Ahad, Oktober 30, 2005

Ayat penawar


Ust. Elias Ahmad, (Penceramah Jemputan)
Majlis Khatam al-Quran Rakan Muda, Peringkat Negeri Pulau Pinang.
29 Oktober 2005 (5.15 petang).
Masjid Terapung Tanjung Bungah, Bukit Feringgi. Pulau Pinang.
-------------------
Saya ingin menyampaikan satu sahaja kelebihan al-Quran. Firman Allah (sambil membaca ayat 82 surah al-Israa')
Maksudnya, "Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman..."

Saya suka menceritakan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua cerita Syeikh Abdul Qasim al-Khushoiri.

Suatu hari anaknya sakit, maka dia pun berubat dengan cara biasa malangnya penyakit itu tidak sembuh. Semasa tidur, beliau bermimpi bertemu Nabi S.A.W. Dalam mimpinya, Nabi bertanya kepadanya dari hal al-Quran. Mengapa tidak menggunakan al-Quran sebagai penawar bagi penyakit tersebut.

Apabila terjaga, beliau mengkaji ayat-ayat al-Quran. Beliau merumuskan terdapat enam (6) ayat di dalam al-Quran yang boleh diguna khusus untuk merawat penyakit.
1. Ayat 14: Al-Baqarah.
2. Ayat 57: Yunus.
3. Ayat 59: An-Nahl.
4. Ayat 82: Al-Israa'
5. Ayat 80: Asy-Syu'araa'
6. Surah Fush-shilat. (Tidak dinyatakan secara spesifik ayatnya*).
* Jika anda mengetahui ayatnya yang tepat sila maklumkan.
Pada pandangan saya, ayat 44 lebih menepati senarai kerana terdapat kalimah "Syifaa-un" di dalam ayat tersebut.
Setelah mengkajinya (hipotesis saya disokong oleh Klik untuk baca).

Surat misteri


Surat misteri 1.

Surat bertarikh 8 Ogos 2005, daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Rujukan: DBP/4-8/3/5/6-14(19)

Tuan,

PERADUAN MENULIS RESENSI BUKU 2005

Dengan hormatnya kami merujuk perkara tersebut di atas.

2. Terlebih dahulu pihak kami ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada tuan kerana dipilih sebagai salah seorang pemenang Peraduan Menulis Resensi Buku 2005 yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

---Surat tamat dan diringkaskan di sini---

Respon: Proses menunggu yang amat memenigkan. Pening kerana beberapa kali ditanya waktu yang sebetulnya untuk menerima hadiah tersebut (Orang yang tidak menang pula kecoh-kecoh bertanya, "Bila dapat hadiah tu?"). Apa pun, sebagai pemenang tidakkan ke mana hadiah itu kerana sudah diperuntukkan kepadaku.

Surat misteri 2.

Saya masih belum menerima baucer bayaran yang dimaksudkan oleh pihak tuan.

PS: Bayaran yang dibuat dalam bentuk baucer bayaran, penerima hendaklah mengisi dan mengembalikan borang pengesahan penerimaan bayaran kepadaku.

---Surat tamat dan diringkaskan di sini---

Respon: Nampaknya slip bayaran dan baucer itu dicuri oleh seseorang. Mungkin juga ketika sampai atau ketika dalam seliaan posmen. Ini bukan tuduhan melulu, sila baca surat misteri 3.

Surat misteri 3.

Mohon maaf. Pihak kami tidak menerima bungkusan ini. Apabila dicop, mungkin bungkusan akan pecah dan barangnya terkeluar.

PS: Ketika membuat penghantaran barang berupa dua keping kad ingatan (memory card) kepada seorang pelanggan di Sabah, petugas di kaunter pos memaklumkan pihaknya tidak menerima bungkusan tersebut. Secara peribadi beliau berkata, "Saya tidak mahu mengambil risiko kehilangan barang ini, kerana sekarang ni banyak pencuri."

Respon: Demikian teruknya orang yang berada dalam sistem mereka, dan saya memilih perkhidmatan pos yang lain yang dapat memberi jaminan keselamatan (walaupun agak mahal).

Surat misteri 4.

Dimaklumkan bahawa pesanan tuan telah diproses. Masa penghantaran telah lama berlalu dan sepatutnya tuan telah menerima pesanan tersebut.

---Surat tamat dan diringkaskan di sini---

PS: Kehilangan buku yang dipesan melalui pos.

Respon: Inilah kadang-kadang yang menjadi seseorang pelanggan dalam sistem e-dagang berhenti daripada membeli secara maya kerana tidak mahu menghadapi kerugian pada masa hadapan. Piawai penghantaran surat biasa Pos Malaysia adalah tiga (3) hari. Manakala perkhidmatan Pos Ekspress satu (1) hari, dan Pos Laju (1) hari. Secara ideal, Pos Laju semestinya laju. Hairan juga walaupun dijamin laju, masih lembap seperti surat biasa.

Mengapa pos laju tetap lembap?
Hal ini bukannya terletak pada sistem secara keseluruhan. Jika dilihat dalam rekod Pos Malaysia surat yang dikirim melalui Pos Laju sampai seperti yang dijanjikan. Buktinya boleh dilihat dalam sistem Tracking yang boleh diguna untuk melihat sama ada surat tersebut telah sampai atau sebaliknya dalam laman web Pos Malaysia. Masalahnya terletak pada fasa terakhir penghantaran iaitu apabila ingin keluar daripada Pejabat Pos yang terdekat dengan penerima. Jadi siapa yang salah? Entahlah!

Jumaat, Oktober 28, 2005

Pulang dulu.


Semalam ketika mengiringi sahabat untuk membeli belah, aku menyangka sekadar window shopping, "Pilihlah satu pasang untuk anta," dia mempelawa dengan serius. "Ana dah tempah sepasang baju Melayu moden. Lusa kena ambilkan," segan juga aku untuk menerima tawaran tersebut. Setelah didesak aku memilih juga sepasang baju Melayu cekak musang dari butik Gene Martino itu. Memang berkualiti kainnya, dan harganya juga berpatutan. Jika menempah baju di kedai jahit, kosnya mencecah RM115 untuk satu pasang, tetapi di sini harganya baru RM65. Terima kasih sahabatku, semoga Allah jua membalas budi baik ini.

Esok boleh jalan-jalan ke Masjid Terapung. Ingatkan Masjid Terapung Kuala Ibai di Terengganu. Jika begitu boleh sahaja balik ke rumah. Masjid Terapung Bukit Feringgi menjadi tuan rumah Majlis Khatam al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang pada tahun ini. Malam esok juga merupakan detik terakhir untukku mengutip zakat fitrah di kampus ini.

30 Okt - pulang ke rumah untuk meraikan hari lebaran bersama keluarga.
5 Nov - Kembali ke kampus.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA 'IDILFITRI kepada semua MUSLIMIN & MUSLIMAT di mana jua anda berada.

Virtual Biz.


  • How good I am? This picture tells you something about me.
  • Virtual business at lelong.com
  • There is nothing means except honest.
  • Khamis, Oktober 27, 2005

    Manifesto Ramadhan


    Ramadhan al-Mubarak hampir meninggalkan kita. Sudah pasti seribu satu kenangan dalam proses pentarbiyyahan Ramadhan bagi mencapai darjat ketaqwaan di sisi Allah kejap dan mantap di dalam minda kita. Ramadhan berlalu digantikan Allah dengan Syawal yang bakal menjelma, Aidilfitri yang disambut ini merupakan anugerah yang bermakna bagi mereka yang telah berjaya. Kejayaan yang dimaksudkan adalah berupa kemenangan memenuhi objektif madrasah Ramadhan iaitu penyucian jiwa dan peningkatan kualiti ketaqwaan.

    Namun begitu, kehidupan yang penuh pancaroba menjadi cabaran untuk menguji kita sejauh mana proses pentarbiyyahan Ramadhan dapat dikekalkan. Istiqamah dan beriltizam dengan amalan kebajikan sepanjang Ramadhan pada bulan-bulan selepasnya menunjukkan bahawa seseorang itu telah berjaya mencapai kualiti diri muslim yang unggul. Perkara ini akan diperoleh sekiranya amalan yang dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah seperti firman-Nya,


    "Dan Kami (Allah) tidak memerintahkan kamu melainkan untuk mengabdi diri kepada Allah dengan mengikhlaskan diri.." (Al-Bayyinah:5).

    Kesinambungan amalan ini haruslah dibuat supaya kualiti diri yang digarap ketika Ramadhan tidak hilang begitu sahaja.

    Sebagai kesimpulan, amat malang dan rugi jika keadaan seseorang sebelum dan selepas Ramadhan tidak berubah. Peluang sebaik ini tidak mungkin akan diperoleh melainkan apabila kita bertemu semula dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Justeru hari-hari yang mendatang bagaikan kita masih berada di dalam roh bulan Ramadhan al-Mubarak. Hal inilah yang menjadikan kita telah berjaya merealisasikan konsep tarbiyyah Ramadhan sebenarnya dalam kehidupan kita.

    Hidrogen bahan api masa hadapan


    Pengenalan

    Sumber bahan api yang kian mendapat tempat, mempunyai potensi mengurangkan kesan rumah hijau. Dalam konteks penggunaannya di Malaysia, gas ini hanya digunakan sebagai sumber bahan api dalam pesawat seperti kapal terbang atau jet pejuang. Gas ini diberi nama hidrogen dan mungkin diguna sebagai bahan api dalam enjin kenderaan lain seperti kereta, bas dan lori pada masa hadapan.

    Sejarah

    Hidrogen menurut bahasa Perancis bermakna ‘pembuat air’, manakala dalam bahasa latin ia ditulis sebagai hydrogenium (hydro bermakna air, genes bermaksud pembentukan). Simbol kimia hidrogen adalah H.

    Istilah hidrogen mula ditemui pada tahun 1776 oleh Henry Cavendish. Ketika membuat eksperimen tindak balas asid dan merkuri. Dalam uji kaji yang dijalankan, beliau membuat hepotesis bahawa hydrogen adalah elemen penting dalam merkuri, dan bukannya dalam asid. Walaupun hepotesis yang dibuatnya salah, beliau masih mampu menerangkan ciri-ciri hidrogen secara tepat. Selepas itu, Antoine Lavoiser memberikan nama kepada gas ini sebagai hidrogen (yang hadir dalam bentuk dwiatom) dan membuktikan bahawa air terbentuk hasil daripada gabungan oksigen dan hidrogen. Pada ketika itu, hidrogen diperoleh dengan mencampurkan asid sulfurik dan besi.

    Baca seterusnya dalam [1]

    Rujukan:

    1. Mohamad Hanafi Isa, Hidrogen Bahan Api Masa Hadapan, Dewan Kosmik (Nov 2005), Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd (KKSB), ms 36-37.

    Jika anda masih mencari majalah Sains & Teknologi berbahasa Melayu yang bermutu, pilihlah Dewan Kosmik.

    Rabu, Oktober 26, 2005

    Mengumpat (1)


    Semalam ketika mengambil alih tugas daripada ketua, saya meneruskan bacaan pada terakhir surah al-Fath bermula “Muhammadun….(hingga akhir ayat)” Kemudian pada rakaat seterusnya (rakaat keempat hingga lapan), bacaan disambung pada surah al-Hujurat dan sebahagian surah Qaaf.

    Saya ingin berkongsi mengenai kalimah “bi’sa dan al-Ismu” dalam ayat 11 surah al-Hujurat. Bagi kebanyakan orang biasanya membaca “bi’sal – ismu” sedangkan bacaan yang sebetulnya “bi’salismu”.

    Bacaan “bi’salismu” (dibaca sedemikian rupa) adalah kerana terdapat dua (2) alif hamzah washol (yang bertanda kepala huruf ‘shood’ di atasnya. Bagi kalimah yang mempunyai huruf alif hamzah washol [dikenal sebagai (a) isim makrifah: jika kalimah dimulai dengan alif-lam, (b) fi’il amar; kalimah yang menunjukkan maksud arahan @ kata arah], penggunaannya diabaikan seolah-olah ia tiada apabila bacaan disambungkan. Maka menggunakan hukum ini, tidak boleh tidak huruf lam ditandai dengan baris bawah (kasrah), dan bacaannya menjadi “bi’salismu” dengan menjadikannya seolah-olah dieja dengan ‘ba-hazmah-siin-laam-miim’.

    Membincangkan kalimah ini, saya suka menyentuh berkenaan perkara yang terdapat di sebalik kalimah ini. Kalimah “bi’salismu” bermaksud nama baik. Dalam ayat ini, Allah melarang seseorang itu mencaci di antara satu sama lain. Apabila seseorang mencaci seseorang yang lain, maka pihak yang dicaci akan membalas cacian tersebut. Bagitu juga ditegah kepada kita memanggil seseorang dengan gelaran yang buruk (yang tidak disukainya). Namun begitu, hal ini tidak menjadi kesalahan sekiranya seseorang itu redha dan suka dipanggil dengan nama yang dianggap buruk itu. Memanggil nama yang buruk menunjukkan peribadi pemanggil tidak baik, manakala orang yang membenarkan dirinya dipanggil dengan nama yang tidak elok juga tidak mempunyai keinsafan kepada falsafah doa. Nama yang dipanggil oleh orang lain kepada kita merupakan doa, setiap kali nama disebut kita didoakan secara tidak langsung oleh pemanggil sekiranya yang memanggil itu beriman. Menyedari hal ini, eloklah kiranya kita memilih nama panggilan yang elok-elok dan mempunyai maksud yang baik.

    Saya berpengalaman dan mempunyai rakan-rakan yang suka dipanggil sebagai ‘sepet’, ‘tempang’, ‘balar’ dan seumpamanya yang tidak mempunyai makna yang baik. Oleh sebab yang demikian saya lebih suka dipanggil sebagai ‘Naim – yang bermaksud nikmat-nikmat’ atau ‘Hanafi – kelurusanku’ berbanding ‘Nafi – yang menidakkan’. (Persoalan mengapa namaku Mohamad Hanafi, tiba-tiba dipanggil Naim sudah terjawab).

    Dalam surah al-Hujurat juga disebut tentang mengumpat. Allah bertanya dalam firmanNYA yang bermaksud, “…apakah kamu suka memakan daging saudaramu yang mati (mayat)? Nescaya kamu benci kepada perkara itu..” (ayat 12). Namun begitu bukan semua perkara yang dikatakan terhadap orang lain adalah dikategorikan sebagai mengumpat. Dalam buku ‘Penawar Bagi Hati’ karangan Sheikh Abdul Qadir Abdul Mutalib al-Indonesi menyebut bahawa terdapat beberapa perkara tersebut.
    Beliau (Sheikh Abdul Qadir) menukilkan;

    “Dan menilik oleh nabi S.A.W ke dalam api neraka pada malam mikraj. Maka tiba-tiba di dalamnya terdapat laki-laki yang memakan bangkai. Maka bersabda ia: “Siapa mereka itu Jibril?” Berkata Jibril, “Mereka itu yang mengumpat manusia.” Dan ketahui olehmu bahawasanya mengumpat itu haram pada ijmak, melainkan pada enam (6) tempat diharuskan padanya mengumpat.

    Pertama: Orang yang mengadu kepada raja, berkata ia si anu menzalimi ia akan daku, dan menyuruh ia akan kejahatan itu.

    Kedua: Orang yang meminta tolong pada menghilangkan maksiat, maka harus baginya bahawa berkata ia: Si anu mengerjakan maksiat tolong olehmu akan daku pada menghilangkannya, dan menyebut ia akan nama maksiat itu.

    Ketiga: Orang yang meminta fatwa, apabila berhajat kepada menyebut pertanyaan, seperti barkata oleh isteri, “Suami aku seorang yang kikir, tiada memberi ia bagiku akan yang memadai daripada nafkah, maka adakah harus aku mengambil daripada hartanya setengah yang memada bagiku.

    Keempat: Yang menakutkan akan orang Islam daripada kejahatan orang lain seperti berkata ia, “Perempuan itu jahat kelakuannya, maka janganlah engkau berkahwin dengan dia,” dan menyebut ia akan nama kejahatan itu.

    Kelima: Bahawa ada seseorang yang masyhur ia dengan nama yang ada padanya kecelaan, seperti ‘al-a’raji’ –ertinya yang capek (tempang).

    Keenam: Bahawa is menzahirkan akan kejahatannya, maka harus disebut kejahatan yang dizahirkan itu.


    Akan bersambung pemurniannya pada ketika dan kesempatan yang lain.InsyaAllah

    Kad Raya



  • Kad ucapan Selamat Hari Raya daripada Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd (KKSB).
  • Terima kasih kepada Editor & Wartawan Dewan Kosmik atas ingatan ini
  • PS: Kad raya terbesar yang pernah diperolehi.
  • Selasa, Oktober 25, 2005

    Penyelewengan


  • Salah satu penyelewengan dalam penulisan buku versi Inggeris. Pengarangnya menggantikan nama nabi Muhammad dengan nama Isa (Jesus). Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.
  • Beware! This fact is not true. The author replaced Muhammad (the latest prophet) with Jesus A.S. Please click the image (to enlarge) for a proper view
  • Isnin, Oktober 24, 2005

    Kita tetap dari tanah


    Persoalan yang cukup menarik untuk dibicarakan. Terlebih dahulu kita mesti memahami bahawa al-Quran bukanlah kitab saintifik, malah lebih daripada itu. Al-Quran adalah manhaj kehidupan manusia yang benar-benar menginginkan kehidupan yang diredhai Allah yang merangkumi tatacara kehidupan, hukum-hukum dan kepercayaan kepada perkara ghaib. Perkara ini pernah ditegaskan oleh Ahmed Deedat (semoga Allah merahmati rohnya) dalam bukunya “Quran is not the science book”.

    Al-Quran merupakan sumber pelbagai ilmu termasuklah sains. Allah menggunakan istilah tamsil (perbandingan) bagi menunjukkan kerelatifan sifat manusia dengan unsur-unsur alam seperti sarang labah-labah, peristiwa logamaya, perihal anjing yang menjulur lidah, teori ketumpatan oksigen berbanding ketinggian, dan banyak lagi. Saintis Islam melihat perkara ini dengan mengolah peristiwa yang disebutkan itu dari perspektif sains, dibuktikan secara saintifik.

    Al-Quran sentiasa mencabar minda manusia dengan persoalan “Apakah kamu tidak berfikir?” atau “Apakah kamu tidak memerhati?” Persoalan-persoalan inilah yang dikupas dan dikaji oleh saintis Islam melalui ujikaji di dalam makmal, atau pemerhatian menggunakan asas sains. Kajian demi kajian yang dibuat menjadikan saintis Islam menjadikan mereka lebih dekat kepada Allah. Manakala saintis bukan Islam pula menjadi takjub sehingga terdapat di kalangan mereka mengenali Islam setelah melakukan pengkajian. Betapa sains yang dipelajari menjadikan manusia kenal kepada Penciptanya dan alam ini dengan sesungguhnya.

    Asas penciptaan: Tanah liat dan air.

    Penciptaan manusia di dalam al-Quran amat menakjubkan. Sebagai makhluk terbaik, manusia pertama dicipta daripada tanah liat yang dibentukkan mengikut bentuk tubuh manusia dan ditiupkan roh ke dalamnya. Allah berfirman yang bermaksud:
    “Dan ingatlah, ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan manusia daripada tanah. Maka apabila telah sempurna kejadiannya, Aku tiupkan roh ke dalamnya . Hendaklah kamu bersujud (hormat) kepadanya”

    (Surah Shaad:71-72)

    Dan firman Allah lagi,
    “Maka tanyakan kepada mereka (musyrikin Mekah): Apakah mereka yang lebih kukuh kejadiannya ataupun ciptaan Kami? Sesungguhnya Kami menciptakan mereka daripada tanah liat.”
    (Ash-Shaaffaat: 11)

    Dua ayat di atas menegaskan bahawa asal penciptaan manusia (Nabi Adam) dari unsur tanah liat, kemudian Allah mencipta pula manusia selepas itu dari unsur tanah. Benarkah manusia diciptakan daripada tanah? Sedangkan sekarang ini kita terhasil daripada persenyawaan ovum dan sperma di dalam rahim ibu. Persoalan ini boleh dijawab dengan membandingkan sebuku roti, kita tahu roti dibuat daripada gandum. Adunan gandum yang dibakar sehingga masak menjadikannya roti dan tidak lagi dipanggil gandum kerana sudah bertukar rupa. Namun asas pembinaannya masih lagi gandum. Begitu juga manusia, walaupun manusia akhir zaman terhasil daripada persenyawaan telur-telur dari lelaki dan wanita, unsur tanah masih terdapat di dalamnya.

    Saintis telah mengkaji perkara ini dan mendapati beberapa elemen bumi wujud dalam tubuh manusia. Tisu-tisu yang hidup mengandungi 26 elemen bumi; 95% adalah unsur karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, fosforus dan sulfur.

    Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud “Kami telah menciptakan manusia daripada saripati tanah" (Al-Mukminuun:12)
    Dalam ayat ini Allah menggunakan kalimah Arab ‘sulalatin’ yang ditafsirkan sebagai saripati dalam ayat tersebut membawa erti mewakili contoh atau sebahagian daripada elemen. Jadual 1 di bawah menunjukkan taburan elemen-elemen dalam seorang manusia berjisim 70 kg.
    Berat
    (Gram) Peratusan (%) Elemen Makro
    --------------------------------------- Mineral-------------Simbol
    43000 -------65.00-------------------Oksigen--------------O
    12000 -------18.50-------------------Karbon---------------C
    6300--------- 9.50------------------Hidrogen--------------H
    2000-----------3.30------------------Nitrogen--------------N
    1100-----------1.50------------------Kalsium---------------Ca
    750------------1.00------------------Fosforus---------------P

    * dan beberapa elemen lagi seperti Molebdenum, Silikon, Iodin, Boron, Kobalt, Vanadium, Selenium, Kromium, Mangan dan Kuprum.

    Jadual 1: Komposisi elemen kimia bumi dalam tubuh manusia.

    Jadual di atas juga menunjukkan bahawa elemen penting dan utama dalam penciptaan manusia dan makhluk lain adalah air. Perkara ini ditegaskan oleh Allah dalam ayat 45 surah An-Nur yang bermaksud, “Dan Kami jadikan setiap haiwan yang melata di bumi daripada air. Sebahagian daripada mereka menjalar, sebahagiannya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagaian pula berjalan dengan empat kaki. Allah menjadikan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas setiap perkara”

    Ahad, Oktober 23, 2005

    Oleokimia Malaysia (Malaysia's Oleochemical)

  • Produk Asas Oleokimia (Basic products of Oleochemical)


  • Kemampanan bekalan minyak kernel (isirung) sawit dan minyak kelapa sawit telah menyumbang kepada pertumbuhan industri oleokimia di Malaysia. Industri yang bermula pada 1979 ini telah menjadi di antara yang terbesar di dunia, dengan kapasiti pembuatan 20% daripada jumlah penghasilan produk asas olekimia dunia. Pada tahun 2003, sebanyak 17 syarikat beroperasi di Malaysia dengan kapasiti penghasilan kira-kira 1.9 juta tan. Kebanyakan produk olekimia yang dieksport adalah asid lemak (45%), asid ester dan alkohol (18.2%) dan gliserin (11%).

    *Rujukan:
    Laman web AODT
    Further information about Oleochemical in Malaysia at Advanced Oleochemical Technology Division

    Signifikasi kepada artikel ini: Mungkin bermanfaat kepada mana-mana pelajar yang sedang mencari tapak untuk Latihan Industri @ Praktikal dalam bidang Kimia Gunaan, Kimia Industri atau Kejuruteraan Kimia atau Kejuruteraan Bahan.

    Jimat Petrol untuk kereta anda.


    1. Pandu pada had laju di antara 45-55km/j

    *Pandu secara tenang dan perlahan. Jikalau anda memandu dengan laju, ia akan menyebabkan kereta anda melalui lebih rintangan angin. Jika anda pandu dengan kelajuan 60km/j, anda akan membazir petrol. Ujian menunjukkan anda akan dapat lebih 40% perbatuan pada kelajuan 45-55km/j jika dibandingkan dengan 80kmj.

    2. Enjin perlulah sentiasa dijaga

    *Ujian yang dijalankan ke atas kebanyakan kereta membuktikan yang anda akan menjimat kos sebanyak 6% dengan menjalankan servis yang kerap kepada kereta anda. Jika kereta anda mengeluarkan asap hitam, ini akan menyebabkan kereta anda menggunakan lebih banyak minyak. Oleh yang demikian, periksa kereta anda dengan segera. Kelewatan akan menyebabkan anda terpaksa bayar lebih dari segi petrol dan minyak, jika dibandingkan dengan harga servis kereta anda.

    *Penggunakan plak ‘bi-metallic spark’ akan menjimatkan lebih dari 1.5% petrol dan mengurangkan pengeluaran asap ekzos dan bahan pencemar.
    *Servis kereta anda setiap 5000 kilometer.

    3. Pandulah kereta anda dengan gear yang betul

    *Penukaran gear yang salah akan menyebabkan lebih daripada 20% peningkatan pengunaan bahan api. Mulakan enjin kereta anda dengan gear yang pertama, dan hanya guna gear kedua apabila kereta anda berada di kawasan lumpur dan menurun bukit.

    *Apabila memandu di kotaraya, tukar kepada gear yang lebih tinggi dan pastikan engin tidak mengalami kerumitan apabila berbuat demikian. Gunakan gear yang paling tinggi secepat mungkin.

    *Guna gear yang sama apabila menaiki bukit dan menuruni bukit. Disyorkan agar anda memandu berdasarkan cadangan pengeluar kereta.

    4. Jangan tunggu untuk memanaskan enjin kereta

    *Pandu dengan gear rendah sehingga enjin kereta cukup panas.

    5. Cara-cara menekan brek yang betul

    *Pemanduan yang sering berhenti-henti akan merugikan petrol. Jika anda ingin berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur berbanding dengan cara membrek yang mengejut pada kelajuan yang tinggi.

    6. Letakkan kaki anda berjauhan dari pedal pencengkam (clutch)

    *Hanya guna pedal pencengkam apabila anda ingin menukar gear. Tekanan ke atas pedal pencengkam yang berlanjutan akan menyebabkan pembaziran dan merosakkan lapisan pelindung pencengkam.

    *Guna brek tangan jika anda berhenti di curaman.

    *Jangan memanipulasikan pedal pencengkam dan pedal minyak untuk mengelakkan kereta daripada bergerak.

    7. Sentiasa bersihkan penapis udara kereta

    *Penapis udara mengelakkan debu dari merosakkan kereta. Debu akan menyebabkan kerosakan komponen enjin dan meningkatkan penggunaan bahan api.

    8. Periksa tekanan tayar anda

    *Tekanan tayar yang rendah akan meninggikan rintangan terhadap putaran tayar dan akan menyebabkan pengunnaan petrol yang lebih.

    *Ujian menunjukkan yang 25% penurunan pada tekanan tayar akan meninggikan 5-10% kos petrol dan 25% hayat penggunaan tayar. Guna tayar radial untuk 3-7% penjimatan petrol.

    9. Apabila berhenti, mematikan enjin kereta

    *Sentiasa pastikan enjin kereta mudah dihidupkan. Simpan, bateri, dinamo, self-starter and ‘fan belt’ di dalam keadaan yang memuaskan. Ini akan memastikan permulaan yang cepat bila anda memerlukannya.
    *Matikan engin kereta apabila berhenti lebih daripada 2 minit.

    10. Guna gred minyak yang disyorkan

    *Periksa buku panduan kereta dan cadangan pengeluar minyak sebelum anda menggunakan minyak enjin.

    *Minyak enjin yang lebih likat daripada yang disyorkan akan menyebabkan 2% peningkatan penggunaan minyak. Tukar penapis minyak bersama-sama dengan minyak enjin.

    11. Rancang jalan yang ingin dilalui

    *Kesesakan lalu lintas ataupun trafik akan menyebabkan kerugian minyak yang besar. Anda akan dapat lebih perbatuan dari setiap liter jika anda mengambil jalan yang kurang sesak walaupun ia adalah jalan yang lebih panjang.

    *Penggunaan minyak di jalan yang terlalu sesak akan menyebabkan dua kali ganda penggunaan minyak.

    12. Kurangkan beban
    *Beban yang berlebihan dalam kereta akan meningkatkan penggunaan bahan api.

    *Pengurangan 50% beban akan membantu 2% penjimatan dalam petrol, apabila memandu di kota raya. Rak yang diletakkan kereta akan meningkatkan tentangan angin yang sekaligus akan meningkatkan penggunaan petrol.

    13. Kongsi kereta

    *Kongsi kereta anda dengan sesiapa yang perjalanannya sehaluan dengan anda. Anda boleh kongsi kosnya agar tidak membebankan.


    Ps: Tahun ni, petrolku hanya untuk mesin Honda CDI, 70cc.

    Jumaat, Oktober 21, 2005

    Nuzul Quran


    Sempena menyambut Nuzul Quran, Pusat Islam menjemput mantan Pengarah Pusat Islam USM Ust. Ellias Zakaria. Ketika zaman pelajarnya, beliau merupakan pendebat yang hebat, mendapat tempat kedua di belakang Dato’ Annuar Musa pada ketika itu dalam pertandingan pidato kebangsaan. Maka tidak hairanlah jika bakatnya diwarisi oleh anak beliau Ramadhan Fitri Ellias, mantan Presiden MPP UM, mantan Presiden PMIUM, dan kemudian menubuhkan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Penceramah ini adalah orang yang disegani, mempunyai keupayaan bercakap dalam lenggok sastera yang tinggi dan bersahaja. Jika berkhutbah, khutbahnya dirakam kemudian akan ditaip semula (tidak menggunakan teks untuk berkhutbah). Inilah keupayaan yang diberikan Allah kepada beliau.

    Ketika memberikan tazkirah, beliau menyentuh perihal pembacaan al-Quran. Katanya membaca al-Quran lebih mudah daripada melaksanakannya. Jika bacaan baik, dari segi fasohah, tarannum, tajwidnya maka seseorang mendapat markah yang tinggi. Hadiahnya RM20000, piala iringan, dan sijil. Jika ingin menterjemahkan al-Quran dalam kehidupan maka lihatlah seperti Syed Qutub. Beliau yang yakin dengan keunggulan al-Quran untuk diaplikasikan dalam kehidupan dipenjarakan, beliau mati dalam tahanan. Maka lihatlah, bagaimana mengamalkan kandungan al-Quran itu lebih susah daripada membacanya.

    Katanya lagi, umat Islam menjadi ketinggalan kerana tidak mengamalkan kandungan al-Quran walhal ia mengandungi sumber segala ilmu. Kejuruteraan badan, kejuruteraan aeroangkasa, kejuruteraan bahan dan sebagainya disebut. Maka sedarlah kita bahawa mendalami ilmu itu merupakan sesuatu tanggungjawab yang sukar, dan tidak pula dapat dikuasai semuanya. Jika belajar bidang kejuruteraan, bukan semua disiplin kejuruteraan yang boleh dipelajari – kita ada aeroangkasa, awam, sungai, kimia, bahan dan lain-lain. Jika belajar perubatan, bukan semua lapangan perubatan yang boleh dipelajari, kita ada patologi, dermatologi, ENT, O&G, kulit, gigi, dan lain-lain. Jika ingin belajar semuanya, nescaya rosaklah mana-mana fius di otaknya. Maka apabila menjadi seorang ilmuan, janganlah mendabik dada, sombong dan angkuh, merasa diri pandai dan hebat. Jika dapat jadi doktor gigi dan hendak berlagak, apakah manusia ini segala-galanya gigi sahaja?

    Maka bermula dengan penguasaan ilmu itu, kita lihat dalam penyusunan al-Quran. Surah pertama dalam al-Quran adalah al-Fatihah. Fatihah maksudnya pembuka, apa yang ingin dibuka? Kita diminta oleh Allah untuk membuka minda, pemikiran, hati, kreativiti, dan jalan-jalan untuk menguasai ilmu. Maka mulakan dengan nama Allah, semua yang kita guna adalah milik Allah. Semua yang kita belajar, membuat kajian dan memanfaatkan sumber-sumber alam adalah milik Allah. Beliau menyeru supaya dikaji kandungan al-Quran itu secara ilmiah supaya kesarjanaan ilmu umat Islam menjadi tinggi selaras dengan perkembangan masa. Beliau memberi contoh bagaimana di dalam al-Quran disebut tentang negeri ‘Iram yang hebat. Sehingga hari ini, orang Islam tidak mengetahui di mana atau apakah rahsia kehebatan negeri ‘Iram yang disebutkan Allah itu. Sedangkan pada masa yang sama, orang-orang Eropah sudah menghantar arkeologis untuk membuat kajian terhadap perkara ini. Negeri ‘Iram disebut oleh Allah tentang kehebatannya di dalam surah al-Fajr, ayat 7 dan 8.

    -----------------------

    Semalam saya ditanya buat kali kedua tentang perkara ini. Maka saya titipkan sedikit jawapan yang termampu.

    Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana berpasangan Oktober ini yang diedarkan melalui e-mel dalam laman web forum tempatan hanyalah andaian semata-mata.Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam perlu menolak ramalan itu yang bertujuan merosakkan akidah mereka. Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca e-mel berkenaan dan jangan mempercayainya.

    "Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada di bawah ilmu Allah. Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun tidak tahu bila hari kiamat."Sudah banyak ramalan sedemikian dibuat dari semasa ke semasa dan dilakukan sejak zaman Nabi, tetapi .......
    Baca seterusnya di sini. Sebenarnya hadis yang digembar-gemburkan menurut Dato’ Harussani adalah hadis palsu yang digunakan oleh puak syiah. Katanya, jika berlaku perkara yang telah disebutkan dalam mana-mana penulisan, ia hanya kebetulan.

    Khamis, Oktober 20, 2005

    Bahasa pengaturcaraan

  • Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas


  • Which trigo's function belong to you? This is the fplot (trigonometry function plotting).

    Gambarajah di atas menunjukkan graf yang dijana oleh fungsi trigonometri yang kompleks menggunakan MATLAB 7.0. Plot ini dibuat menggunakan arahan {command function @ syntax : fplot('string',[x,y])}.

    Mempelajari bahasa pengaturcaraan memerlukan seseorang berani mencuba (try & error) kerana kita 'berkomunikasi' dengan bahasa mesin. Sesuatu perisian dilengkapan dengan maklumat bantuan (help) sebagai rujukan. carilah apa sahaja maklumat yang dikehendaki dari menu help ini untuk mempelajari sedikit sebanyak perkara yang perlu diketahui untuk perisian tesebut.

    Dan adakah anda tahu? Orang yang mahir dalam banyak perkara berkaitan dengan perisian komputer sebenarnya mereka yang suka mempelajari secara cuba jaya. Kata kawan saya "Kita buat dia, bukan dia buat kita!". Maknanya kitalah yang mengolah bahasa pengaturcaraan atau reka letak sesuatu perkara daripada perisian yang digunakan, bukannya perisian tersebut yang menentukan perkara tersebut kepada kita. (Sedikit 'canggih' falsafah ini).

    Rabu, Oktober 19, 2005

    Pemikiran luar biasa


    Dunia penuh persepsi, sangka-sangka. Manusia menilai sesuatu secara abstraks mengikut keupayaan minda dan pengalaman yang biasa dilalui. Terdapat satu perbandingan @ kiasan secara majaz yang dibuat oleh tuan guru mengenai perkara ini. Ketika nabi dijemput Allah ke langit untuk menerima perintah solat fardhu, dan sebagai mengembirakan baginda setelah menghadapi tahun kesedihan (‘aam al-huzni), ramai orang yang tidak percaya dengannya. Kiasan tuan guru, beginilah…"Kita tengok cerita semut. Suatu hari seekor semut masuk dalam poket baju kot seorang ahli korporat. Ahli korporat itu pergi ke Kuala Lumpur menaiki kapal terbang. Tatkala pergi ke KL itu, ia berada di dalam poket itu, menaiki kapal terbang, dan melihat serta mendengar suasana riuh di bandar. Apabila pulang semula ahli korporat itu ke rumahnya, maka semut tadi keluar dan bertemu kawan-kawannya yang lain. Lalu semut ini dengan penuh takjub dan berbesar hati pula menceritakan pengalamannya berjalan ke KL dan menaiki kapal terbang. Dia menceritakan dimensi dunia yang luas dari pandangan angkasa, dan menceritakan juga kesibukan kota yang tidak dapat dibayang sama sekali oleh rakan-rakannya. Maka tiba-tiba ada sekumpulan semut-semut yang dengki lantas memperkecil-kecilkan ceritanya. Kata mereka ia berbohong!"

    Sebagai manusia kita selalunya berfikir dalam ruang dan skop yang tersedia di hadapan kita. Jarang sekali orang berfikir di luar kemampuan fakir yang biasa-biasa atau dikatakan sebagai ‘think out of the box’. Dalam hal ini, Prof. Dato’ Dzulkifli mengulas pemikirannya berkenaan pemikiran di luar kebiasaan seperti yang tercatat dalam News Sunday Time bulan lepas. Namun begitu, saya tidak bersetuju dengan pandangan beliau tentang langkah yang diambil oleh kerajaan negeri Terengganu untuk menarik pelancong. Kerajaan negeri telah mengambil pendekatan untuk menganjur Pertandingan Kapal Layar Dunia pada musim tengkujuh di Pulau Duyung. Hal ini memang amat luar biasa dan ajaib! Dan katanya inilah dia dimensi baru yang lebih berani untuk diketengahkan kerana masih belum dianjurkan. Walhal semua orang tahu, bahawa lazimnya kebarangkalian untuk berlaku kemalangan adalah tinggi. Sebagai seorang pelajar, mari kita lihat beberapa perkara yang boleh dikatakan sebagai pemikiran luar biasa hebat. Aktiviti sampingan pelajar di samping belajar adalah mencari wang sampingan. Orang yang kaya dan berada dengan stail kayanya manakala yang sederhana dengan cara yang sederhananya.

    Bagaimana kehidupan pelajar di universiti yang kreatif itu? Seorang pelajar Sains Komputer UM menjadi agen unit amanah saham dan berjaya menjual (accumulate sale) sehingga RM5 juta. Dia telah berjaya memegang kunci Merc. Benz mata belalang dan bergaya dengannya. Terdapat juga mereka yang menjadi agen jualan langsung sehingga mempunyai puluhan orang bawah dan mendapat bonus bulanan sehingga RM3000. Ada juga yang menjual nasi lemak, roti john, makanan ringan dan mendapat keuntungan yang tidak seberapa. Bagi mereka yang berkereta pula, mereka lebih suka menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Bagi yang suka menjual pakaian, mereka mencari pembekal yang boleh membuat reka cetak baju yang dikehendaki. Bagi mereka yang malas untuk mempromosi, mereka lebih guna menjalankan perniagaan secara maya, menggunakan kecanggihan internet seperti di lelong.com. Lihat lelongan terkini saya. Apa pun bidang dan bentuk ‘perniagaan’ kecil-kecilan yang dibuat, ia menunjukkan ciri-ciri keusahawanan yang terdapat dalam diri seseorang. Hanya kreatitiviti dan usaha untuk mempromosi produk dan berhadapan dengan pelanggan menjadi kunci kejayaan aktiviti ‘perniagaan’nya. (Perniagaan ditulis sebagai ‘perniagaan’ kerana mereka bukan memberi komitmen seratus peratus terhadapnya kerana masih mengutamakan pelajaran.) Dan ada juga yang menjadi penulis seperti kenalan saya Umi Hani Abu Hassan di APIUM, atau Rendra (Saya sebut yang saya kenal dan mereka juga kenal saya).

    Apa pun yang dibuat sama ada untuk kepuasan sendiri atau sebaliknya, semuanya harus bijak dan pandai membahagikan masa. Jangan kerana aktiviti sampingan, kita mengabaikan tanggungjawab utama sebagai pelajar. Selamat maju jaya untuk peperiksaan akhir semester sidang akademik 2005/06.

    Selasa, Oktober 18, 2005

    Rancangan Perniagaan


    Penyediaan suatu pelan perniagaan (PP) bukan merupakan proses akhir dalam sesuatu proses perancangan. Sebaliknya tugas merealisasikan pelan yang telah dirancang merupakan matlamat yang utama. Wala bagaimana pun, menyediakan pelan perniagaan adalah suatu tugas yang penting. Gagal merancang bermaksud merancang untuk gagal.

    Empat fungsi kritikal PP.

    1. Membantu pengurusan @ usahawan untuk mengenal pasti, memberifokus dan melakukan penyelidikan terhadap perniagaan atau pembangunan projek dan prospek.

    2. Menyediakan rangka kerja berkesan yang membolehkan perniagaan berkembang, dan strategi perniagaan diteruskan untuk tempoh lima tahun akan datang.

    3. Menjadi asas perbincangan dengan pihak ketiga, seperti pemegang saham, bank, pelabur dan sebagainya.

    4. Menawarkan penanda aras bagi membolehkan proses penilaian terhadap prestasi sebenar diukur dan dinilai semula.

    Sedutan artikel Pelan Perniagaan Beri Gambaran Kemampuan Usahawan, Dewan Ekonomi, Oktober 2005, ms. 33.

    Alhamdulillah, setelah menyertai Kursus Penerangan Bergerak PROSPER yang diadakan di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Kuala Terengganu aku mendapat kepercayaan menyediakan PP untuk penubuhan syarikat perniagaan baru. Syarikat itu akan menjalankan opersi perniagaan di Taman Ilmu, bersebelahan Kampus Kejuruteraan USM. Tugasan ini telah dipersetujui olehku untuk dimulakan seawal 18 Nov. 2005. Laa Haula wa-laa quwwata illa bilLLAHI al-'Aliyyi al-'Aziim. Semoga diberi kekuatan untukku, kerana aku akan berurusan dengan nilai modal pusingan dikehendaki sebanyak RM600 000, sikit sahaja! (Kata bos syarikat tu).

    Isnin, Oktober 17, 2005

    Mengurus Diabetes


    Ketika membayar zakat fitrah, seorang pembayar bertanya adakah boleh dibayar dengan kadar beras yang dikhaskan kepada pesakit Diabetes? Baru saya tahu sesungguhnya teknologi pemakanan ini telah menghasilkan beras yang kurang kandungan kanji. Berikut adalah sedikit sebanyak soal jawab yang dikirimkan melalui emel kepadaku oleh PharmaNiaga.

    Bagi kebanyakan PUZ, kadar zakat dikira sama rata tanpa mengambil kira gred beras yang dimakan. Jika zakat yang diurus oleh MAIDAM di Terengganu, beras digredkan dan kadarnya berbeza-beza.

    MANAGING YOUR DIABETES DURING RAMADAN

    Even if you have diabetes, it is still possible for you to fast, provided your diabetes is well-controlled. To fast safely, it is best that you understand more about how fasting affects the management of your diabetes. Below are answers to some common questions that may give you a better understanding when it comes to fasting in people with diabetes.

    Q: I heard that people with diabetes have to be extra careful when fasting during Ramadan.
    Can you explain why and what we have to watch out for? Fazleena R, Kuala Lumpur

    A: Whether you have Type 1 or Type 2 diabetes, it is equally important for you to be extra careful with your blood glucose level when you opt to fast. (Note: Please always check with your doctor first if you can fast or otherwise). Due to not being able to eat and drink during the day, your blood glucose may drop to very low levels (especially if you are on oral medication or insulin). This may cause you to experience symptoms of hypoglycaemia such as sweating, palpitation and dizziness. If you start to feel any of the symptoms above, you are advised to break your fast immediately before you experience something even more serious such as confusion or loss of consciousness. When you experience these symptoms, it is also best that you check your blood glucose to make sure that your blood glucose level is really low and if so you must eat about 3 sweets or drink ½ a glass of fruit juice or consume other sugar containing food immediately to increase your blood glucose level. Once you have had your sugar treat, check your blood glucose level again to make sure that it has returned to the recommended range.

    Another complication that can happen during fasting is ketosis. This happens when your body becomes too dehydrated, caused by lack of fluid intake and increased perspiration. When you are dehydrated or not taking food (especially carbohydrates), certain hormones that induce the breaking down of fats are secreted in larger amount. The end result of this process is increased level of ketone bodies in the body. You may experience excessive nausea and vomiting, and if left untreated, drowsiness and subsequently coma may happen. To avoid being dehydrated during fasting, be sure that you drink enough plain water during sahur time and after breaking your fast.

    Being aware of the above warning signs is especially important for people with diabetes to avoid serious complications during the fasting month. Once again, please remember that if you feel unwell while you are fasting, break your fast and consult your doctor again immediately.

    Q: Can you advise me on how to manage my diet during fasting month? Raizal P, Kuantan

    A: . You are still encouraged to spread out your food intake, take three main meals and have a snack in between your meals. The only difference would be the timing of these meals. Below are some guidelines that you can follow during this fasting month:

    · At the time of breaking fast, you should start off with a light meal only (‘break fast’). Limit intake of high-sugar and/or high-fat foods that are usually sold at Ramadan stalls as you do not want your blood glucose to suddenly spike up to very high levels. However, some people may want to follow Sunnah and break their fast with dates, but be sure to limit to 1-2 seeds only.

    · This is followed by your main meal or ‘lunch’ at night (around Isyak prayer time) and when you wake up before dawn for sahur, you should treat this main meal as your ‘dinner’.

    · For your sahur meal, make the effort to eat a balanced meal with adequate complex carbohydrates and drink plenty of plain water.

    · If possible, have sahur as late as possible, just before Imsak, to help avoid unnecessary prolonged fasting and not at midnight, as this will spread out your energy intake more evenly and result in more balanced blood glucose levels during fasting.

    · Try not to delay your buka puasa. However, resist the temptation to gorge on sweet desserts and high fat foods such as those that are deep fried. It is best to avoid these foods as they may increase your risk of excessive weight gain, especially when coupled with low physical activity during Ramadan.

    · Complex carbohydrates like unpolished rice, high-fibre bread, oats and other whole-grain cereals release energy slower than processed foods. Therefore, they are a better choice (at any meal if not eaten excessively) if you want to have a more stabilised blood glucose level.

    · Also include more high fibre carbohydrate foods such as fruits and vegetables during buka puasa as well as during sahur.

    · Since your risk of experiencing dehydration is increased during fasting, you should also limit your intake of highly salted foods.

    · Remember to drink a lot of water to replenish fluid loss during the day. Choose sugar-free drinks and drink more fluids during sahur.

    Ahad, Oktober 16, 2005

    1 Syawal 1426H


    Aidilfitri 3 November - Ahli Falak
    KUALA TERENGGANU 10 Okt. - Umat Islam di seluruh negara dijangka menyambut Aidilfitri tahun ini pada 3 November apabila usia anak bulan dianggap sudah matang pada petang hari rukyah, kata ahli Falak Syarie, Abdul Ghani Salleh.
    Beliau berkata, mengikut hisab, pada petang hari rukyah iaitu hari Rabu, anak bulan sudah pun kelihatan di atas ufuk selama sembilan minit.

    ``Ketika itu matahari terbenam pada pukul 7.02 malam, manakala anak bulan pula pada pukul 7.11 malam dan ini bermakna anak bulan sudah berada di atas ufuk selama sembilan minit.

    ``Ini (juga) bermakna umur anak bulan pada waktu itu sudah pun matang iaitu sembilan jam 45 minit atau melebihi tempoh matangnya, lapan jam,'' katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini. Katanya ini bermakna umat Islam akan berpuasa hanya 29 hari tahun ini dan keesokan harinya iaitu Khamis dikira sebagai 1 Syawal 1426 atau Aidilfitri. - Bernama, (Utusan Malaysia, 11 Oktober 2005)


    'Idul fitri (mengapa tiba-tiba bahasa Melayu mengubah menjadi Aidi?)- kembali kepada fitrah, semestinya golongan penghibur juga yang lebih meriah dan 'seronok' merayakan 'idul fitri saban tahun. Kembali kepada fitrah adalah mengembalikan jiwa dan roh kepada kebersihan, bersih daripada noda dan dosa. Jika madrasah Ramadhan tidak dapat mentarbiyyah jiwa dan diri kita menjadi lebih baik daripada bulan-bulan sebelumnya, umpama kita masih berada dalam dunia kekeliruan. Keliru dengan hikmah kewujudan bulan Ramadhan, keliru dengan tujuan sebenar dijadikan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan. Dan lebih malang lagi keliru dengan ketidakfahaman kita menghayati makna dan falsafah puasa yang diwajibkan oleh Allah kepada kita.

    Semestinya, persiapan menyambut 1 Syawal lebih dirasakan terutama oleh ibu. Semasa menelefon ibu, beliau memaklumkan baju untuk adik-adik sedang dijahit. Kasihan ibu, terpaksa menyiapkan 8 pasang baju kurung untuk dirinya dan adik-adik. Aku memberitahu ibu, baju raya tahun ini tak perlu difikirkan. Aku sudah mengupah tukang jahit untuk membuat sepasang baju Melayu Moden untukku. Inilah kali pertama memiliki sepasang baju Melayu baru sejak 2001 kerana sebelum ini satu Syawal disambut menggunakan baju yang dibeli pada akhir tahun 2000. Pun begitu, membuat baju Melayu ini adalah kerana kainnya dihadiahkan oleh sahabatku, merangkap ketuaku di sini. Semoga Allah membalas budi baiknya. "Upahnya RM75," terkejut ibu mendengarnya. Maklmulah kalau di kampung, upahnya sekitar RM40 sahaja. "Nak buat macam mana, kalau nak diupah tukang jahit di kampung, mesti tidak sempat tangan." Ibu tidak membantah, kerana tukang jahit di sana tidak menerima tempahan lagi. Jua kerana duit yang digunakan untuk membayar upah tidak diminta daripadanya, tidak juga daripada ayah.

    Syawal tahun ini adalah Syawal yang paling ringkas sambutannya. Pulang bercuti pada 30 Oktober, dan kembali semula ke kampus pada 10 pagi 5 Nov 2005. Apa pun, ruang dan waktu yang terbatas seperti itu harus dimanfaatkan jua untuk merapatkan hubungan kekeluargaan untuk mengunjungi sanak saudara yang terdekat. Apabila sudah dewasa, kemeriahannya tidaklah sehebat kanak-kanak kecil yang bergembira dengan duit rayanya. Silap-silap, ada pula anak-anak kecil datang menghulur tangan sambil berkata, "Pakcik, nak duit raya."

    Selamat menyambut hari kemenangan bagi orang-orang yang berpuasa. Salam 'idul fitri.

    Lihat apa tawaran terbaru naimchem di Lelong.com

    Jumaat, Oktober 14, 2005

    Zakat Fitrah


  • Pembayaran boleh dibuat di Pejabat Am Pusat Islam atau di bilik 0.13 Pusat Islam. Sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas.
  • Khutbah Ramadhan


    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Besyukur ke hadrat Allah kerana masih menjangkan umur kita, memberi kekuatan, kesihatan dan ruang untuk kita menghadapai hari-hari dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Hari ini kita memasuki fasa kedua dalam Madrasah Ramadhan Al-Mubarak. Sabda Nabi S.A.W



    "Awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya kemenangan dari neraka"
    `Mim'. Huruf kedua daripada perkataan Ramadhan ini membawa maksud `keampunan Allah s.w.t.' Dengan kata lain, bahawa bulan Ramadhan ialah bulan keampunan bagi Allah s.w.t. terhadap segala dosa-dosa hamba-hamba-Nya yang telah lalu. Sebab itulah dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

    ``Barangsiapa yang (berpuasa dan) menghidupkan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan istihsab (kegembiraan), nescaya Allah s.w.t. akan mengampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.'' (Sepakat ulama hadis).

    Allah menjanjikan keampunan yang luas buat hamba-NYA yang meminta keampunan. Selain daripada Nabi S.A.W, semua orang tidak terlepas daripada melakukan dosa lantaran kealpaan diri, desakan nafsu dan syaitan, pengaruh persekitaran atau kejahilan diri. Justeru memohon keampunan Allah merupakan sebaik-baik jalan kembali kepada fitrah insani yang suci. Seperti kata Umar al-Khattab


    "Sebaik-baik orang yang berdosa ialah mereka yang memohon keampunan"

    Allah S.W.T yang Maha Pengampun menerima taubat hamba-hambaNYA selagi nyawa tidak sampai ke kerongkong. Namun Allah tidak sekali-kali mengampuni dosa orang yang syirik kepadaNYA. Sentiasalah kita menginsafi dan bertaubat, beristighfar dan berazam untuk meninggalkan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Beristighfar dengan menyebut Astaghfiurllah al-'Azim merupakan anjuran Rasulullah, jika baginda yang maksum boleh mengucapkannya 70 kali sehari, mengapa kita tidak boleh melakukan seperti itu?

    Dosa-dosa kecil yang dilakukan oleh manusia akan terhapus dengan melakukan kebajikan, kerana baik dan buruk sifatnya bertimbal balik. Firman Allah S.W.T


    "...sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan, demikian itu peringatan bagi orang-orang yang mahu mengingatiNYA" [Hud:114]


    Perhatikanlah pengertian firman Allah Taala berikut:



    ``Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan, dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat.'' (Al-Furqan: 70-71)

    Ramadhan al-Mubarak yang Allah tawarkan kepada manusia menyediakan semua keperluan ke arah melakukan kebajikan. Ruang-ruang kebaikan terbuka seluas-luasnya untuk kita bagi mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah sesuai dengan ayat yang dibacakan di atas. Menghulurkan derma, sedekah kepada golongan fakir, anak yatim, menyediakan makanan berbuka puasa, membaca al-Quran, solat sunat Taraweh, iktikaf di masjid, tolong menolong dalam kebajikan adalah di antara kebaikan yang boleh dilakukan oleh kita.

    Memohon keampunan Allah adalah tanda kerendahan diri seorang hamba. Hamba yang tawadhuk, merendah diri di hadapan Allah tidak merasa aman dari dosa kerana dia sedar bahawa dirinya tidak suci.



    "..maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci (merasakan tidak berdosa), sesungguhnya Dia mengetahui siapa di antara kamu orang-orang yang bertaqwa"
    (32: surah An-Najm)

    Orang yang bertaqwa sentiasa memohon keampunan Allah lantaran kelalaian diri dalam mengingati Allah. Maka tidak hairanlah mengapa kita dianjurkan dalam Islam memohon keampunan Allah walau pun selepas melangkah keluar daripada tandas. Mengapa selepas daripada meninggalkan tandas, kita dianjurkan beristighfar kepada Allah? Ini kerana ketika kita di dalamnya, kita tidak mengingatiNYA. Haram sama sekali kita berzikir di dalam tandas. Lantas saat yang begitu menjadi kita seolah-olah lalai dan alpa daripada mengingatiNYA sehingga kita dianjurkan memohon keampuanNYA setelah melangkah keluar dari tandas.

    Sidang Jumaat, muslimin hadirin yang dirahmati Allah,

    Realiti kehidupan hari ini, manusia lebih suka sekiranya orang yang melakukan kesalahan kepadanya memohon kemaafan. Jika kita bersalah, meminta kemaafan akan memulihkan perhubungan, meredakan kemarahan, dan meningkatkan penghormatan orang terhadap kita. Tetapi kadang-kadang, kemaafan manusia mempunyai batasan yang tertentu. Manusia yang keras hatinya, mempunyai sifat dendam dan penyakit hati yang lain sukar untuk memberi kemaafan. Namun Allah S.W.T dengan kesempurnaanNYA akan memberi keampunan kepada sesiapa sahaja yang memohon keampunan. Kita tidak boleh leka dengan melakukan dosa-dosa kecil secara berterusan. Hal ini ibarat pasir yang dikumpulkan, lama kelamaan pasir-pasir itu akan bertimbun menjadi sebuah bukit. Sifat Allah yang Maha Pengampun bukanlah tiket untuk kita menangguhkan taubat kita kepadaNYA. Kita tidak tahu apakah nyawa masih milik kita untuk saat-saat selepas ini atau tidak. Justeru, apabila kita mempunyai kesempatan bertaubat, mohonlah dengan sesungguhnya kepada Allah. Firman Allah,


    "sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang membersihkan diri "
    (222: Al-Baqarah).

    Semoga dengan keampunan Allah itu akan memotivasikan kita dan menjernihkan kembali hati kita daripada karat-karat dosa, lantas memudahkan hati kita disinari cahaya petunjuk sebagai panduan dunia dan bekalan akhirat.

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

    Tarbiyyah Ramadhan mengajak kita menghayati erti penderitaan, kesusahan dan kekurangan orang lain. Kita yang sentiasa senang kadang-kadang lupa dan seronok dengan kemewahan, sehingga kita tidak memikirkan nasib orang yang kurang bernasib baik.

    Pertama, mimbar hari ini mengajak pendengar sekalian untuk sama-sama bermuhasabah untuk menilai sejauh mana keperihatinan kita terhadap orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Apalah kiranya kita menghulurkan sedikit daripada harta yang kita miliki untuk membantu mereka kerana nilai yang kecil bagi kita amat besar kepada mereka.



    "Tidak berkurangan harta itu kerana sedekah"

    Hadis di atas memberitahu kita bahawa nilai yang dikurangkan daripada milikan kita tidak bererti kekurangan untuk kita. Nilaiannya bertambah di sisi Allah dalam bentuk ganjaran pahala kebaikan.

    Kedua, mimbar ingin mengajak para pendengar supaya menghayati erti kebuluran. Orang yang kekurangan makanan, sanggup memakan apa jua makanan walaupun sudah dibuang dan tidak dikehendaki. Keadaan kita yang selesa menjadikan kita berlebih-lebihan dalam perbelanjaan atau dalam penyediaan makanan. Lebihan yang tidak dimanfaatkan akhrinya dibuang, dan berlakulah pembaziran. Fenomena ini sering berlaku lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan. Ketika berpuasa, nafsu makan yang tidak dikekang menjadikan kita kadang-kadang membeli makanan melebihi had yang sepatutnya. Setelah berbuka, sebahagian daripada makanan yang dibeli dijamah sedikit, dan sebahagiannya pula dibuang begitu sahaja. Ramadhan sepatutnya dapat mendidik kita erti berjimat cermat, dan mengelakkan pembaziran.

    Ketiga, keamanan yang kita miliki. Dalam menjalani ibadah puasa, kita bersyukur kerana dikurniakan keamanan. Aman dari ketakutan akibat perang, bencana alam dan krisis kepimpinan atau politik. Keamanan yang kita miliki seharusnya menjadikan kita bergembira dan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadah puasa dan amalan sunat yang lain. Peluang ini tidak kita peroleh di tempat-tempat lain yang bergolak dan dilanda kemusnahan. Justeru sekiranya saudara kita yang mengalami kesukaran yang lebih hebat daripada kita dapat menunaikan puasa, malulah kita kepada mereka jika kita tidak dapat menunaikan ibadah puasa ini dengan baik dan semourna. Rebutlah peluang yang diberi oleh Allah kepada kita dengan sebaik mungkin dengan melakukan kebaikan.

    Semoga khutbah hari ini memberi manfaat kepada kita semua.


    Disediakan oleh Hamba Allah yang hina ini. -naim-

    Khamis, Oktober 13, 2005

    Cerita menarik untuk difikirkan


    ------------------Cerita 1-----------------
    DASAR YANG MENIMBULKAN TANDA TANYA

    Setelah terlaksana Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama selama kira-kira 30 tahun, dengan kejayaan melahirkan tidak kurang 5.4 juta lepasan di peringkat SPM yang sebahagiannya kemudian melanjutkan pengajian di peringkat tinggi dan menjadi tenaga penggerak pembangunan negara dalam pelbagai bidang, dilakukan perubahan yang cukup drastik. Sudah ada ribuan profesor dan ahli akademik dalam pelbagai bidang yang lahir daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sudah banyak ahli profesional dalam pelbagai bidang yang juga lahir daripada sistem pendidikan negara yang berteraskan bahasa kebangsaan. Adakah Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan telah gagal? Jika benar, manakah kajian yang dijalankan yang membuktikan kegagalan itu?

    Selain tiada kajian yang dijalankan tentang Dasar dan Sistem Pendidikan Kebangsaan, dalam konteks penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama, tiada juga kajian yang dilakukan untuk melaksanakan dasar baru penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sains dan matematik. Tiada perundingan yang dilakukan dengan pakar-pakar pendidikan, ahli-ahli bahasa dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Barangkali ada perundingan dengan pihak tertentu secara eksklusif yang tidak diketahui dengan pasti siapa dan apa inti pati perundingan itu, sedang bidang pendidikan merupakan bidang yang menentukan nasib semua rakyat. Bahkan tiada sama sekali dilakukan cuba uji melalui projek rintis di sejumlah sekolah seperti yang lazimnya dilakukan dalam pelaksanaan mana-mana sistem yang baharu.

    Seminar, forum, dialog, memorandum dan pernyataan media yang mengemukakan bantahan atau sekurang-kurangnya permintaan agar ditangguhkan pelaksanaan dasar baharu itu hampir-hampir tidak diendahkan. Persatuan Linguistik Malaysia, misalnya, banyak menganjurkan forum, perbincangan, penyediaan memorandum, surat dan pernyataan media tentang isu tersebut tetapi tidak tampak reaksi dan respons yang positif daripada pihak berkuasa. Pertemuan Dewan Bahasa dan Pustaka dengan Perdana Menteri pada waktu, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad dan timbalannya yang kini menjadi Perdana Menteri pada tahun 2002, dan juga pertemuan Kumpulan Prihatin dengan Perdana Menteri baru pada tahun 2005, di samping beberapa pertemuan dengan Menteri Pendidikan dan beberapa orang pemimpin lain tampaknya tidak menyebabkan sebarang perubahan dalam pelaksanaan dasar tersebut.

    Resolusi Kongres Pendidikan Melayu Kedua pada 26 – 27 Mac 2005 yang mendesak ditangguhkan pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pun dipandang sepi. Malah beberapa hari sesudah tamat kongres itu, Timbalan Perdana Menteri yang mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri mengumumkan bahawa dasar itu diteruskan, walaupun dalam ucapan penutupan kongres beliau berjanji bahawa kerajaan akan membuat kajian yang mendalam untuk menimbangkan keputusan meneruskan atau menangguhkan dasar baharu itu. Sejarah baharu telah berlaku di negara ini sekali lagi apabila “kajian mendalam” selesai dalam tempoh hanya tiga hari! Yang bangkit bersuara orang-orang yang sama, yang telah dianggap fanatik, ekstrem, jumud dan pernah didakwa pengkhianat, kerana kononnya menghalang anak bangsa menjadi pandai dan menghalang anak bangsa menguasai bahasa asing – suatu fitnah besar yang dilontarkan kepada para pejuang bahasa sebagai usaha menutup isu yang sebenarnya. Tiada seorang pun pejuang bahasa yang menafikan pentingnya penguasaan bahasa asing, malah mereka monyokong apa-apa langkah meingkatkan penguasaan bahasa yang dapat membantuk kemajuan bangsa dan negara. Isu yang dibangkitkan ialah peminggiran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahas ilmu dalam proses peningkatan pengusaan bahasa asing – hal yang tidak wajar berlaku kerana maruah dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa negara dan tonggak tamadun bangsa tidak patut digadaikan atas alasan apa pun. Apabila Persatuan Linguistik Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan Siri Bicara Bahasa (siri 1 - 20) sebagai wadah membahaskan isu tersebut, ada arahan lisan yang “mengharamkan” terbitan itu daripada diedarkan.

    Kajian ISU BAHASA DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA: Prof Dr Awang Sariyan.

    Politikus: Bercakap tak serupa bikin. Cakap berapi-rapi, namun cakap macam tin kosong sahaja!

    ------------------Cerita 2-----------------
    ALOR STAR 12 Okt - Calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) mendakwa soalan 4 bagi mata pelajaran Matematik Kertas 2 tidak boleh dijawab kerana soalannya merupakan sukatan pelajaran tingkatan empat dan belum diajar kepada murid tingkatan tiga.

    Sehubungan itu, seorang ibu bapa kepada salah seorang calon berharap Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) lebih berhati-hati pada masa depan selain memberikan markah bonus sebagai ganti terhadap ``kesilapan'' soalan tersebut.

    Zainal Abidin Mohamad dari Canglun di sini memberitahu, anak beliau mendakwa tidak dapat menjawab dengan tepat soalan itu kerana ia tidak pernah diajar oleh guru tingkatan tiga sekolahnya.

    ``Setelah menyelidiki, saya dapati soalan itu merupakan sukatan Matematik bagi tingkatan empat,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

    Soalan 4 bagi Matematik kertas 2 untuk PMR pada Khamis lalu berbunyi `Rajah menunjukkan satu segitiga bersudut tegak EPG dan DEF ialah garis lurus. Carikan nilai kos x.'
    Berita Penuh


    Adik saya juga mengambil peperiksaan PMR tahun ini, namun tidaklah pula kedengaran rungutan tidak boleh menjawab soalan yang senang ini. Soalan itu tidaklah 'susah', cuma apabila pengajaran berorientasi peperiksaan, pelajar hafal skrip yang dimaklumkan oleh guru. Tiba-tiba ketika peperiksaan ia diolah 'lain' sedikit daripada skrip asal, tidak dapat jawab dan kelirulah pelajar-pelajar. Mungkin esok, LPM akan jawab, "Soalan itu tertakluk dalam sillabus pengajaran untuk pelajar tingkatan tiga!"

    Selasa, Oktober 11, 2005

    Langkah PDAM wajar.


    Presiden PDAM, Alang Zari Ishak berkata, kini ahli-ahli persatuan itu sudah tidak mampu lagi untuk membayar komisen kepada pihak bank yang dikatakan terlalu tinggi.

    Jelas beliau, langkah PDAM itu bukan untuk menggugut dan memboikot kerajaan atau mana-mana pihak sebaliknya mempertahankan peniaga daripada mengalami kerugian.

    Kata Alang Zari, sekiranya kadar 1.25 peratus terus dikenakan terhadap pengusaha stesen minyak maka lama-kelamaan pihaknya tidak mempunyai modal untuk membeli minyak atau membayar gaji pekerja.


    Berita penuh: Stesen minyak tetap tolak kad kredit

    Petikan berita di atas sebenarnya merupakan ekspresi kekecewaan terhadap sistem perbankan konvensional. Apa pun namanya, ia tetap merupakan bunga wang alias riba yang diharamkan dalam sistem muamalat Islam. Malaysia yang sibuk memperomosikan produk perbankan Islam seharusnya peka dengan masalah ini dan menghapus sistem yang menekan seperti ini. Jika dilihat dalam keadaan yang ada pada hari ini, produk perbankan Islam juga tidak dikatakan sepenuhnya bersifat Islamik. Di mana silapnya? Silapnya mungkin kepada sesetengah daripada kita yang tidak pernah mengambil tahu apa itu produk perbankan Islam. Jika anda diberi pilihan membuka akaun, apakah anda akan membuka akaun tanpa faedah (SPTF) atau konvensional yang menawarkan faedah? Lebih malang lagi, terdapat juga akauntan yang mencadangkan supaya pelanggannya memilih sistem konvensional kerana sistem itu lebih memberi keuntungan kepada pihak bank. Apa pun, pilihan berada di tangan kita sebagai pelanggan, buatlah pilihan sama ada ingin terus berurusan dengan sistem riba (konvensional) atau Islam. Justeru tindakan PDAM adalah betul.


    Isnin, Oktober 10, 2005

    Rahsia zikir


  • Ujian Tilawah Antara Desasiswa USM 2005 (7-9 Okt 2005), anjuran Desasiswa Lembaran dengan kerjasama Pusat Islam USMKKj



  • Sejak akhir-akhir ini seringkali kita mendengar orang hilang, dibawa masuk alam ghaib atau kes-kes pukau. Semestinya ia merupakan fenomena yang amat membimbangkan lebih-lebih lagi kepada wanita. Kejadian seperti ini umpama igauan ngeri yang mungkin menyebabkan kehidupan seseorang melalui penyimpangan, mungkin juga saat seperti itu merupakan titik hitam dalam sejarah kehidupannya. Tahukah kita? Sebenarnya terdapat kaedah dalam Islam yang mengajar kita untuk membentuk perisai diri dari semua ragam misteri mistik ini?

    Amalan zikir dan doa merupakan perkara yang utuh dan unggul. Hanya orang yang yakin dengan kekuatan doa akan berdoa dan memohon daripada Allah. Amalan zikir dalam bentuk pembacaan ayat-ayat tertentu daripada al-Quran mampu menghindari diri kita daripada kejahatan dan bancana ilmu sihir ini. As-Syahid Hassan al-Banna telah menghimpunkan koleksi zikir pilihan yang diamalkan oleh Nabi yang dikenal sebagai al-Matsurat (sama ada anda membaca wazifah kubra @ sughgho: terpulang kepada masa yang anda miliki). Zikir ini merupakan himpunan doa-doa yang diamalkan oleh Nabi selepas Subuh dan Asar, mengamalkannya akan memberi kelebihan kepada seseorang.

    Ada orang yang bertanya, “Bolehkah berzikir ketika zurah (uzur @ period)?” Maka jawabnya membaca ayat al-Quran yang diniatkan sebagai zikir dibolehkan. Seringan-ringan amalan zikir adalah membaca ayat kursi sebanyak tiga kali selepas Subuh. Membaca zikir ini disebut dalam hadis: akan menghindar pengamalnya daripada bencana kejahatan makhluk Allah sehingga petangnya. Jika dibaca selepas Asar, akan dilindunginya sehingga pagi. Amalan zikir dengan ayat-ayat tertentu daripada ayat al-Quran akan menjadikan kita dihadiahkan khadam, ayat al-Quran yang turun dari lauh Mahfuz turun bersama Jibrail dan diiringi khadam yang tersendiri. Mungkin anda tidak percaya: seorang sahabat saya pernah mengadu kepada saya bahawa dia mendengar suara yang melaporkan musibah yang akan dihadapinya. Suara itu didengar ketika beliau sedang dalam perjalanan pulang menunggang motorsikalnya bersendirian. Keesokan harinya, musibah yang ‘dibisikkan’ (berupa suara yang jelas kedengaran seperti orang biasa yang bercakap) kepadanya itu benar-benar terjadi.

    Saya membuat kesimpulan, ia adalah kelebihan daripada amalan zikir yang diamalkannya. Saya tidak mahu mengatakan zikir mana yang diamalkannya kerana telah disebutkan di bahagian atas artikel ini. Terpulang kepada anda untuk mengamalkannya atau sebaliknya. Satu kisah masyhur, Anas bin Malik ketika menemui gabenor untuk dibunuh, beliau dengan berani mengatakan, “Jika tuan boleh mematikan saya, sudah lama saya menyerah diri.” Kemudian gabenor melepaskannya dalam keadaan ketakutan, apabila ditanya, gabenor itu menjawab “Aku nampak singa yang mengaum (yang tidak didengar dan dilihat oleh orang lain) di belakang bahunya. Jika aku mengangkat pedangku, aku yakin singa tersebut akan menerkamku”

    Semoga artikel ringkas ini bermakna kepada anda semua.

    Sabtu, Oktober 08, 2005

    Statistik denggi


  • Statistik denggi sehingga 7 Okt. 2005. Sumber: Aedes: 6 hospital, 5 sekolah dikompaunBerita Penuh, Utusan Malaysia, 8 Okt. 2005
  • Jumaat, Oktober 07, 2005

    Uzlah...lagi....


    Hari ini aku ditemui oleh seorang sahabat yang bertanyakan tentang plot novel ‘Hatimu untuk Siapa’ tulisan Dr. HM Tuah. Aku memaklumkan bahawa, ia bukan sekadar sebuah novel cinta biasa. Novel tersebut memuatkan motivasi cinta, falsafah kesetiaan, dan manuskrip sejarah beliau yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Seorang sahabat lain yang berkunjung ke bilikku juga semata-mata menghabiskan bacaan Salina, memang menjadi tabiatku tidak membenarkan buku-buku yang mahal keluar dari bilikku untuk dipinjam oleh orang lain. Salina berharga RM70.90 diterbitkan oleh Rhythm Distribution Sdn. Bhd. Sesungguhnya membaca novel sebenarnya bukanlah sesuatu yang merugikan, melainkan jika novel yang bertemakan cinta picisan (bagi saya membaca novel yang bertemakan cinta yang biasa-biasa membuang masa!). Novel kebanyakannya memuatkan falsafah kehidupan, penuh dan sarat dengan mesej yang bermakna daripada penulis.

    Jika dibuka akhbar lewat minggu ini, terdapat isu yang menarik terutama tentang AP. AP masih belum reda, sehingga dua orang ahli Parlimen diberi amaran kerana menyokong usul Ketua Pembangkang di Parlimen. Isu ini amat menarik, jika dibuat rombakan kabinet dalam masa terdekat ini, usaha PM untuk melucutkan menteri terbabit tidak mendatangkan hasil apa-apa untuk faedah politiknya. Kemungkinan menteri tersebut akan dipecat pada saat-saat akhir untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang. Langkah ini dilihat sebagai langkah popular bagi meraih sokongan pengundi. Berikutan kes memihak kepada pembangkang, sebenarnya ia merupakan petanda bahawa karier politik salah seorang daripada MP tersebut mencapai noktah akhir. Tunggu dan lihat apa yang akan terjadi selepas ini. AP bukan isunya! Kita ingin merungkai di sebalik AP itu, apakah terdapat ketelusan dalam pembahagiannya? Apakah kriteria yang sebenarnya bagi membolehkan seseorang itu memiliki AP? Dan kenapa wujud segolongan manusia yang menerima AP dalam jumlah pukal?

    Apa pula yang berlaku di luar bilikku? Tiga hari bermula hari ini, Majlis Tilawah Al-Quran antara Desasiswa USM berlangsung, dianjurkan oleh Majlis Penghuni Desasiswa Lembaran (MPDL) dan Pusat Islam. Seorang sahabat dari Kubang Kerian sudah mendaftar diri sejak Subuh tadi. “Anta masih di sini.” Katanya memandangkan kunjungan beliau pada 2003 dahulu sebagai pengiring peserta, aku sudah berada di sini. Namun kehadirannya kali ini bukan sebagai pengiring, sebaliknya mewakili desasiswa Murni. Biasnya jika keadaan kelam kabut sebegini, aku akan ‘beruzlah’ ke suatu tempat yang jauh. Jauh dari keriuhan, jauh dari kesibukan orang-orang yang berurusan dengan majlis terutama selepas jam 10.30 malam. Sebelum jam 10.30 malam, rutin biasa adalah mengendalikan majlis berbuka puasa, solat taraweh, tadarrus al-Quran. Semuanya akan berakhir sekitar jam 10.15 malam. Jika beruzlah maknanya terputus semua rangkaian perhubungan yang canggih, tidak ada perantaran isyarat gelombang digital!

    Khamis, Oktober 06, 2005

    Artikel Ramadhan

    Artikel ini disumbangkan oleh sahabat dari Ikatan Pelajar Islam Jepun (IPIJ)

    Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW telah bersabda,"Apabila bulan Ramadhan datang, maka pintu-pintu syurga akan dibukakan dan pintu-pintu neraka akan ditutup serta syaitan-syaitan akan dibelenggu" (HR Bukhari No. 1898 dan Muslim 1079)

    Tentang yang dimaksud dengan dibukanya pintu-pintu syurga dan ditutupnya pintu-pintu neraka pada bulan Ramadhan, Ibnu Hajar dalam kitab Fathul Bari menyebutkan ada beberapa kemungkinan. Yang pertama, memang pintu-pintu syurga dibuka lebar-lebar pada bulan Ramadhan dan pintu neraka ditutup. Sehingga tidak ada orang yang dimasukkan ke neraka selama sebulan itu. Hal itu akan memberikan semangat kepada hamba Allah SWT untuk memperbanyak amal selama Ramadhan itu.

    Demikian juga dengan ungkapan ditutupnya pintu neraka, merupakan penggambaran dari dipalingkannya hamba-hamba Allah SWT dari keinginan untuk melakukan maksiat, di mana maksiat sedianya akan membawa mereka ke neraka. Dengan dipalingkan dari maksiat, maka seolah-olah pintu neraka tertutup pada bulan Ramadhan itu.


    Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda,"Pada malam pertama bulan Ramadhan syaitan-syaitan dibelenggu. Iaitu syaitan-syaitan yang membangkang. (HR Ibnu Huzaimah, Nasa’i, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

    Mengapa masih banyak terjadi kemaksiatan pada bulan Ramadhan? Bukankah syaitan-syaitan yang selalu menggoda manusia telah dibelenggu? Berdasarkan pengertian di atas, para ulama menjawab

    1) Dibelenggunya syaitan hanya berlaku bagi mereka yang melakukan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan.

    2) Tidak mesti dengan dibelenggunya syaitan maka kemaksiatan akan hilang atau terhenti, karena masih ada sebab-sebab lainnya selain syaitan. Bisa jadi kemaksiatan tersebut timbul karena sifat buruk manusianya, adat-istiadat yang rosak, lingkungan masyarakat yang sudah teruk, serta kemaksiatan tersebut juga disebabkan oleh syaitan-syaitan dari golongan manusia.

    Bersama meningkatkan amalan di dalam bulan yang penuh barakah ini dengan penuh keikhlasan lillahi taala..
    wallahu a`lam..

    " Imarahkan Ramadhan Tingkatkan Amalan "

    Isnin, Oktober 03, 2005

    Pendaftaran nombor prabayar


    Di bawah projek perintis tiga bulan itu, semua pelanggan prabayar baru di Pulau Pinang dan Melaka diwajibkan mendaftar apabila mereka membeli pek prabayar yang baru.

    Sementara itu, pengguna sedia ada pula digalakkan untuk mendaftar memandangkan langkah itu akan mula dilaksanakan mulai 1 Januari tahun depan.

    Menurut Shaziman, Pulau Pinang dan Melaka dipilih untuk projek perintis itu kerana kedua-dua negeri itu mempunyai pengguna mudah alih prabayar yang kedua tertinggi selepas Kuala Lumpur dan Selangor.

    Beliau memberitahu, terdapat 16 juta pengguna telefon mudah alih di negara ini dan 80 peratus daripadanya adalah prabayar. Katanya, rakyat Pulau Pinang dan Melaka mewakili 65 peratus daripada populasi pengguna telefon bimbit di negara ini.

    Shaziman menjelaskan, langkah yang diambil oleh kerajaan itu adalah bagi mengekang penyalahgunaan perkhidmatan itu seperti untuk tujuan memfitnah serta ugutan dan ia telah dilaksanakan di negara lain seperti Australia, Singapura, Taiwan, Thailand dan Switzerland.


    Para di atas memuatkan berita “Tamat automatik jika tidak daftar” yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, 2 Okt. 2005. Hati terdetik untuk menukar nombor telefon memandangkan akan berpindah ke negeri lain pula tidak lama lagi. Keperluan semasa berada di Pulau Pinang sudah hampir kepada pengakhirannya. Akhbar KOSMO! pula melaporkan prosedur untuk pendaftaran termasuklah memberi salinan kad pengenalan dan mengisi borang maklumat diri pengguna. Jika begini, terpaksa berfikir dua tiga kali juga untuk menukar nombor telefon.

    Pendaftaran pengguna talian prabayar bukanlah isunya. Isunya ialah kontaminasi nilai kehidupan, etika dan moral. Isunya ialah semakin kompleks kehidupan manusia sehingga terdapat segolongan mereka yang menyalahgunakan kecanggihan teknologi. Jika tidak disalah guna seperti menyebar SMS berbentuk ugutan, cacian, lucah dan SMS ala surat layang perkara ini tidak perlu dilaksanakan. Tidak kurang juga mereka yang menyebarkan mesej bergambar (MMS) yang bertujuan menjatuhkan reputasi orang yang bermusuh dengannya dengan niat mengaibkan individu tersebut. Pun begitu, semua kepincangan ini tidak akan berlaku sekiranya kita berpegang kepada tuntutan agama (semua agama mengajar moral yang menghormati hak orang lain). Islam sebagai agama kehidupan mengajar kita menghormati hak orang lain, melayani orang lain seperti kita menghendaki orang lain melayani kita. Jika kita meladeni mereka sebagai musuh, mengapa kita harus gusar dan resah apabila mereka meladeni kita sebagai musuh pula?

    Kesimpulan: Semua perkara yang kita buat, ada pencatatnya di kiri dan kanan kita (kiraaman kaatibiin). Mereka tidak pernah bercuti daripada menjalankan tugas yang diperintahkan kepada mereka.

    Sabtu, Oktober 01, 2005

    Kenangan

  • Malam Apresiasi Latihan, 27 September 2005, Hotel City Bayview, Bt. Feringgi, Pulau Pinang, 8.00-11.00 mlm
  • Belajar al-Quran (2)


    Di dalam al-Quran, terdapat tandaan huruf 'siin' kecil pada beberapa tempat. Ia dipanggil 'saktah' iaitu memberhentikan bacaan seketika tanpa mengambil nafas yang baru untuk menyambung semula bacaan. Inilah seni bacaan al-quran.

    Dalam keseluruhan al-Quran, hanya lima tempat yang ada tandaan 'siin' (yang menunjukkan waqaf jenis saktah ini).

    1. Ayat satu surah al-kahfi.
    2. Ayat 52 surah Yasin.
    3. Ayat 27 surah Al-Qiyamah.
    4. Ayat 14 surah Al-Muthaffifiin
    5. Ayat 28 surah Al-Haqqah.

    Bagaimana membacanya?

    Ketika tiba di tempat (kalimah) yang ada di atasnya tanda saktah ini, hendaklah berhenti sekadar dua harakat (1 alif), kemudian disambungkan kalimah selepasnya menggunakan nafas yang sama.

    kita ambil contoh surah yasin,

    "Min marqadina" (berhenti seketika dengan kadar dua harakat), kemudian sambungkan "hadza....(hingga akhir ayat)"

    Bagaimana jika dibaca terus? Jika dibaca terus atau disambungkan ayat seterusnya dengan nafas yang lain, maka kuranglah fungsi saktah itu (ia tidak menyebabkan kesalahan apa-apa (dari segi makna ayat) tetapi kaedah bacaannya yang kurang tepat).


    Perlu diketahui, tandaan 'siin' kecil juga terdapat pada kalimah yang mempunyai huruf 'shaad' iaitu ditempelkan huruf ini di bawah huruf 'shaad' pada kalimah tersebut. Dalam hal ini, ia bermakna kita boleh menyebut kalimah tersebut sama ada menggunakan makhraj huruf 'siin' atau 'shaad'.

    Contohnya pada kalimah al-Mushaithiruun (ayat 37 surah At-Thuur; Juzuk 27)

    Kita boleh menyebut kalimah itu dengan "al-Musoithiruun" iaitu melebihkan bunyi 'siin'

    atau

    "al-Mushoithiruun" dengan melebihkan bunyi 'shaad' seperti mana asalnya.

    Selamat belajar.