Sabtu, Januari 07, 2006

Hijrah lagi.


  • Pernyataan masalah: Blog ini mengalami masalah pemaparan posting yang terhad pada baris terakhir skrip di bahagian site content. Maknanya jika panjang artikel melebihi garis tersebut, secara automatik ia akan terpotong. Jadilah seperti manusia tanpa kaki.

    Penyelesaiaan
    Memandangkan saya sudah buntu untuk mengkaji skrip dan membetulkannya (sebenarnya tidak tahu tag yang perlu diubah), maka lebih baik saya membuat posting dalam blog yang baru. Namun, anda masih boleh membaca tulisan-tulisan terdahulu mengikut partisi-partisi yang lebih tersusun mengikut pengkelasannya. Nampaknya saya sudah menjadi instuktur blog yang kurang berjaya kerana belum menguasai ilmu IT (khususnya HTML).

    1. Tazkirah (25)

    Jangan biar berulangI
    Judi SMSI
    Darah MudaI
    Prinsip HedonismeI
    Jangan Tangankan MukanyaI
    Memilih Pasangan 1I
    Memilih Pasangan 2I
    Mengumpat 1I
    Mengumpat 2I
    Ayat PenawarI
    Rahsia ZikirI
    Kuliah Ust. Roslan 1I
    Kuliah Ust. Roslan 2I
    Kuliah Ust. Roslan 3I
    PenyelewenganI
    Nuzul QuranI
    Belajar al-Quran 1I
    Belajar al-Quran 2I
    DermaI
    Tentera AllahI
    Waqaf LazimI
    Isu Pendidikan: Komen Prof. KhooI
    Bermaruahkah kita?I
    Pemuda Islam; Dua Hakikat yang perlu diketahuiI
    Prinsip PembaharuanI

    2. Kajian Sains @ Kesihatan (12)
    Arak & FetusI
    Jangan Tidur Lepas MakanI
    Hukum Lima SaatI
    Rahsia TelurI
    Nisbah EmasI
    Kita Tetap dari TanahI
    Mengurus DiabetesI
    DenggiI
    Teraniostik Cabar Dunia PerubatanI
    Kajian KebutaanI
    Rahsia ubat mataI
    Oleokimia MalaysiaI

    3. Motivasi (16)
    Ayuh! Bangkitlah.I
    Kesempitan & PeluangI
    Cemerlang Anak, Cemerlang Ibu BapaI
    Cuti SekolahI
    Peluang KeduaI
    Rancang Ibadah HajiI
    Psikologi Catatan PeribadiI
    Jangan Layan Dukalara Hati AndaI
    Cut Yuor Transportation ExpensesI
    Pemikiran Luar BiasaI
    Nilai Implisit dalm Pendidikan MelayuI
    Kita Sebenarnya MenangI
    Buat Lelaki: Nilai Diri KitaI
    Utamakan Keperluan Melebihi KehendakI
    Jangan jadi 'GLOKAL'I
    Selamat Datang Pelajar BaruI

    4. Teropong Isu (20)
    Perebutan KuasaI
    Yuran SekolahI
    Alam MistikI
    Batal Haji Agenda YahudiI
    GeniusI
    M&S dalam BII
    Pelik lagi AjaibI
    SMM Mahu Bertemu KPTI
    Langkah PDAM WajarI
    Isu Bahasa: Dasar yang Menimbulkan Tanda TanyaI
    Cerita FELCRAI
    PR Kampus 2005I
    Isu Pendidikan: Komen Prof. KhooI
    Komentar BiodieselI
    Tilawah Jadi Realiti TVI
    RFN-ANB-DEB....-I
    Isu di Sebalik IsuI
    Fatwa Tergempar Dr. MashitahI
    Harga naik, rasuah, diesel baruI
    Dr. Mariah: Polemik Jarum & KondomI

    5. Iklan (9)
    Kem Tunas CemerlangI
    Citra DBPI
    Akaun Friendster DipadamI
    Resensi Enrique Mengundang JauhI
    Psikologi Catatan PeribadiI
    Takziah, Ust. YusofI
    Resensi 'Advencer Si Peniup Ney'I
    Hilal RamadhanI
    Masters di USMI

  • Khamis, Januari 05, 2006

    Yuran Sekolah


    Isu yang hangat kini keluar dari kerongkong ibu bapa yang terbeban dengan kadar yuran eksoseri sekolah anak-anak. Tidak kurang hebat perbelanjaan dalam destinasi beli belah sempena pulang ke sekolah, mereka terpaksa membayar pelbagai aneka jenis yuran. Ketika bersekolah dahulu, seingat penulis hanya dikenakan yuran persekolahan yang murah. Tiada yuran MSSM. Tiada yuran kelas tambahan. Tiada yuran kertas peperiksaan melainkan UPSR. Sudah tentu dengan bebanan inflasi yang sentiasa naik, perbelanjaan bagi seorang bapa yang berpendapatan sederhana sampai ke takat sifar. Musim sekolah bermula bermakna kering wang saku. Bayaran untuk bil elektrik, telefon dan air (ETA) terpaksa ditangguhkan, jika tidak semua tentu ada mana-mana yang akan dirancang untuk membayarnya pada bulan berikutnya.

    Jika di sekolah luar bandar (penulis membuat analisis berdasarkan latar belakang pelajar luar bandar), guru-guru yang ikhlas mengadakan kelas tambahan pada sebelah malam atau hujung minggu secara percuma. Betapa besarnya pengorbanan masa, wang dan tenaga dicurahkan untuk melihat anak didik berjaya dengan cemerlang. Sekolah luar bandar semestinya tidak sehebat mana, tiada guru pakar yang hebat-hebat. Namun ketekunan dan kesungguhan mereka menjadikan ada juga produk cemerlang saban tahun walau pun tidak banyak bilangannya. Yuran persekolahan untuk adik-adikku seramai tiga beradik di sekolah rendah luar bandar (seperti di sekolah lama penulis) tidak sampai RM250. Lain pula ceritanya bagi mereka yang bersekolah di bandar, kerana tidak semua migran di bandar bekerja dengan gaji yang lumayan.

    Mari kita lihat luahan rasa beberapa tokoh seperti yang dilaporkan dalam akhbar arus perdana [1].

    "Kadar yuran persekolahan yang dikenakan terlalu tinggi sehingga mencecah RM100. Yuran tambahan yang dikenakan adalah paksaan. Sepatutnya ibu bapa diberi pilihan untuk menerima atau menolak yuran tambahan. Sekarang ibu bapa dipaksa membayar yuran tambahan macam kita beli aksesori kereta. Peliknya yuran aksesori ditentukan oleh pihak sekolah mengikut keperluan mereka, bukan kementerian." Noor Nirwandy Mat Noordin, Penyelaras Projek Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

    "Sekolah perlu mendapat mandat PIBG sebelum mengenakan yuran tambahan yang tinggi. Sekolah perlu mendapat kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah bagi memungut sebarang yuran tambahan." Prof. Madya Dr. Mohd Ali Hassan, Presiden Majlis Permuafakatan PIBG.

    "Yuran tambahan yang dikenakan memang tidak wajar. Tiada sebab untuk mengutip yuran tambahan kerana sudah ada peruntukan kementerian." Muhammad Sha'ani Abdullah, SUA Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).


    Laporan tersebut juga memaparkan yuran pelajar tahun empat sekolah rendah di Shah Alam iaitu RM104.50. Manakala yuran pelajar sekolah tahun enam di Damansara pula RM258.

    Perkara di atas hanya menyentuh isu yuran. Bagaimana dengan perbelanjaan lain seperti buku teks? Saya berpeluang mendengar ceramah motivasi yang disiarkan di TV3, pakar motivasi yang juga bekas pelajar Kejuruteraan Bahan USM [2] menyarankan agar buku teks difotokopi sahaja, sebagai alternatif mengurangkan beban ibu bapa yang tidak mampu membeli buku teks. Beliau menyarankan perkara ini sekiranya timbul masalah tidak cukup buku di pasaran. Buku teks merupakan sebahagian daripada frasarana sekolah yang mesti diberi secara percuma kepada semua. Malahan, pendidikan sendiri menjadi tanggungjawab pemerintah untuk mendidik rakyat secara percuma. Jika kita memberi contoh Arab Saudi yang menaja pendidikan rakyatnya, mungkin anda skeptikel untuk menerima hujah tersebut. Apa beza Malaysia dengan Arab Saudi? Tidakkah sumber petroleum negara seperti petroleum yang dicarigali di laut Arab itu? Hal ini sebenarnya berpunca dari dasar penswastaan, apabila diswastakan kononnya khidmat yang diberi menjadi lebih baik. Sebaliknya pihak swasta berorientasi profit akan menggunakan ruang berniaga semaksimum mungkin. Timbullah isu harga mahal di sebalik 'jaminan' khidmat terbaik. Apabila pendidikan diniagakan, semua orang yang terbabit dalam arena pendidikan akan memikirkan cara untuk 'menjual' dan memperdagangkan ilmu.

    + Apakah benar sekolah-sekolah mendapat peruntukan yang lewat daripada pihak kementerian? Jika tidak, mengapa perlu wang segera seperti ini? Pengurusan sekolah mungkin lebih arif gelagat kewangan yang dihadapi oleh pihak mereka.

    Nota kaki
    [1] Yuran sekolah tinggi, Utusan Malaysia, 4 Jan 2005.
    [2] Minta pembaca cari jawapan sendiri. Namanya tidak boleh disiarkan di sini, nanti 'berhantu' pula blog ini.

    Isnin, Januari 02, 2006

    Perebutan kuasa


    Tahun 2005 berakhir dengan beberapa peristiwa yang mengejutkan. Pastinya perebutan kuasa tertinggi dalam beberapa pertubuhan belia yang didominasi orang-orang Melayu, menarik perhatian massa. Kepimpinan beberapa pertubuhan yang dikatakan tidak lagi releven kerana diterajui oleh tokoh yang lewat umurnya, tidak mempunyai impak kepimpinan dan tidak memahami citra ahli-ahli muda untuk bergerak. Agenda-agenda persatuan yang sepatutnya berjalan dengan licin telah terganggu akibat pergaduhan yang tidak berkesudahan. Belia seharusnya ditrajui dan dipimpin oleh mereka yang berdarah muda, memahami kehendak ahli dan mementingkan pertubuhan. Bukannya terus-menerus menerima padah kemandoman proses penyelesaian sehingga melibatkan pihak-pihak lain untuk campur tangan. Tiada jalan yang baik melainkan kedua-kedua pihak yang bertelagah dalam perebutan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS )misalnya mengundur diri.

    Selain GPMS yang sekian lama di bawah Dato' Suhaimi Ibrahim, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) dengan ketuanya Dato' Syed Hamid Albar dan Pertubuhan Belia 4B yang dipengerusikan Datuk Seri Ali Rustam juga menampakkan riak-riak keretakan dan krisis kepimpinan. Lebih melucukan apabila terdapat sesetangah pihak yang menawarkan diri untuk menjadi presiden untuk GPMS [1], sedangkan hal itu tidak sepatutnya berlaku. Sesebuah organisasi yang besar hanya dapat diurus dengan berkesan jika majoriti ahli di seluruh negara bersepakat mencalonkan orang yang difikirkan paling layak. Maknanya pemilihan dibuat kerana kredibiliti, bukannya populariti atau pengaruh peribadi yang sempit. Namun begitu terdapat juga pendapat bahawa pemimpin belia haruslah dari kalangan mereka yang berpolitik [2]. Apa beza orang yang berpolitik menjadi presiden jika tidak disertai tujuan politik (political will)? Amatlah sukar sekiranya pemimpin belia dari kalangan orang politik menunjukkan gaya kepimpinan yang tidak terarah kepada matlamat politiknya. Apakah logik seorang yang memegang jawatan dalam UMNO misalnya, tidak menerapkan nilai-nilai aspirasi UMNO-BN dalam persatuannya? Jawapannya, tentu tidak.

    Krisis kepimpinan berlaku dalam sesebuah organisasi apabila tiada kesan signifikan dari segi pencapaian objektif penubuhannya. Agenda-agenda pertubuhan telah dikesampingkan dengan kepentingan peribadi di samping tidak mendapat sokongan daripada ahli-ahli. Tempoh mengepalai persatuan dan pengekalan stail yang lama menjadikan pergerakannya tidak dapat memenuhi citarasa dan kehendak ahli-ahli yang inginkan perubahan. Rentak pemikiran orang yang telah lewat usianya sudah tentu tidak sama dengan mereka yang lebih muda. Tempias dan aura kepimpinan tidak meresap masuk ke sanubari pengikut apabila idea-idea baru tidak diguna pakai untuk menampakkan perubahan. Hal ini secara tidak langsung menjadi faktor penolak sehingga pengikut-pengikut di peringkat bawahan membuat reformasi, agar dengan penampilan muka baru yang lebih diyakini memberi impak kepada pergerakan pertubuhan. Sebenarnya tidak perlu skeptikal terhadap tentangan terutama apabila terdapat kemahuan untuk bertukar kepimpinan. Cuma hal pemimpin yang lama tidak mahu tunduk kepada kehendak ahli bawahan menyebabkan proses penyusunan semula organisasi menjadi serba tidak kena. Tidak pernah dalam sejarah, terdapat dua orang Presiden dalam satu persatuan. Nampaknya 'Malaysia Boleh!' [3] sudah membuktikan kebolehannya sambil ditertawakan oleh pemerhati lain sama ada yang berkepentingan atau pun tidak.

    Satu hal yang dikenal pasti dalam pergolakan pertubuhan ialah ketiadaan agenda yang solid untuk diperjuangkan oleh mereka. Apakah benar terdapat agenda pembangunan umat Melayu benar-benar ikhlas diperjuangkan? Jika begitu, apakah fungsi pertubuhan belia yang wujud selama ini? Kita tidak pernah mengetahui apakah fungsinya, tiba-tiba heboh dan mendapat perhatian hanya apabila berlaku krisis kepimpinan. Saya pasti, ramai di kalangan kita tidak tahu kewujudan GPMS sehinggalah tersebar isu perebutan tampuk kepimpinannya. Persoalannya, apakah wajar diwujudkan pihak timbang tara bagi menyelesaikan pertelingkahan ini atau kedua-kedua Presiden yang telah 'dilantik' semula berundur? Wajarkah GPMS diberi nafas lagi oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)? Kita telah kerugian banyak masa, buah fikiran, tenaga dan tumpuan selagi isu GPMS tidak selesai.

    Nota kaki

    [1] Menteri Besar Perlis tawar diri presiden GPMS. Utusan Malaysia, 31 Disember 2005.
    [2] Kenyataan akhbar mengenai pandangan Menteri Besar Pahang dalam berita bertajuk 'Pemimpin GPMS perlu berlatar belakang politik', Utusan Malaysia, 2 Jan 2006.
    [3] Rekod ini boleh dimasukkan dalam Malaysia's Book of Record. Boleh juga dicadangkan sebagai rekod baru dunia!