cell Array

A cell array provides a storage mechanism for dissimilar kinds of data.
You can store arrays of different types and/or sizes within the cells of a cell array.

####Cara 1


>> A(1,1)={'Mohd Hanafi'};
>> A(1,2)={'Jun 13, 1997'};
>> A(2,1)={[60 72 65]};
>> A(2,2)={[55,57,56;54,56,55;52,55,53]};
>> cellplot(A)
>> celldisp(A)

A{1,1} =

Mohd Hanafi


A{2,1} =

60 72 65



A{1,2} =

Jun 13, 1997


A{2,2} =

55 57 56
54 56 55
52 55 53


###Cara 2

>> A{1,1}='Mohd Hanafi';
>> A{1,2}='June 13, 1997';
>> A{2,1}= [60 72 65];
>> A{2,2}=[55,57,56;54,56,55;52,55,53];
>> disp(A)
'Mohd Hanafi' 'June 13, 1997'
[1x3 double] [3x3 double]

>> A

A =

'Mohd Hanafi' 'June 13, 1997'
[1x3 double] [3x3 double]

>> celldisp(A)

A{1,1} =

Mohd Hanafi


A{2,1} =

60 72 65



A{1,2} =

June 13, 1997


A{2,2} =

55 57 56
54 56 55
52 55 53


###Structure Array 1

>> student.name = 'MOHAMAD HANAFI ISA';
student.ID = '65622';
student.email = 'mhi_hanafi@yahoo.com';
student.test = [67,75,84];
>> student

student =

name: 'MOHAMAD HANAFI ISA'
ID: '65622'
email: 'mhi_hanafi@yahoo.com'
test: [67 75 84]

###Structure Array 2

>> student=struct('name','Mohd Hanafi','ID','65622','email','mhi_hanafi@yahoo.com','test',[67,75,84])

student =

name: 'Mohd Hanafi'
ID: '65622'
email: 'mhi_hanafi@yahoo.com'
test: [67 75 84]

% mendapatkan unsur dlm array structure get = 'cari'

>> F = getfield(student,'name')

F =

MOHAMAD HANAFI ISA

>> F = getfield(student,'email')

F =

mhi_hanafi@yahoo.com

% membuang salah satu sell dlm array % rm = 'remove'

>> F = rmfield(student,'email')

F =

name: 'MOHAMAD HANAFI ISA'
ID: '65622'
test: [67 75 84]

Pendaraban Polinomial

>> A = [10 -9 -6 12];
>> B = [5 -4 -12 8];
>> Q_39 = conv(A,B)

Q_39 =

50 -85 -114 272 -48 -192 96

# Q40
>> A = [14 -6 3 9];;
>> B = [5 7 -4];
>> Q_40 = deconv(A,B)

Q_40 =

2.8000 -5.1200

>> [quotient,remainder] = deconv(A,B)

quotient =

2.8000 -5.1200


remainder =

-0.0000 0.0000 50.0400 -11.4800

#Q41

>> p1=[8 -9 0 -7];p2=[10 5 -3 -7];
>> [q,r]=deconv(p1,p2);
>> ratio = polyval(q,5)+polyval(r,5)/polyval(p2,5);
>> ratio

ratio =

0.5676


Soalan 19,20, & 25 try utk Tutorial 3.

 

Catat Ulasan

<< Home