Ahad, November 27, 2005

Batal Haji - agenda Yahudi

Setiap masa musuh Islam mencari jalan untuk menimbulkan ketakutan dalam minda umat Islam. Usaha untuk menggagalkan ibadah haji yang menjadi rukun Islam ini adalah langkah paling biadab dan berani. Ia jelas menunjukkan sikap permusuhan meraka secara tidak langsung (walaupun tidak dinyatakan tujuan gesaan itu dibuat).

Urusan Haji seperti biasa

Oleh RAJMAH HASAN

KUALA TERENGGANU 26 Nov. - Kerajaan Arab Saudi memberi jaminan urusan haji tahun ini akan berjalan seperti biasa walaupun wujud kebimbangan wabak selesema burung akan menjangkiti jemaah haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, sehubungan itu, kesemua 26,000 bakal jemaah haji negara ini tidak perlu khuatir kerana kerajaan Arab Saudi mengesahkan bahawa kes tersebut tidak berlaku setakat ini.

Menurutnya, Malaysia tidak terikat dengan sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak dan hanya akan patuh kepada arahan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi.

``Kita hanya patuh terhadap apa yang diputuskan oleh kerajaan Arab Saudi.

``Kerajaan terbabit mengatakan semua keadaan terkawal dan kita diberitahu tiada kes selesema burung yang berlaku,'' katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Kursus Haji Perdana 1426 Hijrah di Dewan Sultan Mizan, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan seorang pakar kesihatan dari Switzerland yang menggesa ibadat haji pada Januari ini dibatalkan jika virus selesema burung berjangkit daripada manusia ke manusia.
baca seterusnya dalam Urusan haji...Utusan Malaysia, 27 Nov

Jumaat, November 25, 2005

Urusan secara elektronik


Dewan Ekonomi keluaran bulan November 2005 memuatkan topik e-dagang, iaitu gaya perniagaan alaf baru. Secara konsep, perdagangan ini melibatkan pemindahan data dan bayaran yang dibuat menggunakan medium elektronik seperti mengisi maklumat pada borang yang disediakan di laman web. Bayaran pula dibuat melalui pemindahan wang, atau debit ke akaun penjual, kemudian barang yang dipesan akan diposkan kepada anda. Anda berurus niaga secara maya, dengan orang yang nyata wujud. Persefahaman di antara pembeli dan pembeli amat penting bagi menjayakan satu-satu urusniaga. Persefahaman ini tidak boleh tidak melibatkan komunikasi dua hala di antara kedua-dua penjual dan pembeli.

Berikut adalah contoh komunikasi dalam e-dagang.

Assalamualaikum En. Mohamad Hanafi,

Buku yang tuan tempah dari ujanailmu.com.my telah diposkan kepada tuan
pada hari ini 23 November 2005 menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia.

Ia dijangka akan mengambil masa 4-5 hari bekerja bagi Pos Malaysia untuk
sampai ke destinasi tuan.

Kami harap tuan dapat memaklumkan kepada kami melalui e-mel ini setelah
tuan menerima bungkusan tersebut. Ini adalah untuk mengemaskinikan rekod
kami.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Ujanailmu.com.my.
Sila datang lagi.

Salam ikhlas

shukri
ujanailmu.com.my


Risiko e-dagang.

1. Barang yang dipesan hilang
2. Barang yang diterima ‘indah khabar dari rupa’.
3. Kerosakan fungsi barang semasa proses pengeposan.
4. Penipuan.

Semua perkara yang disebutkan di atas haruslah dipertimbangakan oleh anda apabila ingin berurusan secara maya. Sudah pasti, pembeli perlu mengkaji latar belakang penjual, termasuk syarikat yang ditubuhkan atau maklum balas pembeli terdahulu. Bagi syarikat biasa, penjualan yang dilakukan semestinya berdaftar dan cara mereka menawan hati pembeli menjadikan pelanggan tidak ragu-ragu terhadap produk yang ditawarkan.

Namun, sekiranya anda berurusan dengan individu terutama dalam lelong.com, latar belakang penjual boleh dikaji dengan melihat maklum balas ahli-ahli lain yang pernah berurusan dengannya. Setelah menjadi ahli lelong.com selama hampir setahun, saya telah memperoleh sembilan maklum balas positif daripada 11 urusniaga. Hal ini akan menjadi asas kepada pembeli lain untuk membeli barang yang ditawarkan tanpa syak akan ditipu. Suatu ketika, seorang pembeli berjaya memenangi sebuah telefon bimbit pada harga RM600 dan membuat bayaran. Malangnya barang tersebut rosak pada akhir-akhir proses pemindahannya kepada pembeli. Apa yang harus dibuat? Apakah anda akan menjual barang yang rosak, tidak seperti spesifikasi yang dinyatakan dalam iklan anda? Sudah tentu (bagi saya) tidak sama sekali. Saya menghubungi pembida yang membuat bayaran supaya memaklumkan butiran akaun banknya supaya wang tersebut boleh dikembalikan semula. Maknanya, asas dalam jual beli adalah kejujuran.

E-dagang (e-commerce ), e-payment, merupakan aplikasi digital yang menggantikan urusan secara berhadapan (face to face) di kaunter bayaran. Terdapat banyak kebaikan urusan ini seperti berikut:

 Tidak perlu beratur di kaunter bayaran. – cepat dan menjimatkan masa.
 Tidak perlu membayar sewa letak kereta.
 Pembayaran boleh dibuat pada masanya.
 Pembayaran pendahuluan boleh dibuat terlebih dahulu, tiada bil tertunggak.
 Bayaran tidak tertangguh, kadang-kadang setelah anda puas menunggu sistem talian di kaunter rosak. Akibatnya anda kerugian masa menunggu dan tidak dapat membuat bayaran.

Apakah anda sudah tahu kelebihan urusan secara dalam talian ini?

Khamis, November 24, 2005

Tokotrienol


Tokotrienol penting untuk kesihatan
Oleh Hajah Che Anisah Che Idris
Pegawai Penyelidik Kanan

VITAMIN E adalah nama generik bagi dua kumpulan sebatian yang mempunyai struktur sebatian yang hampir sama iaitu tokoferol dan tokotrienol. Setiap satu sebatian ini mempunyai masing-masing empat struktur (stereoisomers) iaitu dalam bentuk alpha-tokoferol , alpha-tokotrienol, beta-tokoferol, beta-tokotrienol, gamma-tokoferol, gamma-tokotrienol, delta-tokoferol dan delta-tokotrienol.

Vitamin E yang mengandungi lapan struktur di atas terdapat di dalam pelbagai jenis makanan dalam jumlah dan kombinasi yang berbeza. Minyak sayuran seperti minyak sawit, kaya kandungan Vitamin E. Selain itu, sayur-sayuran hijau, telur, daging dan ikan juga mengandungi vitamin E tetapi dalam jumlah yang kecil.

Alpha tokoferol adalah unsur vitamin E yang paling banyak hadir secara semula jadi dalam makanan. Ia memberi kebaikan untuk kesihatan dan digunakan secara meluas sebagai sumber vitamin E.

Tokotrienol yang dianggap sebagai saudara kembar kepada tokoferol kerana struktur sebatian yang hampir sama kecuali pada bahagian hujung hidrokarbonnya saja berbeza. Tokotrienol mempunyai hujung hidrokarbon yang tak tepu manakala hujung hidrokarbon bagi tokoferol adalah tepu.

Di bahagian inilah letaknya keunikan tokotrienol berbanding dengan tokoferol yang menyumbang kebaikan dan manfaat besar kepada kesihatan manusia. Pada hari ini, keunikan ini menjadi daya tarikan dan tumpuan utama saintis seluruh dunia untuk terus mengkaji kebaikan tokotrienol kepada kehidupan manusia.

Kepentingan Vitamin E disebabkan sifat antioksidanya. Oleh kerana ia mempunyai sifat sebagai pengambil oksigen. Justeru, kehadirannya akan menghalang daripada berlaku pengoksidan radikal bebas ke atas asid lemak tak tepu, fosfolipida, vitamin A dan C dalam badan. Di samping itu ia juga berupaya mengekalkan kestabilan sel membren dan membantu mengurang kerosakan selular akibat aktiviti pengoksidan radikal bebas itu.

Tokotrienol mempunyai sifat antioksidan yang sangat diperlukan oleh badan. Ia berupaya melawan dan menghalang risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan melambatkan proses penuaan.

Tokotrienol kini di komersial secara meluas di pasaran sebagai dieteri tambahan dan disediakan dalam bentuk kombinasi di antara tokoferol dengan tokotrienol. Melalui kombinasi itu, ia akan menyediakan lebih banyak dan pelbagai kebaikan segi diet seimbang yang diperlukan oleh badan.

Badan manusia memerlukan oksigen untuk hidup tetapi melalui metabolisma anaerobic (tanpa oksigen) di dalam badan akan menghasilkan bahan sampingan yang dikenali sebagai radikal bebas. Bahan ini mempunyai sifat yang tidak stabil dan boleh bertindak sebagai pemusnah.

Radikal bebas akan terhasil melalui beberapa cara seperti oksidasi metabolisma tenaga atau dari tindak balas kimia toksik atau dari menghidu udara tercemar.

Jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya, radikal bebas itu boleh menyebabkan kerosakan dalam badan, antaranya akan menyerang lipid di dalam sel membren menjadi teroksida pada dinding arteri, merosakkan enzim selular dan merosakkan kod genetik pada DNA.

Ia juga boleh menyebabkan penukaran dan peningkatan ke atas paras LDL-C yang akan membawa risiko penyakit jantung.

Sekiranya kerosakan pada DNA yang disebabkan oleh radikal bebas tidak dibaiki atau dipulihkan sepenuhnya, kerosakan pada DNA ini akan kekal dan menjadikan keadaan bertambah buruk akan berlaku di dalam badan.

Bagi jangka masa panjang kesan kerosakan ini akan dapat dilihat melalui tanda umum seperti penuaan, kerosakan kesihatan mata (katarak) dan mengundang risiko penyakit jantung, kanser dan lain lagi.

Dalam keadaan biasa, kerosakan yang berlaku itu dapat di pulihkan melalui sistem pertahanan semula jadi yang ada dalam badan, umumnya terdiri daripada nutrien antioksidan seperti vitamin E, vitamin C, selenium dan karotenoid.

Nutrien itu membantu pemulihan melalui tindakan spesifik metalloenzim dan berbagai bahan phytokimia dari diet yang diambil pada setiap hari.

Kekuatan dan keberkesanan antioksidan tokotrienol adalah 40 hingga 60 kali lebih tinggi berbanding dengan kekuatan alpha tokoferol. Saintis percaya bahawa kekuatan itu menjadi penyumbang utama kepada keberkesanan ke atas pemulihan kerosakan akibat radikal bebas dan menghalang risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan penyakit kulit.

Ketika radikal bebas menyerang di dalam badan, tokotrienol dan tokoferol dalam bentuk alpha-, beta-, delta- dan gamma- berada dalam keadaan berserakan di merata bahagian bersama sel membren dalam jumlah yang sedikit.

Walaupun dalam jumlahnya yang sedikit tetapi ia masih berupaya meneutralkan radikal bebas berkenaan. Justeru itu, ia meminimumkan kerosakan yang berlaku pada selular serta mengekalkan kestabilan sel membren badan.

Berikutan dari serangan radikal bebas berkenaan tokotrienol dan rakannya yang lain juga akan berubah menjadi bahan radikal setelah mengalami pengoksidan semasa serangan itu. Ia perlu diganti atau diperbaharui bagi mengembalikan semula sifat semula jadi sebagai pelindung untuk menghadapi serangan berikutnya.

Oleh itu, pengambilan diet tokotrienol perlu dilakukan secara berterusan. Saintis membuktikan radikal bebas Vitamin E itu akan pulih dan kembali semula kepada keadaan semula jadi melalui pengambilan antioksidan itu dengan mencukupi secara berterusan.

Berbagai faktor luar lain seperti keradangan, merokok, pencemaran udara, sinaran radiasi (x-ray, sinar UV), bahan toksik dan bersenam secara ekstrem juga boleh menggalakkan penghasilan radikal bebas dalam badan. Oleh yang demikian, manusia yang terdedah kepada sumber oksidasi itu memerlukan bekalan dietari antioksidan yang mencukupi.

Psikologi Catatan peribadi


Ketika memulakan cubaan membuat blog, saya telah mengkaji elemen-elemen yang terdapat di dalamnya dengan ‘membedah’ skrip HTML berpuluh-puluh blog sedia ada. Bermula dengan cubaan menggunakan domain blogdrive.com, sehingga yang terakhir di sini. Membina blog rupanya alternatif kepada penulisan diari secara elektronik yang boleh dikongsi dengan seluruh pelayar internet di dunia. Jika konsep dan prinsip tersebut dibuat, siapa yang mahu menatap catatan peribadi anda? Jika ada, sedikit sahaja yang berminat. Kajian Dr. Bready yang merupakan ahli Psikologi menunjukkan bahawa 26% orang yang membuat catatan kehidupan bahagia dengan kehidupan peribadi sebagai individu, manakala 12% dari kalangan mereka yang berkeluarga. Golongan ini dengan mudah mendapati pandangan mereka dihormati. Kajian yang dijalankan juga menunjukkan kebanyakan pemimpin dunia membuat catatan peribadi.

Menurut Dato’ Dr. Fadhilah Hj. Kamsah, catatan yang bermakna ini dan memberangsangkan akan dirujuk ketika saat-saat mereka menghadapi tekanan, secara tidak langsung menaikkan semula semangat mereka. Dalam siri motivasi pagi keluarga bahagia siri 45, beliau menyebut bahawa wanita lebih ramai menulis diari berbanding lelaki. Apa hendak jadi lelaki? Apakah sebenarnya minat lelaki? Minat membaca, orang perempuan lebih ramai membaca (Agaknya lelaki lebih rajin berkerja). Kebanyakan lelaki berpendapat membuat catatan yang terlalu peribadi adalah perkara remeh, bersifat jiwa-jiwa dan leceh. Ini menyebabkan mereka tidak memiliki dan menghayati erti sentimental seperti mana yang terdapat pada wanita.

Jika anda belajar membina laman web, anda pasti terdengar istilah WYSIWYG @ What You Is What You Get – apa yang kamu lihat adalah apa yang kamu dapat, terutama dalam menetukan metafora dan persekitaran laman web yang dibina. Namun begitu, ia terhad kepada beberapa perkara terutama pelayar @ browser yang digunakan untuk membina laman web tersebut. Sebagai contoh, laman web blog ini hanya dapat dilihat dengan cantik sebagai mana cantiknya pada pandangan saya sekiranya anda melayarinya dengan menggunakan Internet Explorer (IE), berbanding Opera, FastBrowser, atau Mozilla Firefox. Perkara yang sama berlaku contohnya apabila saya ingin membaca blog Pn. Ainon yang hanya elok mengikut reka letak pembangunannya apabila menggunakan Opera berbanding IE. Maka saya ingin mengubah istilah (dalam konteks mempersembahkan blog ini kepada tatapan awam) WYSIWYG kepada WISIWYG iaitu apa yang saya lihat adalah apa yang anda dapat, dengan mensyaratkan kepada anda menggunakan IE untuk melayari blog ini.

Rabu, November 23, 2005

Enrique Mengundang Jauh


Sedar atau tidak, aku sudah memiliki empat daripada enam novel dalam senarai Finalis Hadiah Sako 2. Hal ini bermakna secara keseluruhannya, sudah enam buah novel dalam koleksi Hadiah Sako 1 dan 2 yang telah dihadamkan merangkumi:

- Hadiah Sako 1
Imam [Abdullah Hussein]
Wi & William [Azizi Hj. Abdullah]
- Hadiah Sako 2
Kawin-kawin [Azizi Hj. Abdullah]
Iman Markisa [Fatimah Busu]
Hatiku Terluka di Bukhara [Wan Hashim Wan Teh]
Enrique Mengundang Jauh [HM Tuah Iskandar]

Tiga lagi koleksi novel Hadiah Sako yang belum dibaca iaitu Nostalgia Padang, Pei Pan dan Jalur-jalur Pertentangan.

*********

Tajuk: Enrique Mengundang Jauh
Pengarang: Dr. HM Tuah Iskandar
Penerbit: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd
ISBN: 9676113026
Harga: RM22.00
Pengulas: Mohamad Hanafi Isa

Novel setebal 467 muka surat ini memuatkan 19 bab, menceritakan sejarah penjelajahan dunia oleh orang Melayu. Dalam hal ini penulis telah berjaya mengaitkan catatan kuno Harun Aminurrashid yang memperkatakan Panglima Awang sebagai manusia pertama yang mengelilingi dunia sekali gus membuktikan dunia ini bulat seperti mana ditegaskan oleh Fernado de Magellan, pelayar Sepanyol. Watak utama dalam novel ini adalah Lester Roylizam atau Lesh yang mencari identiti dirinya. pengembaraan Lesh untuk mencari identitinya dengan mengikuti pelayaran Hartawan Wilson di atas kapal The Princess. Namun begitu berlaku insiden ketika mereka berlabuh di Sumatera sehingga memaksa Lesh bersama-sama pelarian Indonesia memasuki Malaysia secara haram. Ketika sampai di Malaysia, Lesh bertemu dengan Mei Hua, rakan seuniversitinya yang kemudian menjadi pembantunya melengkapkan misi pencarian Lesh. Ketika ditahan oleh pihak keselamatan Malaysia, Lesh dihadiahkan manuskrip berupa catatan Mazil yang melakukan pengembaraan 35 tahun lalu. Manuskrip itu merupakan catatan pengembaraan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Mei Hua.

Mazil yang kemudiannya menukar namanya kepada Lambert Cale, yang mengembara untuk mengembalikan hak Melayu. Ketika pengembaraannya, terdapat beberapa insiden seperti pertemuannya dengan Sophia @ Otec Paisij di Bulgaria. Kesungguhan dan ketulusan Sophia ini menyebabkan Mazil terpaksa mengahwininya demi agama. Ketika membina kehidupan barunya, beliau terpaksa membina kekayaan untuk menebus kegagalan misi pengembaraannya, selain rasa bersalah dan malu kepada bapa mertuanya Tok Wi (Ayahanda Kawi) dan Baba Kiong. Beliau kemudiannya membina empayar perniagaan hotel lima bintang yang terkenal di UK, Londoner Properties.

Hal ini bermakna, secara tidak langsung dia telah mempunyai dua orang isteri, Sofia di Malaysia dan Sophia di Bulgaria. Hasil daripada perkongsian hidupnya dengan Sophia, lahirlah Lester Roylizam alias Lesh. Apakah sebenarnya yang dicari oleh Lesh? Bagaimana Lesh akhirnya bertemu dengan ibunya Sophia yang terpisah sejak kecil? Mengapakah Mazil menukar namanya menjadi Lambert Cale dan apakah kesudahan kepada pencarian Lesh ini? Dan apakah kesudahan nasib Londoner Properties milik Mazil itu? Semua persoalan ini dapat dijumpai di dalam novel ini. Penulis telah berupaya mengolah susur galur permasalahan dan penyelesaiannya dengan begitu menarik. Penulis juga berjaya mengolah kebenaran hujah bahawa orang yang pertama mengelilingi dunia adalah orang Melayu, bukan Fernado de Magellan.

Genius


Rancangan Wanita Hari Ini semalam membincangkan topik kanak-kanak genius berisiko. Adi Putra dijemput sebagai tetamu dalam perbincangan tersebut di samping ibunya dan seorang pensyarah di Jabatan Psikologi dan Pendidikan UPM. Nampaknya media memberi liputan yang berlebih-lebihan terhadap beliau seolah-olah begitu genius. Namun tidak dinafikan keupayaannya menyebut angka sehingga sebutan billion dalam bahasa Melayu dan Inggeris, serta membuat pengiraan. Kiranya keupayaan ini sekurang-kurangnya melayakkan beliau digelar genius pada usianya enam tahun.

Pemerhatian yang dibuat oleh penulis mendapati bahawa cara penyelesaian masalah yang dibuat berdasarkan logik yang memudahkannya faham penyelesaian. Semestinya cara ini hanya difahami oleh beliau seorang sahaja dan sukar pula untuk diterangkan kepada orang lain. Bayangkan, jika dalam banyak perkara yang anda buat, dengan segala kelainan yang hanya difahami oleh anda, bagaimana mungkin anda mampu meyakinkan orang lain untuk menerima konsep tersebut? Samalah juga halnya dengan seorang saintis yang cuba menerangkan konsep empat matra (4D), tiada siapa yang faham perkara tersebut melainkan dirinya sahaja suatu ketika dahulu. Usaha menerangkan konsep empat dimensi telah dibuat oleh seorang saintis di hadapan ratusan ahli matematik dan fizik. Malangnya penjelasan beliau yang panjang lebar hanya membuatkan orang tercengang-cengang dan tidak faham apa-apa. Anda boleh membaca Fourth Dimension untuk memahami perkara ini.

Keadaan sebegini mungkin akan dialami oleh adik Adi Putra, jika psikologinya tidak diurus dan ditangani dengan betul akan memberi tekanan kepadanya. Lama-kelamaan dia mungkin menjadi sewel (maaf cakap, ini adalah realiti. Kebanyakan orang genius biasanya bersikap pelik dan luar biasa). Apa pun, semoga kecerdikan yang dimilikinya tidak menghilangkan masa ‘santai’ sebagai kanak-kanak. Kadang-kadang, seorang yang hilang masa dan penghayatan hidup sebagai kanak-kanak boleh menjadi seorang yang tidak normal pada masa hadapan. Alam kanak-kanaknya juga harus dilayan dan diberi perhatian supaya kehidupannya tidak terkongkong, sehingga menyebabkan beliau tidak cemerlang setelah meningkat dewasa. Penulis mendoakan semoga Adi Putera menjadi dirinya yang sebenar dan membesar dengan normal!

Isnin, November 21, 2005

M&S dalam bahasa Inggeris.


Isu pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris terus hangat. Sebelum ini, BN terpaksa memberi amaran keras kepada rakan dalam komponennya parti Gerakan kerana menggesa kajian dilakukan. Terbaru, PAS menggunakan isu ini dalam siri kempen PRK N12 Pengkalan Pasir. Menteri Pelajaran selaku penerus kepada aspirasi idea Tun Dr. M mempertahankannya dengan menyatakan bahawa pencapaian dalam UPSR memberangsangkan dan meminta supaya keputusan PMR dilihat untuk memperkuatkan hujahnya.

Apa pun, Menteri Pelajaran harus telus dan realistik dalam membuat analisis ini kerana kebanyakan pencapaian pelajar di sekolah terutama di luar bandar merosot. Jurang perbezaan di antara pelajar luar bandar dan bandar menjadi semakin jauh.

Sedutan analisis.
Bagi subjek Sains, hanya 20.5 peratus calon mendapat Gred A dengan 85.4 peratus mendapat sekurang-kurangnya C. Ahamad berkata, walaupun kertas soalan Sains dan Matematik UPSR tahun ini ditulis dalam dwibahasa, iaitu Melayu dan Inggeris, calon diminta menjawab dalam bahasa Melayu atau bahasa ibunda kerana pengajaran dalam bahasa berkenaan.Katanya, soalan dan jawapan bagi kertas Sains dan Matematik UPSR dalam bahasa Inggeris sepenuhnya bermula pada 2008.

Persoalannya, apakah langkah ini akan diteruskan sepenuhnya pada 2008 nanti? Mungkin juga dasar dwibahasa akan dikekalkan lagi pada tahun tersebut. Apa pun, betullah seperti kata orang bijak pandai, politikus hanya pandai cakap, dan tidak realistik.

Jumaat, November 18, 2005

Nisbah Emas


Apakah perkara yang sama dimiliki oleh piramid di Mesir, lukisan Mona Lisa karya Leonardo da Vinci, bunga matahari, buah cemara dan jari-jari kita? Tahukah anda? Semua perkara ini dilihat ideal dari segi pembinaannya dan terdapat nisbah setara yang dikenal sebagai Nisbah Emas.

Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ath-Thalaaq, 65: 3)
Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itu pun dalam keadaan payah. (Al-Mulk, 67: 3-4)

Jawapan kepada persoalan di atas boleh dilihat dalam jujukan siri nombor ajaib yang diperkenalkan oleh seorang ahli Matematik Itali, Fibonacci. Fibonacci telah menyusun angka dari sifar dalam jujukan menaik di mana angka berikutnya merupakan penjumlahan dua angka sebelumnya.
Jujukan tersebut ialah
0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597, 2584, …...

Nombor-nombor ini mempunyai ciri menarik apabila nombor yang ketiga belas dalam jujukan dibahagikan dengan nilai sebelumnya akan memberi nilai yang malar. Nilai pemalar 1.618 ini dikenal sebagai nisbah emas.

233 / 144 = 1.618
377 / 233 = 1.618
610 / 377 = 1.618
987 / 610 = 1.618
1597 / 987 = 1.618
2584 / 1597 = 1.618


Adnan Oktar atau nama penanya Harun Yahya (pengasas Islamic Researchg Foundation, IRF) menukilkan keajaiban nisbah ini dan membuktikannya dalam beberapa penciptaan termasuk tubuh badan manusia. Anda boleh membacanya dalam artikel saintifik beliau bertajuk Golden Ratio.

Jangan layan dukalara hati anda.


Menjengah keluar, rupanya ada keretakan struktur pada bangunan ini. Retaknya bangunan mengingatkan aku pada satu keretakan lain. Retak di dalam tetapi di luarnya, zahir yang dilahirkan, air muka dan senyum tawa yang terpancar adalah sebaliknya. Hati ini sedikit retak, terkilan dengan kegagalan meneruskan langkahan dalam Second Chem-E Car Contest pada tahun hadapan di UM kerana kesilapan teknikal.

Kata Da-Hyun dalam satu babak ‘Something About 1%’ (hari ini episod 17), “Dia memang pandai menyembunyikan kesedihannya”. Dia merujuk kepada kakanya yang marah kepada sepupu teman lelakinya yang menuduh kakanya sebagai bakal pewaris 1% daripada hartawan yang menjadi presiden sebuah syarikat konglomerat. Namun setelah diselediki, terasa pula rasa ingin mendekati dan menyelami hati budi wanita tersebut. Sikapnya yang berterus terang menjadikan wanita tersebut terluka dan tidak mahu memaafkannya.

Mengapa perlu mengubah lagi sesuatu yang bukan milik kita? Saya bertanya bukanlah kerana apa, hanya sebagai secebis pertanyaan buat diri anda yang merasakan sudah tiada orang lain di dunia ini. “Dia bukan segala-galanya!” Petikan daripada sebuah novel tulisan novelis (aku ingat-ingat lupa namanya). Jika anda merasakan kekecewaan, ia perkara normal, dan kekecewaan akan terubat dengan berubahnya masa. Usah dikesalkan apa jua yang telah dilalui, pengorbanan masa, tenaga fikir, wang, perhatian dan secebis harapan. Anggaplah semua itu sebagai perkara yang mematangkan kehidupan anda, kelak anda kan berjumpa dengan orang yang lebih baik dan hebat daripadanya. Kata Abd. Jalil Ali dalam bukunya Asam Garam Gula dan Kopi, “Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor.” Jangan kerana rajuk hati anda terlepas atau ditolak oleh seseorang, anda terus merajuk sehingga tidak mahu lagi memulakan cinta yang baru.

Membaca dua para di atas, agaknya saya sudah berjaya menjadi penasihat cinta secara sambilan! Saya menasihati rakan-rakan melalui input buku motivasi yang dibaca walaupun pada masa ini saya belum bercinta. Bagi diri ini, untuk bercinta biarlah setelah mencintai diri sendiri dahulu. Saya sudah menasihati lebih daripada 10 orang yang memerlukan nasihat dan pandangan mengenai cinta, terutama apabila mereka menghadapi masalah dalam percintaan. Namun begitu, akhirnya saya menyarankan kepada mereka supaya bercinta selepas kahwin. Ia seakan-akan mustahil lebih-lebih lagi dalam era teknologi maklumat ini. Jadi jika mustahil, itulah harga sebuah cinta yang suci, umpama sebiji permata yang mahal. Mahalnya permata dijaga rapi, diletakkan dalam sangkar berkunci. Tidak cukup dengan kunci dan CCTV, diletakkan juga pengawal yang bersenjata.

Sekian dulu kuliah cinta daripada saya, mohon berundur kerana tidak lama lagi ‘Something about 1%’ akan ke udara di TV 2, 6 petang.

Khamis, November 17, 2005

Pelik lagi ajaib.


Bekas KSU Kementerian Pembangunan Luar Bandar dihukum penjara lima tahun kerana didapati bersalah bersubahat melakukan pecah amanah dan penipuan. Tetapi peliknya, jika beliau bersubahat (seperti yang dinyatakan), siapa pula perancangnya? Mengapa master mind dalam kes ini terlepas? Pelik sungguh hal perundangan ini, tidak faham aku! Bagaimana?

Takziah buat keluarga Ust. Yusof


Hari ini, semua staf Pusat Islam melawat keluarga Ust. Yusof. Al-Fatihah, buat mertuanya Tn. Hj. Omar yang kembali ke Rahmatullah.

Allahyarham merupakan seorang doktor perubatan, tetapi istimewanya beliau tidak memiliki sijil atau ijazah dalam bidang perubatan secara formal. Semasa hayatnya, beliau hanyalah deresa (pembantu perubatan) di klinik. Semasa beliau bertugas, beliau diberi peluang mendalami ilmu perubatan secara tidak langsung termasuk membuat pembedahan. Sepanjang pengetahuan saya, dia mampu membuat pembedahan kosmetik iaitu pembedahan yang tidak meninggalkan parut.

Bercakap mengenai pembedahan, aku teringat bahawa tanda di atas siku kiriku adalah kesan daripada pembedahan. Ketika pembedahan dibuat, doktor mencadangkan supaya kulit di bahagian peha diambil untuk ditampung pada lenganku. Ayah tidak membenarkannya dan parut itu akan kekal sehingga akhir hayat.

Apabila mendapat ruang dan berhenti daripada klinik tersebut, mullah mendalami ilmu perubatan dalam bidang homeopati. Rumusan ubat-ubatan alternatif yang menggunakan sari bunga. Ketika klinik yang dibukanya maju, ada sesetengah orang dengki kerana beliau secara tidak langsung menjadi pesaing. “Nak buat macam mana, ubat alternatif yang ditawarkan berkesan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.” Akibatnya kliniknya disiasat oleh pegawai kesihatan dan ubat-ubatannya bernilai hampir setengah juta dirampas! Beliau dituduh menjalankan perniagaan (pengamal perubatan) yang tidak sah kerana tidak memilik kelulusan yang selayaknya. Tetapi selepas siasatan dibuat, ternyata beliau membuka klinik perubatan yang sah.

Apa pun, semua perkara tersebut telah berlalu. Mullah yang menderita kanser usus telah pergi dan menjadi kenangan. Semasa hayatnya, beliau menjalani rawatan kemoterapi sebanyak tiga kali yang menelan kos RM78 ribu, di samping beberapa sesi pembedahan membuang sel kanser di usus sebelum membuat kemoterapi.

Semoga Allah merahmati roh beliau, amin.

Rabu, November 16, 2005

SMM mahu bertemu KPT.


Anis Nazri melaporkan...

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpendirian tidak akan bertemu dengan mana-mana wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membincangkan isu demokrasi kampus dan mahasiswa, melainkan dengan menterinya sendiri, Dato' Dr Mohd Shafie Salleh.

Presiden SMM, Ahmad Rethauddin Abdul Wahab berkata ini kerana segala persoalan berkenaan mahasiswa dan demokrasi kampus yang tercalar selama ini hanya boleh dijawap oleh Shafie.

"Segala yang berlaku di dalam kampus, sama ada hak mahasiswa mahupun berkenaan pilihan raya kampus, mestilah dijawab oleh Dato' Shafie sendiri.

"Jadi, SMM memutuskan hanya akan bertemu beliau," tegas beliau kepada wartawan dalam sidang media tertutup yang diadakan di Petaling Jaya, petang semalam.

Rethauddin berkata, pada 21 September lalu, pihak KPT telah menyatakan persetujuan untuk berjumpa dengan SMM, bagaimanapun ditolak kerana kementerian hanya menghantarkan wakil Shafie.

Katanya, SMM bertegas berkenaan perkara itu memandangkan pengalaman mereka daripada siri-siri pertemuan dengan wakil KPT sebelum ini yang tidak mendatangkan sebarang tindak balas.

"Pengalaman kita menyaksikan setiap kali pertemuan dengan wakil KPT, tidak pernah ada sebarang maklum balas.

"Mereka (wakil KPT) hanya berjanji akan membawa kepada menteri, tetapi tiada sebarang respons daripada menteri mahupun wakil KPT berkenaan.

"Oleh itu, berdasarkan pengalaman tersebut, SMM hanya akan bersetuju jika pertemuan itu dihadiri oleh Dato' menteri sendiri," tegas beliau.

Dalam pada itu, SMM turut melancarkan 'Kempen Mengembalikan Keadilan dan Demokrasi Kampus' serta 'Tabung Kutipan Derma bagi Mengembalikan Keadilan dan Demokrasi di Universiti'.

Kempen tersebut dilancarkan oleh Rethauddin sendiri, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Baderun Hanif dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia (UPM), Lim Sook Swan yang dipanggil oleh pihak UPM, baru-baru ini untuk perbicaraan mahkamah universiti.

Sook Swan, dihadapkan ke mahkamah universiti atas dakwaan kononnya beliau mengapi-apikan mahasiswa untuk memboikot pilihan raya kampus, menyertai perarakan yang bermula dari Masjid Negara ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menghantar memorandum bantahan mengenai pilihan raya kampus.

Selain beliau, lima lagi rakannya di UPM turut dihadapkan ke mahkamah universiti, bagaimanapun tiada sebarang tindakan tatatertib dikenakan terhadap mereka.

Dalam majlis yang sama, SMM turut menuntut agar pilihan raya kampus diadakan semula dengan lebih bersih dan adil, menghentikan pencabulan hak mahasiswa dan menggugurkan semua pendakwaan terhadap mahasiswa.

Surat terbuka yang menyatakan tuntutan berkenaan turut mengandungi laporan-laporan berhubung dakwaan penyelewengan pilihan raya kampus serta pencabulan hak mahasiswa yang terhakis.

Selain SMM, 55 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain, dalam dan luar negara, termasuk badan politik tempatan turut menandatangani surat berkenaan yang akan dipanjangkan kepada KPT untuk tindakan lanjut

Cut your transportation expenses


Special Report: Simple ways to cut your transportation expenses

by Azizi Ali



Perhaps the single highest expenditure of every family is the transportation bill. The amount of money spent on fuel, parking, toll and not to mention paying the car loan often run into some big obscene figure. And it's never a pretty sight.
Worse, we often argue that the cost is justified. “Hey, we need wheels to get around, you know. And since we already paid fifty thousand for the car, we can't just let it rust in the garage, can we?”

Now while some of the points are valid, it may do us some good to review some of the points about traveling. If we can cut down just ten percent of our transportation bill, that's an extra ten percent available for more productive use.


Buy cars with low engine cc.

First thing we can do is to choose a car with a lower cc. The obvious example is the cute little Perodua Kancil. But if you find it a teeny weenie bit too small, then any engine below 2 liters should be fine.

On the other spectrum, any cc above 2.5 liters will just suck in fuel like water. This is not counting the higher road tax yet. So if you do buy those big cc cars, don't complain about high fuel costs. You know what you are getting into. Style, if you have not realized it yet, often cost a lot of money. A lot.


Service the car regularly

Make it a point to send the car for service regularly. While you may think it is expensive, it is actually cheaper to do so in the long run. Firstly, your car will burn less fuel. A badly tuned engine will burn more fuel than one that is well maintained. This will cost you money. Next, you reduce the chances of the car breaking down while driving. I don't know about you but the thought of the car breaking down in the middle of the night in a dark deserted road just about kills me. Thirdly, you also reduce the chances of being involved in an accident due to poor maintenance.

And if you still think servicing the car is still expensive, try having an accident.



Drive slower

You will also reduce the fuel burn by driving slower. If you are used to driving at 110 km/hr, you will save some 20 percent of fuel just by slowing down to 80 km/hr. That means the fuel will last longer and you will refill less often. End result - you save money.


Do not carry unnecessary cargo

Obviously, the heavier the car, the more fuel will be needed to move the car. Carrying unnecessary cargo therefore will just cost you money. So, remove all items that do not belong in the car and keep them where it does not cost you money. The store room should be about right.


Ensure correct wheel pressure

Under inflated tyres can increase the fuel consumption by 10 percent or more. They also wear out more quickly and are more dangerous in emergency situations. So always ensure that your tyres are having the correct pressure by checking them weekly.


Always check the map before driving to a new destination

Always, always check the map before driving to any new destination or any place that you are unsure of. What you want to do is to get to your destination the most straight forward way, if not the quickest. This way, you avoid getting lost and driving around in circles. Because if you do get lost, driving around town in circles will just cost you money. Not to mention of the irritation and rising temperatures.


Car pool

Car pooling will not reduce your fuel bill directly. But it will more than subsidize the cost. If you take in more than one passenger, you may even make money in the process! This is not counting the fun of having company to entertain you yet.


Use the public transport

And finally, to save even more, you can always take the public transport. Especially when going to a spot well known for traffic jams - Jalan Sultan Ismail for example - take the LRT instead. You'll arrive there faster, fresher and less hassled. Way to go, kiddo.


And if you want more...


If you like to find out more ways to reduce your expenses, check out the book 1001 Ways to Cut Your Expenses" by Jonathan D. Pond. Needless to say, it is full of ideas in which you can save money. Even some far-out ideas that no one will think of in a thousand years. Examples - ask for a modest tombstone or even more drastic, to be cremated instead of being buried! Nothing will top that!

Azizi Ali Click to read his profile.
Millionaires Coach
True Wealth Sdn Bhd
A310, Level 3,
Kelana Square,
Jalan SS 7/26
Kelana Jaya
Selangor 47301
Malaysia

Isnin, November 14, 2005

MEMILIH PASANGAN (2)


Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

“janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat,maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal.”

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda.Rasulullah saw bersabda:

“Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya.”

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu,pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak,pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya,tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih saying antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:

“Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti.”

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya,baginda bangga dengan umat yang ramai kerana disitulah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama,memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

“Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya,dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan.”

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang,sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman.”

“Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.”

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.


Dr. Ikmal
dari Jemaah Islah Malaysia

Jumaat, November 11, 2005

Resensi 'Advencer Si Peniup Ney'

Judul : Advencer Si Peniup Ney
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 243
Cetakan Pertama : 2005
ISBN :9676117625
Harga: RM19.00
Penjual: Ujanailmu

Hedonis.
Begitu definisi kaum di negeri jauh itu. Landas hidup hanya untuk berseronok-seronok, bermewah-mewah, lazat, lazat, lazat. Berpantang arah tujuan, terlarang segala fikiran. Ya, aliran hedonisme menjunjung kelazatan dan puja-pujaan, emm... cita rasa, cita rasa!

40 remaja berawajah amat berseri-seri mengundang Sulaiman Hilmi yang bermata biru hijau berbalam, yang berwajah cahaya. Bersama mereka menunggang awan, memacu ombak menuju ke negeri jauh, membawa salam kesejahteraan. Demi menyahut panggilan Cinta. Menyerah buat dibakar api Cinta. Merawat duka rawan rindu kepada Cinta. Bahawa yang paling seronok, paling mewah, paling lazat ialah kelazatan menunaikan janji abadi :

Bahawa Dia itu Satu. Tempat bergantungnya segala sesuatu. Tumpuan hidup dan mati dan hidup lagi sesudah mati.

Dia Sumber Cinta, Pencipta Segala Rasa.

"Karya ini berjaya menarik perhatian panel apabila secara sinis menempelak gaya hendonisme anak muda yang tercemar akhlaknya lantaran asyik dengan hiburan yang bertentangan dengan Islam.

Karya ini merunut kehebatan kesenian Islam yang telah melahirkan tokoh-tokoh sufi dan falsafah selain menyerlahkan nama-nama seperti Ibnu Misjah, Ibnu Suraj, Ata Abi Rabah, Yunus Kateb, Ibnu Farabi, Ibnu Sina dan Yunus Emre.

Faisal juga berjaya mengolah naratif keseluruhan karyanya dengan memberi penegasan bahawa kesenian dan Islam bukanlah sesuatu yang terpisah daripada konsep keimanan." - Mingguan Malaysia 29 Mei 2005

PASTIKAN anda memiliki karya yang hebat ini.

Rumah Terbuka

SEMPENA MERAIKAN HARI RAYA ‘IDULFITRI PUSAT ISLAM MENGADAKAN RUMAH TERBUKA SEMPENA ‘IDULFITRI.

TARIKH: 14 NOV 2005.
MASA: 11.30 PG - 12.30 TGH HARI
JEMPUTAN:

• SEMUA STAF USMKKJ
• PETUGAS-PETUGAS MAJLIS BERBUKA PUASA
• PESERTA TADARRUS AL-QURAN
• WAKIL PERSATUAN PELAJAR


RAYA KAN SEBULAN.

Khamis, November 10, 2005

Mengumpat (2)


Bahagian akhir....sedikit ulasan.
Pertama: Orang yang mengadu kepada raja, berkata ia si anu menzalimi ia akan daku, dan menyebut ia akan kejahatan itu.
Seorang yang dizalimi mengadu kejahatan seseorang ke atasnya dengan niat untuk mendapat pembelaan. Maka harus baginya menyebut kejahatan yang dilakukan terhadapnya. Zaman kini, pengaduan kepada pihak berkuasa seperti polis, atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan bertepatan dengan poin di atas. Begitu juga halnya dengan prosiding jenayah di mahmakah apabila seseorang mahukan diadili mengikut budi bicara hakim.

Kedua: Orang yang meminta tolong pada menghilangkan maksiat, maka harus baginya bahawa berkata ia: Si anu mengerjakan maksiat tolong olehmu akan daku pada menghilangkannya, dan menyebut ia akan nama maksiat itu.
Menasihati orang lain supaya tidak terikut-ikut dengan perkara maksiat yang dilakukan oleh orang lain. Maka tidak salah jika menyebut dengan jelas pelaku tersebut supaya gambaran maksiat itu dapat difahami.

Ketiga: Orang yang meminta fatwa, apabila berhajat kepada menyebut pertanyaan, seperti barkata oleh isteri, “Suami aku seorang yang kikir, tiada memberi ia bagiku akan yang memadai daripada nafkah, maka adakah harus aku mengambil daripada hartanya setengah yang memadai bagiku.
Kes penceraian (sama ada fasakh atau diceraikan). Semasa prosiding perceraian dilakukan, isteri mestilah memaklumkan semua perkara yang berkaitan ketidakpuasan hatinya untuk mendapat haknya. Begitu juga sebaliknya, suami yang ingin menceraikan isterinya mesti menceritakan hal isterinya (sekiranya nusyuz).

Keempat: Yang menakutkan akan orang Islam daripada kejahatan orang lain seperti berkata ia, “Perempuan itu jahat kelakuannya, maka janganlah engkau berkahwin dengan dia,” dan menyebut ia akan nama kejahatan itu.
Hal ini berkaitan dengan soal merisik seseorang sebelum disatukan melalui ikatan perkahwinan. Maka pihak yang merisik boleh bertanya khabar kepada waris-waris atau kenalan kepada perempuan. Jika sesuatu yang buruk (dari segi keturunan, atau perbuatannya) maka tidak salah bagi orang yang ditanya mengatakan perkara tersebut. Perkara ini juga harus dibuat oleh wanita apabila ingin memilih calon suaminya.

Kelima: Bahawa ada seseorang yang masyhur ia dengan nama yang ada padanya kecelaan, seperti ‘al-a’raji’ –ertinya yang capek (tempang).
Gelaran nama yang diberi kepada seseorang, identiti yang terlekat bagi mebezakannya dengan seseorang yang lain sekiranya nama panggilan awalnya sama. Seperti dipanggilnya "Din gagap", "Din bisu" dan lain-lain. Maknanya sifat atau kecacatannya apabila disebut memudahkan orang lain mengenalinya apabila disebut. Tetapi hal ini janganlah dijadikan kebiasaan sehingga menyebut perkara tersebut di hadapan empunya diri kerana mungkin membuatkannya terasa @ berkecil hati.

Keenam: Bahawa is menzahirkan akan kejahatannya, maka harus disebut kejahatan yang dizahirkan itu.
Perkara yang sering berlaku dan sentiasa berlegar dalam media cetak atau elektronik dewasa ini. Betapa perkara ini menjadi semacam kebiasaan. Sebagai contoh, kita lihat gambar seorang wanita Melayu yang berpakaian seperti wanita Cina. Melayu pula bukan sekadar Melayu, Islam lagi (mungkin Islam hanya pada nama!). Sekilas pandang kita berpendapat ini orang cina, tetapi setelah membaca namanya, ternyata dia adalah Melayu. "Saya ingat dia ni cina!" Adakah perkara ini dikatakan mengumpat? Perkara ini termasuk dalam ciri yang keenam iaitu sesuatu perkara yang dizahirkan, untuk tatapan umum tidak salah untuk diperkatakan, sama ada untuk menyatakan keburukan kejahatan itu atau berdiam sahaja.

Selasa, November 08, 2005

MEMILIH PASANGAN (1)


Dr. Ikmal (JIM) menulis....

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin.

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.

Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua.Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup.Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

“Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik.”

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

“Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya.”

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia,kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan
Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak,mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibu bapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami,melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.a:

“Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya.”

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah saw:

“Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya.”

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

bersambung....