Khamis, Julai 28, 2005

Jangan jadi GLOKAL

1. Ketika sekumpulan anak-anak kecil dibawa melawat taman bunga, tiba-tiba salah seorang daripada mereka ternampak kepompong yang bergerak-gerak. Rupanya nimfa (anak rama-rama) sedang berjuang untuk keluar daripada kepompongnya. Lalu anak kecil itu kasihan, dirombaknya strukutur kepompong itu. "Nah! aku bagi peluang untuk kau keluar dengan cepat". Nimfa itu jatuh dari sarangnya tetapi tidak dapat terbang. Akhirnya dia mati.

2. Ketika berada di jalan raya, ketika menunggu giliran lampu hijau, seorang penunggang motorsikal tidak sabar-sabar untuk sampai ke destinasinya. Pada waktu itu lampu untuk jalan laluannya berwarna merah. Ia melihat seketika untuk melanggar lampu merah, setelah diselidiki dia berasa selamat untuk melintas. Tanpa disedari sebuah kereta dari sebelah kanan yang ingin meluru terus mengambil laluannya dan dia juga sedang cuba untuk melepasi waktu kecemasan (peralihan dari hijau ke merah: 15 saat). Pemandu kereta juga tidak menyedari bahawa penunggang motorsikal itu melintas laluannya, maka berlakulah kemalangan yang dahsyat. Penunggang dan pemandu itu sama-sama gelojoh dan tidak berhati-hati.

3. Ketika membuat ujikaji kimia, satu larutan harus dipanaskan mengikut darjah kepanasan tertentu dalam selang masa yang ditetapkan. Seorang pelajar yang ingin menyiapkan dengan cepat sesi makmalnya telah membuat pemanasan dalam waktu yang kurang. Hal ini bermakna dia telah meninggalkan prosedur eksperimen yang betul. Akhirnya dia mendapat data-data yang memeningkan kepalanya. Dia tidak dapat menyiapkan laporan makmal dengan baik, dengan kata lain dia telah gagal dalam ujikaji tersebut untuk menentusahkan teori yang dipelajarinya.

4. Ketika ingin menjadikan Malaysia disegani, memiliki menara kembar tertinggi, litar bertaraf dunia, kompleks kerajaan yang terhebat, mencapai status MSC perjanjian jual beli minyak yang belum disedut keluar telah dibuat. Pada ketika perjanjian dibuat, harga yang diguna adalah harga pasaran semasa (current market price) tanpa mengambil kira kemungkinan berlaku kenaikan harga. Apabila harga naik, maka siapa yang rugi? Jawabnya tepuk dahilah orang yang membuat MoU dahulu. Sudah pasti hari ini mereka yang terlibat dalam perjanjian jual beli itu mengeluh "Ruginya kita". Namun sesalan ketika ini tidak berguna lagi.

5. Ketika ingin menjadi jagoan dalam sesuatu bidang, seseorang itu mesti memiliki pengalaman dan sesi latihan khas. Pengalaman akan menjadikan seseorang itu pakar dan lebih arif berbanding seorang yang hanya pandai berteori. Diringkaskan cerita, seorang jurutera baru ingin menjalankan tugasnya. Maka dengan kebijaksanaan dalam teori, dia telah menafikan pendapat seorang juruteknik yang telah berkerja di syarikat itu selama sepuluh tahun. Jurutera itu berkata, jika teori yang dicadangkan itu diaplikasi, sudah tentu sistem yang diguna lebih mantap. Apa yang terjadi? Teori yang diberikannya sama sekali tidak memenuhi keperluan sistem yang dibangunkan kerana terdapat sedikit indikator luaran yang tidak dipertimbangkannya. Akhirnya juruteknik yang dahulunya tidak diendahkan berkata kepadanya "Nak buat kerja kenalah lihat pada realitinya. Kan saya dah kata...." Maknanya kadang-kadang teori juga tidak boleh diaplikasi secara total dalam semua perkara yang dibuat.

6. Ketika dalam kelas pengaturcaraan komputer, seorang pelajar meminta bantuan rakannya untuk meminjamkan skrip pangaturcaraan yang mesti dihantar sebagai tugasan. Skrip itu memang kompleks dan perlu penelitian dari segi fungsi dan arahan (command). Pelajar yang malas ini mengambil jalan singkat dengan meniru semuanya (Copy & paste) dan mengedit bahagia atas skrip. Dia hanya menggantikan namanya pada tempat yang sepatutnya. Selepas menghantar, dia amat bangga kerana pengaturcaraan yang ditulis oleh kawannya itu mendapat markah tertinggi. Namun begitu, pensyarah yang bijak tidak membiarkannya berlaku begitu sahaja. Dia meminta pelajar yang meniru itu menerangkan bagaimana sistem yang dibangunkan itu berfungsi. Apa yang terjadi? Ketika membentangkannya, dia berkata "Minta maaf, saya tidak faham apa-apa". Hal ini bermakna dalam pembelajaran (apa jua bidang), usahlah gelojoh untuk mendapat markah yang tertinggi dengan meniru tugasan orang lain. Buatlah sesuatu tugasan dalam keadaan anda memahami intipati ilmu yang hendak disampaikan kepada anda. Markah tidaklah penting, tetapi nilai ilmu dan kefahaman itu penting kepada anda sebagai pelajar. Apa nilainya ilmu jika seorang itu tahu rambut itu aurat wanita, tetapi dia tidak memakai tudung dengan baik? Apa nilai ilmu bagi seorang lelaki yang tahu memakai seluar pendek itu mendedahkan auratnya? Tetapi dia msaih berbangga dengan memakai seluar pendeknya di khalayak ramai.

Semua yang disebut di atas adalah beberapa perkara yang harus dijadikan iktibar. Manusia memang sifatnya gelojoh.{ "Wakhuliqa al-Insaana 'Ajuula" - "dan dijadikan manusia itu gelojoh"}

Maka sudah semesti kita tidak perlu jadi Gelojoh & Kalut @ GLOKAL dalam banyak hal yang dihadapi. Bersabarlah untuk menuju puncak kejayaan. Jika dua orang yang bercinta amat gelojoh, mereka tidak sabar-sabar untuk menterjemahkan cinta. Maka berlakulah kepincangan, wujudlah budaya 'suami isteri' yang berlakon (tak kahwin lagi, tunang pun tak lagi: tapi sudah berkepit ke hulu ke hilir). Natijahnya berlakulah janji temu yang melanggar batasan syariat, maka berlakulah perkara yang lebih teruk iaitu terjerumus ke lembah perzinaan. Lebih malang lagi, anak-anak luar nikah yang tidak berdosa dibuang sesuka hati tanpa rasa belas. Saya ulang sekali lagi "Kita tidak perlu jadi Gelojoh & Kalut @ GLOKAL"

2 Comments:

At 4:08 PTG, Blogger Naim said...

>> R = 0.08206

R =

0.0821

>> a=6.49; % for chlorin
>> b=0.0562;
>> P = 0.95;
>> T = 300; % in K
>> IG_V = R*T/P;
>> % V^2*P-V^2*RT/V-b+a=0
>> % [P-RT/(RT/V-b)]V^2
>> % [P-RT/(RT/V-b)]V^2+a=0
>> VdW_V = [P,-(b+R*T),-a,a*b];
>> roota(VdW_V)
??? Undefined command/function 'roota'.

>> roots(VdW_V)

ans =

26.2327
-0.3075
0.0476

>> IG_V

IG_V =

25.9137

>> %therefore the relatif error is equal to (VdW_V-IG_V)/VdW_V*100%

 
At 4:08 PTG, Blogger Naim said...

remember this solution again & again!!!!!!!!!!!!! ok?

 

Catat Ulasan

<< Home