SKT dan GS
Penghujung tahun, semua kakitangan kerajaan yang bekerja di pejabat sibuk menyiapkan laporan Sasaran Kerja Tahunan (SKT). Laporan SKT melibatkan kerja-kerja yang dilaksanakan sepanjang tahun, termasuk analisis pencapaian sama ada berjaya atau tidak. Tidak kurang juga, hari-hari yang berbaki digunakan oleh sebahagian kakitangan kerajaan untuk menghabiskan cuti tahunan (leave day). Cuti tahunan biasanya di antara 20-22 hari setahun, iaitu cuti yang boleh diambil selain umum. Mungkin pada hari bekerja, seseorang mempunyai kemaslahatan atau kecemasan seperti menghantar anak ke universiti atau isteri/suami/anak sakit/ibu/bapa/mertua yang sakit atau meninggal dunia. Memohon cuti dalam keadaan-keadaan yang disebutkan tertakluk dalam terma cuti tahunan.
Bagaimana jika cuti tahunan tidak dihabiskan? Apabila cuti tahunan tidak dihabiskan, kakitangan diberi opsyen:
(1) Menambah bilangan hari tersebut ke dalam jumlah cuti tahunan pada tahun berikutnya.
(2) Mengumpul hari-hari tersebut bagi tujuan anugerah 'Golden Shake' (GS).
GS merupakan anugerah yang diberi kepada kakitangan yang memberi komitmen terhadap kerja sepanjang perkhidmatannya. Bayaran GS akan dibuat pada bulan terakhir gaji kakitangan tersebut dibayar iaitu lebih tepat pada bulan bersara. Pengiraan dibuat berdasarkan gaji asas yang diperoleh pada ketika umur persaraan didarabkan dengan jumlah GS yang terkumpul. Biasanya pengumpulan GS dibuat dalam jumlah genap gandaan bulan berbanding bilangan hari. Maknanya pengumpulan dibuat dengan sasaran tersendiri kakitangan yang terbabit selama sebulan, dua bulan atau lebih berbanding 25,91atau 87 hari. Sebagai contoh, jika En. Amer bersara pada tangga gaji RM2800 sebulan. Jumlah hari bagi pengiraan GS yang dikumpul oleh beliau selama empat (4) bulan. Maka gaji terakhir yang diterima sebanyak RM14 000. Adakah ini suatu yang mustahil? Takkan sepanjang-panjang perkhidmatan selama 20-25 tahun jumlah GS yang sebegitu tinggi tidak boleh dikumpul.
* Buat catatan peribadi sebagai kenangan pada hari tua: 28 Dis 2005, jam 9.00 hingga 12.00 pm, aku meluangkan masa menaip laporan SKT di Pej. Am Pusat Islam, USM Kejuruteraan.
1 Comments:
Ustaz! Saya nak add ckit
Annual leave ni untuk staff Kumpulan A & B ada 25 hari. Untuk kumpulan Sokongan C ke bawah ialah 20 hari. Setiap kali genap 10 tahun cuti akan ditambah 5 hari.
p/s: bape lama dah ustaz keje kat sini? dah exam PTK ke belum?
Catat Ulasan
<< Home